Monday, November 16, 2009

Belangsukawa Zira Abd Rahman



UPDATE 12.11.2009



Saudari NurHazirah Abd Rahman telah pulang ke Rahmatullah pada 10.12.2009 jam 6:55 Pagi.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat.



diharap rakan² dapat mengadakan majlis tahlil di tempat masing untuk mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah.

"Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH juga kita dikembalikan"



salam takziah kepada ahli keluarga Zira.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, salah seorang sahabat kita di Offenburg, Zira Abd Rahman, telah diserang penyakit yang masih belum di ketahui puncanya.

Alhamdulillah X-Ray menunjukkan paru2 Zira semakin baek, namun dia masih memerlukan alat bantuan pernafasan. InsyaAllah she'll be better soon. Keep praying guys!

Kutipan derma kilat ini diadakan dengan harapan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Zira dan keluarganya.

Bantuan boleh disalurkan ke saudari :

Janatunaliyah Jemali

Ko. Nr. : 0240192
BLZ : 69070024


Terima kasih diucapkan dan marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan Zira.

facebook group




*pesanan daripada Tuan Presiden,

" Mari kita ramai² doakan kan die n ketua2 bandar di harap dpt wat majlis solat hajat n bacaan yassin serte doa selamat supaye zira dpt pulih seperti sediekala"



maaf daripada pihak webmaster, penyakit saudari Zira bukanlah disebabkan oleh Meliodosis.

Saturday, November 14, 2009

Rumah Terbuka Raya Haji 1430


Acara: Rumah Terbuka Hari Raya Haji 1430

Tarikh: 28.11.2009 (Sabtu)
Masa: 1800-2200
Tempat: Hannover (TBA)


Tiada bayaran extra untuk open house! Korang datang makan je!


_____________________________________________________________



Penginapan dan Pengangkutan

Penginapan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur. So, bagi yang akan menyertai event2 ni, boleh la tgk link ni.



Pengangkutan untuk player2 dan penyokong dari Bayern setakat ini tidak disediakan. Semuanya bergantung kepada bilangan yang akan menyertai event ini.

SEPAK 2009


Sepak '09


Permainan: Futsal Indoor
Tarikh: 28.11.2009 (Sabtu)
Masa: 1400-1800
Tempat: Soccer Racket Park (
http://www.soccer-racket-park.de)
Alamat: Lavaterhof 1, 30519 Hannover


Fasa 1 :
1. Format liga
2. Grouping A, B, C, D
3. 5 team setiap group
4. 7 pemain setiap team
5. Juara & N.Juara grouping layak ke suku akhir

Fasa 2 :
1. Format Kalah mati
2. Hadiah untuk Johan, Naib Johan & Tempat ke-3

Yuran Penyertaan: (akan dimaklumkan kemudian utk tujuan subsidi)

*Minuman dan makan ringan akan disediakan oleh penganjur
*Harap maklum bahawa penganjur tidak akan menyediakan kemudahan penginapan.


***PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG***

Format Email Penyertaan

Sile copy butiran di bawah dan email ke service@mgss.de
dengan subject
"Sepak 09"
********************************
Nama Team:
Motto:
Ahli-ahli:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Nama:
No. Handy:
Email:

*******************************

Nantikan jawapan daripada kami untuk mengetahui status pendaftaran dan maklumat seterusnya.

Pendaftaran team boleh dilakukan sekarang. cepat2,slot adalah terhad!

Permohonan untuk penyambungan tajaan (extend)



Pengumumam kepada mereka yang ingin melanjutkan tempoh penyambungan tajaan, (pembelajaran Bachelor & Diplom) , sila sediakan butir2 & dokumen2 berikut :

  1. Borang permohonan
  2. Surat rasmi dari pelajar (nyatakan sebab mengape nak sambung kontrak)
  3. Study Plan
  4. Surat sokongan dari FH
  5. Notenblatt.. sehingga semester yg terbaru.

sila klik sini untuk memuat turun borang permohonan


Tempat & Tarikh interview akan diberitahu kelak.


Sekian Terima Kasih.

Thursday, November 12, 2009

Temuduga Universiti Malaysia Pahang





Sukacita ingin dimaklumkan dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan temuduga Skim Fellowship pada 16 hingga 19 Nov 2009 di Jerman. Berikut adalah butir-butir temuduga tersebut :



16 November 2009 (Isnin) (2.00 – 4.00 petang): temuduga di Frankfurt

17 November 2009 (Selasa) (2.00 – 6.00 petang ) : Temuduga di Aachen

19 November 2009 (Khamis) (8.00 – 1.00 tengahari) : Temuduga di Tagung Telekom Hotel, Stuttgard
(1.00 – 2.00 tengahari) : Makan Tengahari dan Sesi Taklimat UMP bersama/kepada Duta Besar Malaysia / Wakil dari Pejabat Kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia / Non Malaysian di sekitar Stuttgart, Karlsruhe dan Sekitarnya.



Oleh itu diharap semua pelajar-pelajar terutama pelajar ditahun akhir pengajian yang berminat untuk menghadiri temuduga tersebut dapat memaklumkan kehadiran mereka kepada


En Abdullah Omar di email:
edu2@malcg.de
tel: 069 870037215


atau boleh terus email kepada

Puan Haryani (pegawai UMP Pahang) di email:
haryani@ump.edu.my


untuk memaklumkan kehadiran masing-masing. Nama hotel/ tempat sebenar untuk sesi temuduga ini akan di beritahu kemudian.



Sekian, terima kasih.