Thursday, April 21, 2011

Update Roadshow Palestine München

Roadshow Palestine München akan diadakan dalam dua hari lagi. Kepada sesiapa yang memerlukan penginapan untuk bermalam pada Jumaat 22.04 sila hubungi

Fazrul : 017623646167
atau
Mima : 017632029529

Maklumat perjalanan ke Islamisches Zentrum München (IZM) boleh dijumpai di link dibawah
http://www.scribd.com/doc/53237967/Cara-dan-Jadual-Perjalanan-Ke-IZM#fullscreen:on

Liga Juara-Juara Wilayah & BBQ Musim Bunga

Pada 7 dan 8 Mei ini akan diadakan pertandingan Futsal antara wilayah dan BBQ anjuran MGSS bertempat di Ulm, Baden-Württemberg. Diharap anda dapat datang bersama untuk memeriahkan aktiviti ini. Maklumat lanjut boleh dijumpai di MGSS.de

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang Futsal MGSS yang diadakan pada Sabtu lepas.

Tuesday, April 19, 2011

Panduan Terkini Tuntutan Yuran Semester


  • Post ini berkenaan Tuntutan Yuran Semester Pengajian
  • Mulai tahun 2013, semua tuntutan yuran semester akan dihantar/dipos terus kepada Pn. Rohana di Pejabat Konsulat Malaysia di Frankfurt.
  • Tuntutan tidak perlu lagi di hantar ke MARA HQ di Kuala Lumpur.
  • Alamat Pn. Rohana boleh didapati di bahagian kanan website ini.
  • Claim ini adalah dalam bentuk hard copy .
PELAJAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN TERSEBUT :
  1. Checklist Senarai Nama Pelajar - Untuk Datuk Bandar Sahaja (Sila Download).
  2. Satu sahaja Surat Rasmi Tuntutan Yuran Semester - (Sila Download)
  3. Satu sahaja Salinan Original atau Berwarna (kasi nampak real) Immatrikulationsbescheinigung bagi semester terlatest.
  4. Satu sahaja Penyata Bank Original (Kontoauszug) - (Sila Highlight Bayaran Anda).
  5. *Sila baca elok²* - Satu salinan keputusan peperiksaan anda dari Semester 1 hinggalah Semester yang latest. Sesetengah Hochschule ada memberi keputusan secara menyeluruh dari awal pengajian yang dipanggil 'Notenblatt' ataupun 'Notenspiegel' ataupun 'Bescheinigung bestandener Leistungen'. Bagi Hochschule yang hanya menyediakan keputusan setiap semester sahaja, sila lampirkan satu persatu keputusan peperiksaan anda bermula dari semester 1.
PERHATIAN! INI SERIUS!
  1. Sila simpan satu salinan fotokopi Kontoauszug untuk diri anda. Anything can happen.
  2. Kegagalan anda menyertakan keputusan semua peperiksaan anda boleh menyebabkan anda tidak mendapat tuntutan yuran semester.
  3. Berhati-hati kepada pelajar yang meng'copy' dan 'paste' surat tuntutan dari kawan. Jangan sampai anda tersalah memberi nombor² akaun dan sebagainya.
'Selamat Menghantar Claim' daripada Marakumpel.

Friday, April 1, 2011

Update Futsal MGSS 16.04.2011


Update Pendaftaran Futsal MGSS

Laporan terkini. Sebanyak 10 pasukan telah mendaftar pasukan mereka. Pasukan-pasukan yang telah mendaftar adalah:
  1. Deggendorf FC
  2. Ingolstadt FC
  3. Augsburg FC
  4. Landshut 1 FC
  5. Landshut 2 FC
  6. Regensburg 1 FC
  7. Regensburg 2 FC
  8. Rosenheim FC
  9. Aschaffenburg FC
  10. Coburg FC

Maka hanya tinggal 2 pasukan lagi yg boleh mendaftar pasukan mereka. Kepada bandar-bandar yang belum mendaftar pasukan mereka, anda diminta menghantarkannya secepat mungkin agar saudara Syafiq (owtee) dapat menyusun jadual perlawanan. Berkenaan dengan yuran, pihak kami akan tentukan selepas selesai pendaftaran.

Kami juga mengalu-alukan penyertaan dari pasukan wanita. Sekurang-kurangnya 2 pasukan wanita(tidak diwajibkan menghantar mengikut bandar). Ia bertujuan untuk memeriahkan lagi aktiviti MGSS di Bayern pada tahun ini. Diharapkan agar pelajar-pelajar di seluruh Bayern dapat berkumpul sekali untuk memeriahkan lagi majlis dan menyokong pasukan masing-masing. :)

Berkesempatan dengan ini juga hendak kami maklumkan, bahawa chef Pinat (pelajar Deggendorf) telah memberi cadangan tentang menu makanan tengah hari:

1)
nasi minyak
ayam masak merah
sayur kobis goreng

2)
nasi putih
ayam paprik
telur dadar

Diharapkan agar setiap ketua bandar dapat mengumpul senarai nama yang berminat untuk menempah makanan dan hantarkan kepada muhammad.bin-mohtar@stud.fh-deggendorf.de (Akramin).Harga setiap set makanan adalah 5 EUR.Sila hantar sebelum 9 April 2011.

Sebarang masalah dan pertanyaan , anda boleh menghantar email kepada saudara naqeeb(seperti yg tertera di post-post sebelumnya). Sekian terima kasih