YURAN DAN FORMAT PERLAWANAN IGM 2012
Debaran IGM 2012 semakin terasa.
Kami daripada pihak MaraKumpel ingin mengemaskini maklumat berkenaan IGM yang
bakal berlangsung nanti.
Jadual perlawanan akan dipaparkan
pada waktu pertandingan. Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum bermulanya
game.
Sebarang format dan peraturan adalah
tertakluk kepada pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan boleh
ditinggalkan pada ruangan “comment” post ini.
Futsal
Tempat :
Kickfabrik City Soccer Nürnberg
Ferdinandstr. 21-23
90429 Nürnberg
Untuk maklumat lanjut
: http://www.kickfabrik.com
Masa
: 27 Oktober 2012
11.00 - 18.00
Yuran : 64 Euro / Pasukan
Format pertandingan :
-
Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan perlawanan
berjalan secara liga, bermakna terdapat “Home & Away Game”
-
Juara dan Naib Juara dari setiap kumpulan layak ke pusingan
separuh akhir.
-
Mana-mana pasukan yang terikat jumlah mata akan ditentukan
oleh pihak penganjur nanti.
-
Perlawanan berlangsung selama 7 minit bagi setiap separuh
masa dengan 1 minit berehat di antara kedua-dua separuh masa.
-
Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang referee
bagi membantu pihak urusetia mengendalikan kejohanan ini.
-
Selain tempat 1,2 dan 3, terdapat juga anugerah Golden
Boot, Golden Glove, dan Golden Player untuk direbut.
Bowling
Tempat : Brunswick Bowling Nürnberg
Bayreuther Str. 20
90489 Nürnberg
Untuk maklumat lanjut : http://www.us-play.com/nuernberg
Masa : 27 Oktober 2012
19.30 - 22.00
Yuran : 10 Euro / Individu
Format pertandingan :
- Setiap pasukan akan memulakan game serentak.
- 3 game bagi setiap pemain dalam setiap
pasukan.
- Jumlah markah akan dikira
berdasarkan 3 pusingan game bagi setiap pasukan.
-
Bagi meraikan peserta wanita yang hadir pada kejohanan ini, setiap peserta
wanita akan menerima 30 mata bonus setiap seorang. Mata bonus ini akan ditambah
pada jumlah mata setelah tamat game.
- Pasukan yang mendapat jatuhan pin terbanyak
setelah tamat pertandingan akan dikira sebagai pemenang.
-
Terdapat juga anugerah pemain individu terbaik bagi kategori lelaki dan wanita
untuk direbut.
Badminton
Tempat :
Regnitzhalle Nürnberg
Frankenstrasse 51a
91088 Bubenreuth
Untuk maklumat
lanjut : http://www.regnitzhalle.com
Masa
: 28 Oktober 2012
10.00 - 16.00
Yuran : 5 Euro ( Perseorangan )
8
Euro ( Beregu )
Format pertandingan :
- Perseorangan Lelaki; Beregu Lelaki
- Peserta akan dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
- Juara dan Naib Juara bagi setiap Kumpulan akan meneruskan permainan ke
pusingan
separuh akhir.
- Pemenang dalam peringkat separuh akhir akan melayakkan diri ke pusingan akhir
bagi
menentukan Johan dan Naib Johan.
- Perseorangan Wanita
- Permainan akan dijalankan mengikut format liga.
- Peserta yang mendapat kemenangan terbanyak akan di kira sebagai pemenang.
Anda sudah bersedia?? AYUH!!!