Monday, October 22, 2012

YURAN DAN FORMAT PERLAWANAN IGM 2012


Debaran IGM 2012 semakin terasa. Kami daripada pihak MaraKumpel ingin mengemaskini maklumat berkenaan IGM yang bakal berlangsung nanti.
Jadual perlawanan akan dipaparkan pada waktu pertandingan. Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum bermulanya game.
Sebarang format dan peraturan adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan pada ruangan “comment” post ini.

Futsal
Tempat : Kickfabrik City Soccer Nürnberg
               Ferdinandstr. 21-23
   90429 Nürnberg
  Untuk maklumat lanjut : http://www.kickfabrik.com
Masa    : 27 Oktober 2012
   11.00 - 18.00
Yuran  : 64 Euro / Pasukan
Format pertandingan :
-          Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan perlawanan berjalan secara liga, bermakna terdapat “Home & Away Game”
-          Juara dan Naib Juara dari setiap kumpulan layak ke pusingan separuh akhir.
-          Mana-mana pasukan yang terikat jumlah mata akan ditentukan oleh pihak penganjur nanti.
-          Perlawanan berlangsung selama 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit berehat di antara kedua-dua separuh masa.
-          Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang referee bagi membantu pihak urusetia mengendalikan kejohanan ini.
-          Selain tempat 1,2 dan 3, terdapat juga anugerah Golden Boot, Golden Glove, dan Golden Player untuk direbut.
Bowling
Tempat : Brunswick Bowling Nürnberg
               Bayreuther Str. 20
               90489 Nürnberg
               Untuk maklumat lanjut : http://www.us-play.com/nuernberg
Masa    : 27 Oktober 2012
   19.30 - 22.00
Yuran   : 10 Euro / Individu
Format pertandingan :
            - Setiap pasukan akan memulakan game serentak.
            - 3 game bagi setiap pemain dalam setiap pasukan.
            - Jumlah markah akan dikira berdasarkan 3 pusingan game bagi setiap pasukan.
- Bagi meraikan peserta wanita yang hadir pada kejohanan ini, setiap peserta wanita akan menerima 30 mata bonus setiap seorang. Mata bonus ini akan ditambah pada jumlah mata setelah tamat game.
 - Pasukan yang mendapat jatuhan pin terbanyak setelah tamat pertandingan akan dikira      sebagai pemenang. 
- Terdapat juga anugerah pemain individu terbaik bagi kategori lelaki dan wanita untuk direbut.

Badminton
Tempat : Regnitzhalle Nürnberg
Frankenstrasse 51a
91088 Bubenreuth
Untuk maklumat lanjut : http://www.regnitzhalle.com
Masa    : 28 Oktober 2012
   10.00 - 16.00
Yuran   : 5 Euro ( Perseorangan )
               8 Euro ( Beregu )
Format pertandingan :
  • Perseorangan Lelaki; Beregu Lelaki
             - Peserta akan dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
             - Juara dan Naib Juara bagi setiap Kumpulan akan meneruskan permainan ke pusingan
                separuh akhir.
             - Pemenang dalam peringkat separuh akhir akan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi
               menentukan Johan dan Naib Johan.

  • Perseorangan Wanita
           - Permainan akan dijalankan mengikut format liga. 
           - Peserta yang mendapat kemenangan terbanyak akan di kira sebagai pemenang.

Anda sudah bersedia?? AYUH!!!

Merasai masakan Melayu TERBAIK! di Nürnberg



Kepada para peserta dan penyokong IGM 2012 , anda berpeluang untuk merasai sendiri masakan Melayu TERBAIK! di bandar Nürnberg selain berhempas-pulas untuk merangkul kejuaraan. 

Menu A : Nasi Ayam  (4,50€)
Menu B : Nasi Lemak Ayam (4,50€)

Servis ini disediakan ketika berlangsungnya pertandingan futsal dan badminton.  Tempahan yang dibuat akan dihantar terus ke venue pertandingan.

Bayaran boleh dilakukan secara online ke akaun tertera.
                        Kontoinhaber: Ahmad Ghazali Bin Salleh
                        Kontonr. : 3443710
                        BLZ : 75070024
                        Zweck : Menu & Bilangan & Pertandingan 

Tempahan boleh dilakukan pada ruangan „comment“ post ini. 

MaraKumpel hanya menyediakan yang TERBAIK! Untuk anda!!!

Tuesday, October 9, 2012

Indoor Games MaraKumpel 2012



Anda bosan? Gementar dengan kedatangan semester baru? Mahu berkumpul dan beriadah bersama-sama? Inilah masa dan saat yang anda nanti-nantikan !!

Satu kejohanan sukan Musim Sejuk 2012 anjuran MaraKumpel bakal diadakan pada 27 & 28 Oktober ini bertempat di Nürnberg.

Pendaftaran kini dibuka kepada semua pelajar Malaysia di Deutschland.  Berikut adalah acara–acara yang akan dipertandingkan :
  • ·         Futsal
  • ·         Bowling
  • ·         Badminton

Pendaftaran kini boleh dilakukan di ruangan komen fanpage MaraKumpel di facebook dan di laman web MaraKumpel. Yuran penyertaan akan dikenakan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Sebarang pertanyaan juga boleh dilakukan dengan cara yang sama. Tempat perlawanan dan yuran penyertaan akan dimuatnaik tidak lama lagi.

Futsal

Tarikh : 27 Oktober 2012
Masa : 11.00 – 18.00
Format : 5 sebelah + 3 pemain gantian

Penyertaan dibuka untuk setiap bandar menghantar pasukan masing-masing. Kepada pasukan yang tidak mempunyai ahli mencukupi dibenarkan untuk bergabung dengan bandar lain. 
Contoh : Coburg-Hof. 
Jadual perlawanan dan format kejohanan akan diberitahu selepas tarikh tutup pendaftaran.

Bowling

Tarikh : 27 Oktober 2012
Masa : 19.00 – 22.00
Format : 3 pemain sepasukan

Pasukan dengan jatuhan pin tertinggi akan menjadi juara termasuk anugerah pemain terbaik kejohanan lelaki dan perempuan.  

Badminton

Tarikh : 28 Oktober 2012
Masa : 10.00 – 13.00
Format : Single & Double (Lelaki & Perempuan)

Jadual perlawanan dan format kejohanan bagi setiap acara akan diberitahu selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 15 Oktober 2012 ( Isnin )

Mungkin andalah juara yang kami cari !!

Tunggu apa lagi? Marilah sama-sama kita membuang lemak sambil memeriahkannya!!!!


Friday, October 5, 2012

Derma kilat Kebakaran di Rosenheim


Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan pada 2 September telah berlaku kebakaran di bangunan tempat tinggal pelajar-pelajar Mara dan JPA di Rosenheim. Butiran lebih lanjut tentang kebakaran oleh diakses melalui link ini.

Berikutan dengan itu saudara/saudari bolehlah menghulurkan sumbangan saudara/saudari melalui:

Nama: Nur Farahin Binti Ismail
Kontonr.: 8192130
BLZ: 70070024
Verwendungszweck: derma kilat mangsa kebakaran di Rosenheim

Kami wakil Marakumpel mengucapkan takziah kepada mangsa dan mengambil inisiatif menyebarkan berita sedih ini.