Thursday, January 15, 2009

Derma Palestin


Assalamualaikum..

Pengumumam kepada seluruh warga Mara Kumpel , barangsiapa yg ingin menyumbangkan derma untuk mangsa2 peperangan di Palestin, anda bolehlah melakukan demikian melalui saluran berikut :

KontoInhaber : Islamic Relief Deutschland
Konto : 12202099
BLZ : 37050198
Bank : Sparkasse Köln
Zweck : Aufruf für Gaza-Streifen

Ayuhlah kita sama2 membantu meringankan beban saudara sesama islam.


Hadis Sahih Muslim ,
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: "Wahai, Allah! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan yang satu lagi berkata: "Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!"

Futsal MARA Kumpel


Pada 31 Disember 2008 telah berlangsungnya kejohanan Futsal Mara Kumpel di Moegeldorf 2000 Verein, Nürnberg. Kejohanan ini merupakan aktiviti penutup Mara Kumpel pada tahun 2008. & juga sejurus selepas pertandingan, acara sambutan tahun baru 2009 turut di raikan pada mlm tersebut.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:



Johan :
Pasukan Nürnberg



Naib Johan :
Regens A




Tempat Ketiga :
Team Pustet



Aksi-aksi para peserta
(all credits to Safwan & tuan punya kamera)


Terima kasih diucapkan kepada para peserta yg telah mengambil bahagian & juga kepada penganjur yg telah bekerja keras untuk memastikan kejohanan kali ini berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan pada para pemenang. Yg tertewas, cuba & cuba lagi pada masa hadapan.
Semoga berjumpa lagi pada kejohanan yg seterusnya.

Majulah Sukan untuk Mara Kumpel.