MAJLIS PERPISAHAN EN. SALLEH
Auf Wiedersehen En. Salleh & Herzlichen Willkommen Pn. Rohana
Pada 6 April 2013 akan
diadakan majlis perpisahan untuk mantan Pegawai MARA di Germany , En. Mohd
Salleh Abdullah. Setelah berkhidmat dengan dedikasi selama lebih dua tahun
sejak 2011, En. Salleh telah menamatkan tempoh khidmat beliau pada bulan Mac
yang lalu. Kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai majlis ini,
bolehlah mengesahkan kehadiran di sini.
Berikut adalah maklumat
lanjut berkenaan majlis tersebut :
Tempat : Fachhochschule Ingolstadt
Masa : 11
pagi – 3 petang
Tarikh : 6 April 2013 ( Sabtu )
Tarikh : 6 April 2013 ( Sabtu )
Kesempatan ini juga dapat
digunakan untuk beramah-mesra bersama Pegawai MARA di Germany yang baru iaitu
Pn. Rohana Binti Mohd Yunus. Beliau telah mula berkhidmat sejak 1 April 2013. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis ini nanti.
MARAKumpel mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada
En. Salleh dan Selamat Datang kepada Pn. Rohana.
3 comments:
saya (Nasrul) dijangka menghadirkan diri
Musa Rahim
Haziq zohari
Post a Comment