Showing posts with label extend. Show all posts
Showing posts with label extend. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Memanjangkan Tempoh Pengajian

Pada hari Jumaat lepas, 27.05.2011 En Mohd Salleh Abdullah telah datang ke Fachhochschule Deggendorf dan berjumpa dengan pelajar-pelajar tajaan Mara. Perkara tentang pemanjangan tempoh pengajian telah dinaikkan dalam perjumpaan ini.

Kepada pelajar-pelajar yang ingin memanjangkan tempoh pengajian lebih daripada tempoh kontrak tajaan Mara, Mara boleh mepertimbangkan permohonan untuk elaun tambahan. Surat permohonan mesti dihantar kepada pihak Mara awal sebelum tamatnya tempoh kontrak. Di dalam surat permohonan mesti diletakkan sebab-sebab yang kukuh. Pelajar-pelajar disarankan untuk membuat simpanan bagi mengelakkan masalah kewangan jika permohonan tidak diterima.
Sebarang persoalan tentang perkara diatas boleh dihantar kepada En Salleh (mdsallehabdullah@yahoo.com).
________________________________________________________________

Seperti sedia maklum, dari 1 April 2011 Bavarian-Malaysian Coordination Center (BMCC) telah mengganti Inwent dalam mengkoordinasi pelajar-pelajar tajaan Mara. Pejabat baru sekarang bertempat di Fachhochschule Deggendorf. Sebarang persoalan yang berkaitan bolehlah dihantar kepada Frau Tanja Rinkl (tanja.rinkl@fh-deggendorf.de) atau Frau Lisa Hitreiter (lisa.hirtreiter@fh-deggendorf.de).

Saturday, November 14, 2009

Permohonan untuk penyambungan tajaan (extend)



Pengumumam kepada mereka yang ingin melanjutkan tempoh penyambungan tajaan, (pembelajaran Bachelor & Diplom) , sila sediakan butir2 & dokumen2 berikut :

  1. Borang permohonan
  2. Surat rasmi dari pelajar (nyatakan sebab mengape nak sambung kontrak)
  3. Study Plan
  4. Surat sokongan dari FH
  5. Notenblatt.. sehingga semester yg terbaru.

sila klik sini untuk memuat turun borang permohonan


Tempat & Tarikh interview akan diberitahu kelak.


Sekian Terima Kasih.

Monday, October 12, 2009

Lanjutan Tajaan Pembelajaran




Maklumat berikut ditujukan kepada para pelajar tahun terakhir batch ke-4 (wintersemeseter 06/07 & summersemester 07) yang ingin melanjutkan tajaan pembelajaran (sambungan semester 8,9,10....)

1. Temuduga akan dijalankan oleh Encik Ruzlan di Augsburg untuk pelajar2 di kawasan Bayern, & di Frankfurt untuk pelajar2 di kawasan NRW, Hessen & Baden.

2. Tarikh temuduga adalah seperti berikut :

Bayern : hujung bulan 10
NRW, Hessen & Baden. : awal bulan 11

(Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian)

3. Kepada mereka yang berhasrat untuk melanjutkan tempoh tajaan, sila sediakan dokumen2 berikut :

  • Surat Sokongan dari FH
  • Study Plan
  • Notenblatt (ECTS)
  • Borang permohonan (akan diberi pada hari temuduga)
4. Pakaian kasual & sopan. (kasut kulit & memakai perfume)

*stay tuned pada blog marakumpel untuk maklumat lanjut*