Wednesday, November 20, 2013

Laporan Perjumpaan Pegawai MARA Malaysia bersama Pelajar-Pelajar di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan laporan perjumpaan pegawai MARA Malaysia bersama pelajar-pelajar di Jerman yang diadakan pada 16.11.2013 di Nurnberg tempoh hari. Banyak perkara yang telah dibincangkan untuk makluman rakan-rakan sekalian yang tidak hadirkan diri pada perjumpaan tersebut.



Perkara-perkara yang dibincangkan :


1) Elaun bulanan

i. Elaun bulanan akan masuk ke akaun selewat-lewatnya pada 1 haribulan pada setiap bulan.

ii. Jika berlaku sebarang kelewatan dinasihatkan untuk melaporkan pada pihak yang berkenaan iaitu Bahagian Kewangan MARA.

Puan Siti Aminah Bt Ismail: aminah@mara.gov.my



2) Extension of study

i. Semua permohonan perlulah mendapat sokongan dari Pegawai MARA di Jerman terlebih dahulu iaitu Puan Rohana Bt Mohd Yunus.

ii. Pelajar dinasihatkan supaya memohon selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh kontrak sedia ada tamat.

iii. Pelajar digalakkan untuk berurusan secara terus dengan Pegawai MARA di Jerman.
iv. Peratusan bayar balik bagi pinjaman untuk tempoh ‘extension’ adalah sebanyak 50%.

v. ‘Conversion’ untuk pembayaran balik bagi tempoh pinjaman pelajaran seperti di dalam kontrak tidak terjejas sama ada pelajar mengambil extension atau pun tidak.

vi. Jika pelajar tidak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh extend pelajar dibenarkan untuk memohon lagi penambahan ‘extension’.

vii. Jika permohonan untuk ‘extension’ lambat diluluskan dan pelajar telah pun menghabiskan pelajaran terlebih dahulu, pelajar boleh membatalkan permohonan.

viii. Pembatalan permohonan adalah lebih senang dilakukan berbanding mendapat kelulusan untuk mendapat ‘extension’. Oleh itu pelajar digalakkan membuat permohonan terlebih dahulu.



3) Pengajian ke peringkat Master

i. Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada Universiti/FH terlebih dahulu sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman MARA. Hanya selepas itu permohonan akan dipertimbangkan.

ii. Terdapat 2 jenis pinjaman yang boleh diluluskan :
  • Elaun bulanan dan yuran pengajian
  • Hanya yuran pengajian sahaja



4) Akaun hutang semasa

i. Pelajar boleh memeriksa baki hutang Mara di laman E-Baki MARA dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

ii. Hanya penyata hutang pada tahun tersebut akan dipaparkan di laman E- Baki yang bermula pada 1 Disember dan tamat pada 30 November tahun berikutnya. Contoh : 1 Disember 2010-30 November 2011




5) Conversion

i. Akan ditentukan oleh pihak MARA sendiri iaitu Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

ii. Mengikut kontrak asal sama ada Skim Pelajar Cemerlang(SPC) ataupon Skim Pelajar Terbilang(SPT).

iii. Conversion bagi kontrak sebelum 2011 dan selepas 2011 adalah berbeza dimana peratusan conversion sebelum 2011 adalah lebih kecil.

iv. Peratusan Conversion adalah seperti berikut:

  • Sebelum 2011: Engineering - 1st Class (0% - SPC & SPT), 2nd Class Upper (1% - SPC,   10% - SPT), 2nd Class Lower (10% - SPC, 25% - SPT)
  • Selepas 2011: 1st Class (10%), 2nd Class Upper (15%), 2nd Class Lower (20%) atau siling RM150k


6) Bayaran balik

i. Pelajar dimohon untuk mencuba menamatkan pelajaran walau apa sekalipun. Ini kerana tidak menamatkan pelajaran akan memberi impak buruk kepada pelajar itu sendiri.


ii. Pelajar yang telah menamatkan pelajaran diminta segera menghantar borang ‘conversion‘ ataupun mendaftarkan diri sebagai pembayar aktif. Ini kerana jadual pembayaran balik akan berkuatkuasa setahun selepas kontrak asal tamat.

iii. Jika pelajar yang tidak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh kontrak dan meminta ‘extension‘ maka jadual pembayaran balik akan ditangguhkan secara automatik. Akan tetapi bagi pelajar yang tidak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh kontrak dan tidak meminta ‘extension‘, pelajar perlu memberi tahu sendiri kepada bahagian Penganjuran Pelajaran. Begitu juga dengan pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Pemberitahuan perlulah disertakan dengan bukti dan surat yang berkenaan.

iv. Jika pelajar lewat mendaftarkan diri sebagai pembayar aktif maka ini akan menimbulkan masalah pada jadual pembayaran balik kerana jadual pembayaran balik akan bermula pada bulan Januari tahun selepas anda berdaftar.

v. Walaupun peratusan bayaran balik telah ditentukan oleh pihak MARA untuk SPT dan SPC, rayuan masih boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, keputusan rayuan adalah atas budi bicara pihak MARA.


vi. Pembayaran balik perlu dilakukan oleh setiap pelajar. Jika pelajar enggan membayar balik pinjaman tersebut, ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada pelajar tetapi juga kepada penjamin. Kesan ini termasuk pelajar dan penjamin terbabit akan di‘‘black-list"kan dimana pelajar dan anak pelajar begitu juga penjamin dan anak penjamin akan mendapat kesukaran untuk mendapatkan pinjaman pada masa hadapan.

vii. Pembayaran balik dilakukan seperti berikut:

 2 tahun pertama: RM 100 Setiap bulan

 Tahun ketiga,keempat,kelima: RM 150 setiap bulan

 Tahun seterusnya: RM 200 sehingga tamat pembayaran

1 comment:

Unknown said...

salam.. ttg conversion, thun 2011 dlm kategori apa ya? sebelum atau selepas