Saturday, December 20, 2008

Futsal Mara-Kumpel

Tarikh: 31 Disember 2008

Tempat: sama seperti futsal Mara-kumpel tahun lepas (Nürnberg)

Masa: 900

Pasukan-pasukan yang telah mendaftar:

  1. Super Junior
  2. Pustet
  3. Regens A
  4. Regens B
  5. Nürnberg
  6. Augsburg-Coburg
  7. Rosenheim

Bagi yang tak ke mana, mari bersama-sama kita menyokong pasukan-pasukan yang bertanding. Sape2 yang nak sambut new year beramai-ramai kat Nürnberg mlm tu pun boleh hadir,. Bawa mercun masing2 utk memeriahkan susana. Maklumat mengenai sambutan tersebut akan di beritahu pada hari kejohanan nanti.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saudara Ahmad Safwan ( ym- asamog_125 )

Sekian terima kasih.

Sunday, December 7, 2008

AGM 2008

Acara yang dinanti-nanti kini kembali. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Anual Grand Meeting MGSS pada tahun ini. Kali ini di Mannheim pada 21 Disember 2008.

Bagi yang berjiwa seni jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan foto dan video pendek.

Selain hidangan yang lazat, anda juga akan di hiburkan oleh live bands termasuk daripada warga Mara Kumpel sendiri.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila lawati http://agm.mgss.de/

Saturday, December 6, 2008

Futsal Mara Kumpel

Tarikh : 1 atau 3 januari 2009

Tempat: Nürnberg

Bilangan pemain sepasukan : 6 – 9 pemain

Jumlah pasukan : max 10


Acara ini terbuka kepada semua ahli Mara Kumpel yang membayar yuran keahlian untuk semester ini. Bagi yang belum membayar jangan risau, anda juga boleh turut serta. Hanya perlu bayar 10€ kepada bendahari saudari Intan Adilah dan anda layak untuk turut serta.

Penyertaan dijangka lebih ramai berbanding tahun lepas dan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Untuk menjamin kepuasan bermain, kita ada beberapa pilihan:


  • 1) Menggunakan 2 gelanggang (iaitu gelanggang futsal MGSS tempoh hari)
  • 2) Menggunakan gelanggang yang lebih besar (seperti tahun lepas)
  • 3) Melangsungkan pertandingan 2 hari


Sila berikan pendapat anda.


Anda boleh mula menubuhkan pasukan mengikut selera masing-masing tetapi digalakkan mengikut bandar. Sila daftarkan pasukan kepada Buchuk (firdaus.said@gmail.com) selewat-lewatnya 14.12.08. Sila berikan senarai pasukan untuk tujuan semakan bayaran keahlian.



“MAJULAH SUKAN UNTUK MARA KUMPEL“

Sunday, November 23, 2008

Pemilihan AJK baru

Assalamualaikum,

Kepada ketua-ketua bandar sesi 07/08:

pemilihan ketua bandar baru bagi setiap bandar untuk sesi 08/09 perlulah diadakan selewat-lewat nya ahad ini. Kepada bandar yang telah selesai memilih ketua bandar yang baru di kehendaki menghantarkan senarai jawatan ke firdaus.said@gmail.com untuk di kemaskinikan.

Kepada ahli-ahli Mara-Kumpel:

pemilihan AJK baru untuk Mara-Kumpel sesi 08/09 akan dilangsungkan selepas semua bandar selesai memilih ketua bandar yang baru. Post pencalonan akan di keluarkan kemudian.

*Tarikh akhir untuk ketua bandar baru: 30 November 2008