Friday, March 6, 2009

Tuntutan TK & Yuran Semester Musim Panas 2009

Assalamualaikum,


1. Di sini diumumkan bahawa tarikh terakhir penghantaran dokumen2 tuntutan TK adalah pada, 08.03.2009.


2. Dokumen2 untuk tuntutan yuran pengajian semester musim panas 2009 sudah boleh mula dikemaskinikan. Dan hantarkan data2 tersebut kepada datuk bandar selewat-lewatnya 22.03.2009.



ACHTUNG!!!! YURAN PENGAJIAN yg boleh dituntut tidak termasuk
SEMESTER TIKET dan juga STUDIENBEITRAG yg tidak melebihi 500€.





Para ketua bandar harus menyerahkan dokumen2 yg telah dikumpul kepada en Ruzlan pada 23.03.2009.

Pastikan setiap dokumen disemak agar tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.



tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pertanyaan.



Friday, February 6, 2009

Tuntutan Wang Insuran TK/AOK 2008

Perhatian kepada seluruh warga MARA Kumpel. Dokumen2 untuk Tuntutan Wang Insuran TK/AOK 2008 (Januari - Disember 2008) adalah seperti berikut:



1. Surat Tuntutan yg ditandatangani oleh Penuntut.
(Contoh surat tuntutan boleh diminta dari Ketua bandar masing-masing)


2. Maklumat diri
Taipkan data2 berikut ke dlm Fail Excel yg telah diberikan melalui email oleh ketua2 bandar mahupun encik Presiden (buchuk).

1) Nama

2) No. K/P Malaysia

3) No. Bilangan Mara

4) Nama Syarikat Insurans

5) Bulan-bulan yang dituntut

6) Jumlah yang dituntut

7) Nama Bank

8) No. Akaun

9) Kod Bank (BLZ)

10) IBAN

11) Swift (BIC)




3. Rechnung ataupun Bescheinigung oleh TK/AOK
(Sila mohon maklumat2 tersebut dgn menhantarkan email ke campus@tk-online.de / die.gesundheitskasse@wl.aok.de )


Sila sediakan 3 Salinan untuk setiap dokumen2 tersebut dan kepilkan.

Segala maklumat haruslah sampai ke tangan Ketua Bandar selewat-lewatnya ,


15hb Febuari 2009.



Arahan selanjutnya akan diberitahu kelak.


*Bagi pelajar-pelajar baru, tuntutan boleh dibuat daripada bulan pertama anda membayar insurans sehingga Disember 2008.

Thursday, January 15, 2009

Derma Palestin


Assalamualaikum..

Pengumumam kepada seluruh warga Mara Kumpel , barangsiapa yg ingin menyumbangkan derma untuk mangsa2 peperangan di Palestin, anda bolehlah melakukan demikian melalui saluran berikut :

KontoInhaber : Islamic Relief Deutschland
Konto : 12202099
BLZ : 37050198
Bank : Sparkasse Köln
Zweck : Aufruf für Gaza-Streifen

Ayuhlah kita sama2 membantu meringankan beban saudara sesama islam.


Hadis Sahih Muslim ,
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: "Wahai, Allah! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan yang satu lagi berkata: "Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!"

Futsal MARA Kumpel


Pada 31 Disember 2008 telah berlangsungnya kejohanan Futsal Mara Kumpel di Moegeldorf 2000 Verein, Nürnberg. Kejohanan ini merupakan aktiviti penutup Mara Kumpel pada tahun 2008. & juga sejurus selepas pertandingan, acara sambutan tahun baru 2009 turut di raikan pada mlm tersebut.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:



Johan :
Pasukan Nürnberg



Naib Johan :
Regens A




Tempat Ketiga :
Team Pustet



Aksi-aksi para peserta
(all credits to Safwan & tuan punya kamera)


Terima kasih diucapkan kepada para peserta yg telah mengambil bahagian & juga kepada penganjur yg telah bekerja keras untuk memastikan kejohanan kali ini berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan pada para pemenang. Yg tertewas, cuba & cuba lagi pada masa hadapan.
Semoga berjumpa lagi pada kejohanan yg seterusnya.

Majulah Sukan untuk Mara Kumpel.