marakumpel@gmail.com
- "Eh macam mana ni, claim yuran semester aku sem lepas belum dapat la"
- "Ismail Harun, claim insurans tahun lepas kau dah dapat? Aku tak dapat lagi la. Macam mana ek?"
- "Sulaiman Isa, claim-claim untuk tahun 2011 ni nak hantar kepada siapa ya?"
Acapkali kita mendengar kata-kata di atas ini. Benda ini perkara biasa. Tiap-tiap semester pasti akan berlaku. Yang pasti anda semua jangan panik. Mari kita baca apa yang berlaku dan apa kata pegawai-pegawai MARA kita.
En. Ahmad Yeob
- "Bagi tahun 2011, saya tidak lagi menguruskan tuntutan-tuntutan claim pelajar di Jerman. Sebarang urusan claim sila rujuk terus kepada bahagian penganjuran pelajaran".
Pn. Ayuslina
- "Salam, untuk makluman saya dah berpindah (keluar) dari bahagian penganjuran. Rasanya awak boleh hantar surat menyurat kepada Cik Nazatul Shila".
Cik Nazatul Shila
- "..............................." (Beliau belum reply email lagi. Harap bersabar)
En. Mohd Salleh (Konsulat di Frankfurt)
- "Bagi claim yang belum dapat, saya akan susul dengan HQ. Soft copy diperlukan untuk mudahkan saya attachkan semasa membuat susulan. *Contoh soft copy anda itu okay."
- "Bagi claim baru untuk tahun ini, saya minta anda semua hold dahulu. Beri masa sikit untuk saya lihat *Prosedurnya kerana jika saya diarahkan bayar dari sini, maka HQ akan hantar budget kepada saya dalam bulan April ini. Saya akan maklumkan sebaik sahaja mendapat arahan HQ".
- *Prosedur = En. Salleh dalam proses membuka akaun MARA di Jerman. Jika berjaya mendapatkan budget, sebarang urusan bayaran claim akan dibayar direct dari Frankfurt.
- *Contoh soft copy : 1. Reclaim Yuran Semester , 2. Reclaim Insurans Kesihatan.
Dari Marakumpel
- Kesimpulannya, untuk claim-claim latest dan akan datang bagi tahun ini, sila hold dahulu.
- Kesimpulannya, sesiapa yang belum dapat claim-claim yang lepas sila lihat contoh soft copy di atas dan buat satu soft copy untuk di hantar kepada marakumpel@gmail.com. Nanti kami forward sekali gus kepada En. Salleh.
- Link soft copy di atas hanya contoh untuk diview.
- "Acai, aku takde scanner ni. Camne ek?" - It's okay. Buat yang termampu yang terbaik.
- "Aduii Stopa, penyata akaun aku yang lama dah takde. Tak boleh buat apa dah." - It's okay. Buka page Banking-Online dan 'Print Screen' akaun anda. Edit, Cut, Paste dan sertakan dalam soft copy. Macam saudara kita buat ini :
- "Irma Haslimi, mana sempat nak mintak penyata Insurans ikut pos. Isnin depan dah kene submit" - It's okay. Scan sahaja helaian pertama yang mengandungi TOTAL BAYARAN SETAHUN.
- "Eh Zuklilafeli, macam mana nak convert Word ke Pdf?".- It's okay. Download Sini
- Deadline Isnin 28.03.2011 jam 10 pagi waktu Jerman.
- Kalau ada kekeliruan bolehlah ajukan pertanyaan. Kami sedia membantu.
Terima Kasih
1 comment:
assalam.bole kami tahu update terbaru claim yuran sommer semester 2011?
Post a Comment