Tuesday, January 29, 2008

Dari Meja Presiden MARA-Kumpel

Salam,

Pada 28 Februari 2008 akan diadakan perjumpaan tahunan melibatkan Kementerian Kewangan Munich dan pihak Inwent. Pelajar-pelajar MARA Bayern yang berada dibawah kelolaan Inwent diminta untuk turut serta dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah wakil MARA Jerman, Encik Ruzlan.

Kehadiran adalah diwajibkan. Sila maklumkan kepada Ketua Bandar masing-masing jika dapat hadir sebelum 7 Februari. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir, sila jelaskan alasan anda untuk tidak hadir. Hanya alasan yang kukuh akan diterima seperti pulang ke Malaysia atau membuat praktikal.

Tambang pengangkutan ke Munich akan ditanggung oleh pihak Inwent.

Sekian.


Ahmad Safwan Mohd Ghazi
Presiden MARA Kumpel



*Kepada pelajar-pelajar yang telah membuat bayaran Studiengebühren untuk semester hadapan yakni SS2008, sila pastikan Kontoauszug anda disimpan dengan baik bagi memudahkan urusan tuntutan semula di masa hadapan.

Sunday, January 13, 2008

Video Futsal XOXO Nürnberg



untuk menonton lagi video Futsal XOXO Nürnberg layari http://www.stage6.com/Mara-Kumpel

Saturday, January 12, 2008

Tuntutan Wang Insurans TK

Assalamualaikum,
Berkenaan dengan tuntutan insurans, sila minta daripada TK bil dari bulan Januari sehingga Disember 2007. Tuntutan untuk bulan-bulan seterusnya akan dibuat kemudian. Ini untuk keseragaman. Bil tersebut boleh diperoleh dengan menghantar email kepada TK melalui:

campus@tk-online.de

Bil yang diperoleh perlu diserahkan kepada ketua-ketua bandar berserta maklumat-maklumat berikut:

1) Nama

2) No. K/P Malaysia

3) No. Bilangan Mara

4) Nama Syarikat Insurans

5) Bulan-bulan yang dituntut

6) Jumlah yang dituntut

7) Nama Bank

8) No. Akaun

9) Kod Bank (BLZ)

10) IBAN

11) Swift (BIC)

Sila tulis atau taip atas sekeping kertas.

Ketua bandar sila kemaskini dalam bentuk fail excel (hanya perlu ubahsuai sekiranya data-data tersebut sudah diperoleh daripada ketua bandar terdahulu semasa tuntutan Studiengebühren).

Setelah semua bil diperoleh daripada ahli bandar berserta maklumat-maklumat di atas, ketua bandar akan menghantar secara pos, bil berserta data tersebut kepada En. Ruzlan di alamat berikut:

Consulate General of Malaysia
7th Floor, Trianon Tower
Mainzer, Landstrasse 16
D-60325 Frankfurt

Cuba serahkan kepada ketua bandar sebelum 1 Februari 2008. Kecepatan mendapatkan tuntutan ini bergantung kepada kecepatan anda menyerahkan bil tersebut kepada ketua Bandar anda.

Kepada bandar-bandar kecil yang tidak memilki ketua bandar, sila salah seorang daripada anda mengumpulkan data-data tersebut dan hantar kepada En. Ruzlan sepertimana yang dibuat oleh ketua bandar.

Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada Presiden MARA Kumpel melalui yahoo messenger : asamog_125

„ Selepas anda membaca pos ini, sila email TK melalui link yang diberi. Jangan bertangguh”

*Bagi pelajar-pelajar baru, tuntutan boleh dibuat daripada bulan pertama anda membayar insurans sehingga Disember 2007.

*En. Ruzlan ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di Jerman yang mengambil peperiksaan sem ini

Friday, January 11, 2008

Wednesday, January 9, 2008

Hari Kerjaya

Tarikh: 24 Mei 2008
Tempat: Stuttgart
Masa: 1000 - 1600

Objektif:
i. Platform utk pelajar2 kita cari peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
ii. platform utk sykt2/institusi2 dari Malaysia atau yang beroperasi di Malaysia cari potential employees di kalangan pelajar2 m'sia di Germany
iii. peluang utk student kenal sykt2 terbabit, kegiatan2 mereka, corporate ethics, employment process etc.

Target Attendee:
terbuka kepada semua pelajar2 m'sia di seluruh Germany terutamanya kumpulan Intake 2003, 2004 and 2005 yg masih menuntut di sini.

Preliminary concept:
a) before the fair:
i. student submit resumes/cvs to organiser.
ii. all resumes/cvs will be send to participating companies to be shortlisted..
iii. shortlisted candidate will be notified for interview during the fair in stuttgart.

b) during the fair
i. Company/institution buka booth with infos on their employment process, jobs on offer, corporate ethics, etc.
ii. Company/institution reps (mostly engineers) will be manning their respective booth.
iii. close and private interviews in recruitment lounges for shortlisted candidates.
iv. walk-in interview (optional)

c) xtras (not confirmed)
i. career talk
ii. firmenpräsentation (vortrag)
iii. praktikumstelle
iv. aufgabe für abschlussarbeit
v. futsal (perhaps with company reps)

Ada sykt/institusi yg telah menyatakan minat utk sertai career fair ni. antaranya kementerian pertahanan , proton dan juga osram. sykt2 yg akan sertai program ini akan diumumkan selewat2nya pertengahan bulan 3 nanti.

Makanya, sekarang nih nk minta feedback from everyone regarding this program.

isu2 yang paling penting yg kami nk tahu ialah:
1) what do you wish to see and do during the fair.
2) which company do wish to meet.
3) how can u help the organiser.


Tuesday, January 8, 2008

Dari Meja Presiden MARA-Kumpel

Salam semua,

Setelah berbincang dengan presiden MGSS, saudara Eezam Masripan, telah dipersetujui bahawa ahli MARA Kumpel akan menjadi ahli MGSS tanpa perlu membayar yuran tahunan yang mana digantikan dengan satu acara MGSS yang kita akan kendalikan dengan dana MARA Kumpel seratus peratus. Acara tersebut ialah Futsal yang turut disertai ahli-ahli MARA Kumpel saban tahun. Walaubagaimanapun acara tersebut turut digandingkan dengan Girls-Day-Out.

Saya melihat bahawa keputusan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Antara lainnya :

a) Semua ahli MARA Kumpel dapat menyertai MGSS tanpa membayar yuran . Ini dapat mengurangkan jumlah yuran yang perlu dibayar bagi kedua-dua persatuan iaitu MARA Kumpel dan MGSS.

b) memudahkan ahli-ahli MARA Kumpel untuk menyertai acara yang dinyatakan kerana diadakan di wilayah Bayern.

c) Mengelakkan tanggapan bahawa ahli-ahli MARA Kumpel tidak mahu turut serta dalam MGSS yang mewakili pelajar Malaysia secara amnya.

d) Dapat menjaga hubungan baik MARA Kumpel dan MGSS yang sangat penting.

e) Ahli-ahli MARA Kumpel tidak perlu lagi membayar lebih setiap kali menyertai aktiviti MGSS.

f) Membantu meringankan beban MGSS dari segi kewangan dalam mengendalikan acara-acara yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia.

g) Dapat melibatkan ahli-ahli putri MARA Kumpel dalam acara MGSS.

Justeru kita akan mengadakan yuran MARA Kumpel selepas ini. Jumlah yang akan dikutip akan diberitahu kemudian tetapi jangan khuatir kerana ianya tidak akan melebihi 20€.

Sekian,

Ahmad Safwan
Presiden MARA Kumpel

Sunday, January 6, 2008

Tuntutan Yuran Winter Semester 07/08

Assalamualaikum,

Data Pelajar2 (untuk tuntutan yuran sem.) baru sahaja di hantar ke MARA Kuala Lumpur 3 minggu yang lepas (secara teorinya). Pelajar2 di Rosenheim berkemungkinan besar menghadapi masalah kelewatan untuk menerima tuntutan yuran tersebut berbanding dengan pelajar2 yang lain kerana masalah data pelajar2 Rosenheim yang telah di berikan tidak lengkap.

Secara keseluruhannya, semua data pelajar2 telah di proses di Frankfurt dan telah di hantarkan ke ibu pejabat MARA (3-4 minggu yang lepas). Di harap saudara dan saudari bersabar di atas proses tuntutan yuran ini. Terima kasih.

Sumber: Saudara Hafiz Jaafar, Setiausaha MARA-Kumpel

Saturday, January 5, 2008

Laporan Futsal XOXO Nürnberg


Pada 2 Januari lepas, program sukan 'Futsal XOXO' telah diadakan di Nürnberg. Program yg bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 4 petangnya telah berjaya di laksanakan dengan sempurna. Program ini merupakan salah satu aktiviti daripada kalendar program MARA-Kumpel (tiada tujuan untuk menimbulkan isu berpuak-puak di sini). Terima kasih di atas usaha saudara Mohd. Ridzuan a.k.a Josh dan AJK² nya yg telah mengorganisasikan program seperti ini. Pertandingan Futsal ini telah berjaye menarik minat 6 pasukan dari sekitar Bayern untuk menyertainya. Ape yang membanggakan terdapat juga para pemain yg datang dari utara Jerman yang melibatkan diri di dalam aktiviti ini. Pasukan dari Augsburg dengan garangnya telah memenangi pertandingan pada kali ini dan seterusnya telah berjaye mempertahankan kejuaraan futsalnya buat kali pertama.

Pasukan-pasukan 'Futsal XOXO Nürnberg':


Keputusan perlawanan:

Pasukan

Per.

Menang

Kalah

Seri

Gol

Bolos

Mata

Rosenheim

5

3

1

1

8

5

10

Nürnberg 2

5

3

1

1

5

2

10

Augsburg

5

3

2

0

7

4

9

Regensburg

5

2

2

1

6

5

7

Nürnberg 1

5

1

3

1

3

8

4

Coburg&Degendorf

5

1

4

0

3

8

3



Play-off

Regensburg

1

1

Nürnberg 1

Penalti

0

2




Separuh akhir

Rosenheim

1

2

Augsburg


Nürnberg 1

0

0

Nürnberg 2

Penalti

0

3




Tempat ke-3

Nürnberg 1

2

0

Rosenheim



Akhir

Nürnberg 2

1

1

Augsburg

Penalti

1

2



Dilaporkan oleh Hasbullah Awang untuk MARA-Kumpel dari Nürnberg, Jerman

*ACHTUNG! Kepada sesiapa yang tertinggal atau kehilangan barang (sarung telefon-bimbit, sweater, baju) semase Program dijalankan atau selepasnya, dikehendaki menghubungi saudara Ridzuan dengan segera.

Thursday, January 3, 2008

Dari Meja Presiden MARA-Kumpel

Salam buat rakan-rakan seperjuangan,

Sekalung tahniah kepada mereka yang menjuarai Futsal Turnier semalam. Kepada yang kurang bernasib baik janganlah berputus asa. Anda masih ada peluang untuk menang di masa akan datang. Jutaan penghargaan buat mantan presiden kita, saudara Ridzuan Ramli yang menjadi tulang belakang kepada pertandingan tersebut. Kalah atau menang bukanlah maksud. Harapan saya agar kita semua lebih mengenali di antara satu sama lain walaupun mungkin sekadar rupa. Di masa akan datang kita berharap aktiviti-aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja dihadiri oleh mereka yang bermain malah yang lain juga harus hadir walaupun sekadar memberi sokongan. Walaupun keletihan semalam masih dirasai, tanggungjawab sebagai seorang pelajar jangan diabai khasnya menjelang peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh kerana di bahu kita terletaknya harapan agama, bangsa dan negara.

Berkenaan dengan elaun bulan Januari, janganlah khuatir. Saya telah berhubung dengan Encik Ruzlan dan beliau akan berusaha menyelesaikannya secepat mungkin.

Seperkara lagi, saya menerima pelawaan daripada Presiden MGSS untuk menggabungkan MGSS dengan MARA Kumpel menjadi satu persatuan di bawah satu kepimpinan. Menurut beliau, dengan itu seluruh pelajar Malaysia akan lebih bersatu. Berikan pendapat anda berdasarkan pro dan kontra. Haruskah kita bersatu atau kita kekalkan MARA Kumpel tetapi pada masa yang sama kita menjadi ahli MGSS?

Sekian.


Ahmad Safwan
Presiden MARA Kumpel 2008
Ketua Wilayah Bayern MGSS

Elaun Bulan Januari

Assalamualaikum,

Kepade rakan² Mara semue.. Elaun bulan Januari ini mungkin lewat sedikit.. Presiden kite telah menghubungi En. Ruzlan bagi menyelesaikan perkare ini secepat yg mungkin.. Di harap anda semue dapat bersabar..

Sile Check akaun anda.. Elaun bulan januari sudah masuk..

Achtung!
Info berkaitan elaun akan di update selepas mendapat maklumat² yg baru.. Sile beri perhatian.. time kasih..

-Menabung amalan yg mulia-

Tuesday, January 1, 2008

Futsal di Nürnberg

Info kepade Pemain2:

Tempat : Moegeldorf 2000 Verein, Nuernberg.

Tarikh: 2.1.08

Masa : 0800 - 1530 (para pemain di nasihatkan untuk menepati masa)

Cara ke sana :

1. Ambil bas no. 43 di Hauptbahnhof (Main Train Station). Turun di Haltestelle Gleißhammerstrasse.

2. Naik Tram no.5 Richtung Tiergarten dari Hauptbahnhof. Turun di Haltestelle name Erhardstrasse.

3. Naik S-Bahn Richtung Lauf ke Haltestelle Nürnberg Ostring.

4. Jika mengalami kesesatan.. silelah hubungi rakan2 anda yg berade di Nürnberg.


Pemain2 bole menggunekan peta ini sebagai rujukan untuk berjalan kaki ke Dewan futsal tersebut dari haltestelle2 yg telah di beritahu. (Bulatan biru adalah dewan futsal)

Pengumuman : Kepada sesiapa yang masih belum membayar yuran pendaftaran, sila berbuat demikian dengan seberapa segera. Anda boleh membuat transaksi secara online ke akaun berikut:

Kontoinhaber : Mohd Ridzuan Ramli
Kontonummer : 358960146
BLZ : 76020070
Jumlah : 10€ seorang
Verwendungszweck : -Nama anda-, -Fh Anda-

* Makanan tengah hari tidak di sediakan. Pemain2 perlulah menyediakannya secare persendirian.

Akhir kata, Majulah sukan untuk Student Malaysia.