Showing posts with label claim. Show all posts
Showing posts with label claim. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Claim Insurans 2009 *updated*

Assalamualaikum semua,

1. Proses Claim TK 2010 akan dilakukan sama seperti yang disyorkan oleh En Azrul sebelum ini.

  • Penyata Tahunan Insurans ( Tahun 2009 ) ( 1 Salinan Original dan 2 Salinan Fotostat )
  • Studienbescheinigung ( 3 Salinan )
  • Surat Tuntutan ( 3 Salinan dan bertandatangan )
  • Senarai nama dlm Excel(utk datok bandar shj)
2. Bila semua dokumen telah lengkap, terus hantar dokumen2 yang original & 1 salinan fotokopi ke MARA Kuala Lumpur.

alamat adalah seperti berikut.

PENGARAH

BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA
TINGKAT 3, MEDAN MARA
NO.21 JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR.

U;P - PUAN NOOR AYUSLINA BINTI MAT JUNOS
(UNIT LUAR NEGARA BPP).

3. Salinan2 dokumen yang selebihnya sila serahkan pada En Ruslan di alamat berikut :


Ruzlan Abd Malek
Consulate General Of Malaysia
Level 18, Kastor Platz der Einheit 1,
60327 Frankfurt am Main

4. Dato Bandar sila pastikan dengan teliti dokumen2 anak2 buah anda dari sebarang kesilapan & cacat cela.

Sebarang pertanyaaan sila keutarakan.

Sekian Terima Kasih.

kepade semua rakan2 sila beri kerjasama kepada datok2 bandar anda..

kepade yg 1st time nk claim, bole tanye kt kekawan yg da buat cmne nk dpt bahan2 di atas.


Date line... sila cepat2.. 10 Jan ke.. tindakan seterusnye cam biasa anta terus ke MARA..


*UPDATED*

sila follow format surat seperti berikut ok. muat turun contoh surat claim disini!
*CONTOH SURAT CLAIM.doc*

http://www.mediafire.com/file/mrnd0mlkywm/Surat Claim Insurans Individu.doc

Tuesday, June 9, 2009

Garis Panduan Surat Tuntutan Semula


1. Langakah2 & prosedur2 tuntutan yuran.



i. Sediakan dokumen2 berikut
  • Studienbescheinigung (berwarna ataupun yg disahkan oleh pihak FH)
  • Kontoauzug yang diwarnakan (highlight) transaksi pembayaran yuran
  • Coverletter (sila minta pada ketua bandar)
  • Senarai list excel (Khas untuk ketua bandar)
ii. Semak dokumen2 yang disediakan dengan teliti. pastikan tiada berlaku sebarang kesilapan maklumat atau perkataan.

iii.
Sila sediakan *1 SALINAN ORIGINAL & 2 SALINAN FOTOKOPI* untuk setiap dokumen.

iv. Kepilkan dokumen2 tersebut menjadi 3 SET. 1 Set ORIGINAL, 2 SET FOTOKOPI.

v. Ulang langkah ii sehingga anda berpuas hati.

vi. Serahkan pada ketua bandar.


*
1 SALINAN ORIGINAL akan diserahkan pada En Azrul
1 SALINAN FOTOKOPI akan diserahkan pada En Ruzlan
1 SALINAN FOTOKOPI akan disimpan oleh ketua bandar
*






2. Pesanan Oleh Encik Azrul , Pegawai MARA


Salam kepada para pelajar sekalian.




disini sy ingin menyatakan beberapa masalah yang membuatkan sebarang tuntutan para pelajar tidak dapat dibayar, dan menyebabkan kelewatan sehingga para pelajar tertunggu-tunggu.

terdahulu sy ada menyatakan mengenai apa yang diperlukan(dibuat) untuk melicinkan dan seterusnya meluluskan tuntutun para pelajar sekalian. ingin saya tekankan sekali lagi:





1. setiap permohonan mestilah berserta surat rasmi mengenai tuntutan tersebut.

1.1 surat rasmi mesti mengandungi maklumat-maklumat berikut:

1.1.1 tajuk surat rasmi (cth-TUNTUTAN INSURAN 2008)
1.1.2 no.MARA pelajar
1.1.3 no.kad pengenalan pelajar
1.1.4 institusi pelajar
1.1.5 semester pelajar(sertakan sekali bulan pengajian, cth-03/2008 - 082008)
1.1.6 cara pembayaran perlu dibuat
1.1.7 jumlah tuntutan(dlm EURO)
1.1.8 no.akaun bank di Jerman
1.1.9 NAMA BANK di Jerman


1.2 tandatangan pelajar di akhir surat rasmi.




2. setiap tuntutan mestilah disertakan bersama-sama bukti yang ORIGINAL SAHAJA. bukti fotokopi atau "print out" tidak akan diambil kira dan akan ditolak.


3. lampiran yang diperlukan seperti biasa(cth lampiran-mengandungi nama, no.k/p, no.MARA, no. akaun bank, nama bank, dsb)


disini juga saya sertakan dua(2) file excell, satu, "SENARAI PELAJAR MASALAH CLAIMS JUNE 09" mengandungi senarai 35 pelajar yang bermasalah dalam tuntutan dan masalahnya berserta dengan satu lagi file excell bertajuk "LAMPIRAN JERMAN".



*download*





diharap dengan email saya ini akan menjelaskan lagi kepada para pelajar yang masih lagi tidak menerima wang tuntutan mereka, disamping itu, menjadi panduan untuk para pelajar menghantar permohonan dimasa hadapan, supaya permohonan itu tidak mempunyai masalah dan proses pembayaran tuntutan pelajar akan menjadi lebih licin dan cepat.

perhatian kepada para pelajar yang tersenarai dlm senarai pelajar bermasalah:

-jika nama para pelajar terdapat dalam senarai tersebut, sila lihat jenis masalah untuk menyelesaikan masalah para pelajar. kepada para pelajar yang saya nyatakan masaalahnya "TIDAK NYATAKAN NAMA BANK DI JERMAN", sila tulis satu surat rasmi baru berpandukan format yang saya berikan diatas dan surat itu boleh discan dan diemail terus kepada saya untuk mempercepatkan urusan. ini adalah untuk pelajar yang masaalahnya "TIDAK NYATAKAN NAMA BANK DI JERMAN" sahaja. pastikan surat itu ditandatangani sebelum discan.




PERHATIAN KEPADA KETUA-KETUA BANDAR:

- ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KEPADA KETUA BANDAR UNTUK MEMBUAT PENYEBARAN MAKLUMAT INI KERANA KAMU ADALAH KETUA BANDAR YANG DILANTIK UNTUK MEWAKILI PARA PELAJAR DI BANDAR MASING-MASING. SILA SEBARKAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN KETUA-KETUA BANDAR LAIN JIKA MEREKA TIDAK MENERIMA EMAIL SAYA INI.

- LAMPIRAN JERMAN mestilah diisi oleh para pelajar yang ingin membuat tuntutan dalam bilangan 10 pelajar satu muka surat(ikut format yang diberikan). jika hanya ada 1 sahaja dalam lampiran tersebut tidak menjadi masalah, asalkan bilangan pelajar dalam satu muka surat tidak melebihi 10 nama.



sekian, terima kasih.




pesanan ini dibawakan kepada anda oleh,

MUHAMMAD AZRUL BIN MOHAMED AKER
Assistant Director
MARA Education Sponsorship Division