Saturday, October 18, 2008

Duit Mara-Kumpel (Winter 2008)

Salam,

Sebagai menampung perbelanjaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti MARA-Kumpel untuk WS2008, kita sekali lagi akan menjalankan kutipan untuk tabung MARA-Kumpel. Seperti pada semester lepas anda diharap dapat mendermakan sejumlah 10€. Derma tersebut boleh disalurkan melalui ketua bandar masing-masing. Bagi bandar yang tidak mempunyai ketua bandar, derma tersebut boleh disalurkan terus kepada bendahari MARA-Kumpel melalui Überweisung dan jangan lupa meletakkan nama penuh dan bandar sebagai Verwendungszweck :

Kontoinhaber : Intan Adilah Binti Abdul Hakim

Kontonummer :
5157342

BLZ : 76070024

Verwendungszweck : Nama Penuh, Duit Mara Kumpel, Nama Bandar

Tiada paksaan dalam menderma. Sumbangan anda dapat menjamin kelancaran aktiviti MARA-Kumpel. Bagi yang sudi menyumbang jutaan terima kasih diucapkan. Pihak AJK MARA-Kumpel akan berusaha menyajikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anda.

Sekian terima kasih. Kerjasama anda amat di hargai

Pengumuman

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua,

berikut adalah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di Frankfurt am Main, dan
Pejabat MARA Frankfurt dan Konsulat Jeneral Malaysia mengharapkan sokongan para
pelajar Malaysia untuk sama-sama memeriahkannya.

1 :- Taste of Malaysia : Food Festival

Tarikh :- Dari 16.10.2008 (Khamis) hingga 19.10.2008 (Ahad)
Tempat:- Hilton Frankfurt am Main
Hochstrasse 4, 60313 Frankfurt/Main
Tukang Masak :- Chef Ismail Ahmad
Penganjur Bersama:- Konsulat Jeneral Malaysia, FfM
Untuk :- Makan tengah hari & malam (‚à la carte’ : harga tunggal)

/* ‚Brunch’ pada hari Ahad */

Starter:- Kerabu Kacang Botol - 9,50 €
Sup Ekor Lembu – 9,00 €
Menu Utama:- Rendang Tok Perak – 19 €
Ikan Bakar Air Asam – 24 €
Ayam Percik Kelantan – 19 €
Pencuci Mulut:- Kuih Ketayap – 7,50 €

‚Brunch’ :- (hanya pada hari Ahad sahaja, dari jam 1230 hingga jam 1500)
Mee Mamak, Cucur Udang, Bergedil Ayam, Nasi Goreng Kampung, Nasi Lemak
Bungkus, Buah Melaka and Kuih Ketayap.

2 :- Majlis Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia

Tarikh:- Nov. 9, 2008 (Ahad)
HARGA PELAJAR :- 30,00 €
Maklumat tambahan (Flyer) :- http://www.malaysianclub.de/resources/flyer-final2.doc
Penganjur :- Malaysian Club Deutschland, FfM

Thursday, October 16, 2008

Tuntutan Bayaran Yuran Pengajian Semester (Studiengebühren)

Bermula dengan tuntutan untuk Sommersemester 2008, semua pelajar dikehendaki menghantar semua maklumat dan dokumen-dokumen kepada ketua bandar masing-masing dalam tempoh 7 hari selepas arahan dikeluarkan oleh Pejabat MARA FfM (atau 10 hari – bergantung kepada arahan), dan ketua-ketua bandar akan menyusun kesemuanya sebelum dihantar ke FfM.

Dokumen-dokumen yang dimaksudkan –

  1. Studienbescheinigung semester berkenaan (1 salinan ASAL & 2 salinan FOTOKOPI)
  2. Bukti Bayaran – Kontoauszug atau resit bayaran daripada FH/HS (1 Salinan ASAL & 2 salinan FOTOKOPI)

Prosedur yang sama akan diulang untuk tuntutan semester berikutnya dan serupa untuk tuntutan insurans TK/AOK.

Wednesday, October 15, 2008

Majlis Hari Raya 2008

Assalamualaikum,

Dengan ini di maklumkan bahawa pada tarikh 25 Oktober 2008 akan di adakan majlis Hari Raya Aidilfitri untuk semua pelajar-pelajar Malaysia bertempat di Augsburg. Tentatif majlis akan menyusul kemudian. Sila sahkan kehadiran anda melalui ketua bandar masing-masing. Kepada Ketua-ketua bandar, sila maklumkan jumlah yang hadir kepada ketua bandar Augsburg, Saudara Wan Mohd Fauzan Wan Nawi selewat-lewatnya 20 Oktober 2008. Sekian terima kasih.

*Sila maklumkan kepada semua pelajar mengenai majlis ini, untuk mengelakkan ada pelajar yang tidak mendapat info ini terutamanya pelajar yang baru sampai pada tahun ini.