Friday, July 22, 2011

Tak Balik??Ayuh...


Assalamulaikum und guten Tag

kepada mereka yang tak balik,marilah merapatkan ukhwah sesama pelajar di Jerman.

untuk pengetahuan semua,ada satu program yang diberi nama 'mein Sommer'di Wildflecken, Bayern,bermula dari 28 Julai sehingga 31 Julai

untuk lebih faham dan clear pasal program ni,sila klik

DI SINI


p/s - tarikh tutup pendaftaran adalah hari ini, 22 Julai 2011

sebar-sebarkan.

- XOXO -

Wednesday, July 20, 2011

Bercuti dan Melancong di luar Jerman



Assalamualaikum und guten Tag

exam hampir sampai ke peghujungnya,bermakna cuti pun bakal bermula.mesti jugak ada yang dah plan nak melancong luar dari Jerman,buat mereka yang tak balik summer break ni.

di sini dilampirkan pesanan penting daripada En. Salleh kepada semula pelajar MARA di Jerman yang ingin bercuti dan melancong ke luar negara.

*copy/paste email dari En. Salleh*

Dimaklumkan bahawa di dalam tempoh percutian ini, suka saya mengingatkan para pelajar yang ingin melancong di luar negara Jerman, supaya memaklumkan dan seterusnya mendapatkan kebenaran dari Pejabat ini sebelum memulakan percutian di luar negara.
[Kepada pelajar yang pulang ke Malaysia pula, anda tidak wajib memaklumkan kepada En. Salleh. Akan tetapi nak bagitahu pun apa salahnya. Tidaklah sesiapa risau dimana anda berada.]

Bagi para pelajar yang ingin melancong di luar negara Jerman, saudara/saudari diminta supaya mendapatkan perlindungan insuran perjalanan yang komprehensif agar dapat melindungi perkara-perkara diluar jangka seperti kemalangan dan seumpamanya. Insuran ini perlu merangkumi kos-kos perubatan/kesihatan disepanjang tempoh percutian di luar Jerman. Ini adalah kerana MARA tidak akan menanggung kos perubatan sekiranya berlaku kemalangan dan seumpamanya.

Sekiranya para pelajar bercadang menyewa kereta bagi tujuan melancung, saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya mempastikan bawa kenderaan tersebut memiliki Coverage "Transport Accident Coverage" yang termasuk dalam Insuran Sewa Kereta.

Perhatian & Kerjasama saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dihargai.

Terima Kasih
Borang excel mengenai hal di atas bakal diedar kepada semua Dato' Bandar setiap tempat,jadi diharap para Dato' Bandar alert dengan borang itu.ia mungkin kedengaran remeh,tapi sebelum apa2 yang buruk terjadi,baiklah kita bersiap sedia

JUMPA LAGI SEMESTER DEPAN,DAN SELAMAT BERCUTI

- XOXO -