Tuesday, October 28, 2014

Teaser Sukan Musim Sejuk 2014

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Kami kembali dengan "Sukan Musim Sejuk" (SMS) dengan nafas dan nama baru menggantikan IGM (Indoor games Mara). Penyertaan dibuka kepada semua yang berada di Jerman. Nantikan update dari kami!
'SAVE THE DATE'. Boleh terus masukkan dalam Kalendar. :)

  
Bagi memeriahkan lagi Sukan Musim Sejuk pada kali ini, pihak MARAKumpel juga mengadakan satu pertandingan fotografi terbuka untuk semua :)


  
Syarat-syarat pertandingan :
1. Tiada edit berlebihan
2. Menepati tema
3. Karya original
4. Gambar penyertaan dihantar melalui email & akan diupload oleh
Majlis tertinggi MK
5. Hangpa pikiaq la sendiri mana yg patut & relevant

Pemenang berdasarkan 2 kategori:
1. Gambar paling popular - berdasarkan bilangan like di Facebook
2. Gambar terbaik - berdasarkan keputusan juri

Hantarkan Penyertaan anda ke : marakumpel@gmail.com
Sila sertakan maklumat diri: Nama, bandar, email, caption gambar

Tarikh tutup penyertaan: 13 Nov 1014 (12 Tengah Malam)


Para pemenang akan diumumkan ketika acara penutup SMS 2014.
Jumpa di sana!

Tuesday, October 14, 2014

Hari kerjaya MaraKumpel 2014

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Kami pihak Marakumpel bercadang untuk mengadakan Hari Kerjaya bagi anda,oleh itu bagi sesiapa yang berminat sila isikan survey berikut bagi memudahkan program tersebut.

ribuan terima kasih..


Sunday, April 13, 2014

Keputusan Pilihanraya Majlis Tertinggi MaraKumpel 2014






Majlis Tertinggi MaraKumpel 2014

Presiden : Abdullah Hafidz
Naib Presiden : Diana Daud
Setiausaha 1 : Amir Hamdi
Setiausaha 2 : Syahirah Nordin
Bendahari : Shafiq Shahrom
Biro Informasi : Yusuf Mustapha

Kami Majlis Tertinggi MaraKumpel 2013 ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dari pihak kami selama tempoh kami menjadi Majlis Tertinggi MaraKumpel.

Selamat menjalankan tugas.

Sunday, March 23, 2014

Pilihanraya MaraKumpel 2014



Pilihanraya MaraKumpel bagi sesi 2014 sudah pun tiba. Sehubungan dengan itu,AJK MARAKumpel 2013 telah memilih 13 calon-calon berkaliber juga bersih dari segala kontroversi untuk mengisi jawatan MARAKumpel bagi sesi 2014. Tarikh membuang undi adalah pada 26 March 2014 hingga 6 April 2014. Keputusan akan diumumkan pada 6 April 2014. Berikut adalah calon-calon yang bakal mencorakkan MARAKumpel 2014:
  1. Abdullah Hafidz - Karlsruhe
  2. Amir Hamdi - Augsburg
  3. Amira Rahim – Aachen
  4. Amirulzaman Abu Kashim – Rosenheim
  5. Diana Daud – Augsburg
  6. Farid Izzat – Rosenheim
  7. Fariz Hashim – Deggendorf
  8. Intan Nursyafiqah – Nürnberg
  9. Muhamad Syahir – Aschaffenburg
  10. Shafiq Shahrom  – Augsburg
  11. Syahirah Nordin – Coburg
  12. Yusuf Mustapha – Deggendorf
  13. Zaid Asrin – Regensburg

Tahniah kepada calon-calon yang terpilih. Penamaan calon dari MARAKumpel ini adalah muktamad dan tidak akan diubah. MARAKumpel tidak menghalang sebarang kempen/manifesto/perarakan dari para calon selagi tidak menyentuh isu-isu sensitif juga membahayakan pihak awam.
Kepada para pengundi, marilah bersama-sama melaksanakan tanggungjawab anda untuk menjamin masa depan yang sejahtera. 

Satu Undi..Satu Malaysia!