Wednesday, November 20, 2013

Laporan Perjumpaan Pegawai MARA Malaysia bersama Pelajar-Pelajar di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan laporan perjumpaan pegawai MARA Malaysia bersama pelajar-pelajar di Jerman yang diadakan pada 16.11.2013 di Nurnberg tempoh hari. Banyak perkara yang telah dibincangkan untuk makluman rakan-rakan sekalian yang tidak hadirkan diri pada perjumpaan tersebut.



Perkara-perkara yang dibincangkan :


1) Elaun bulanan

i. Elaun bulanan akan masuk ke akaun selewat-lewatnya pada 1 haribulan pada setiap bulan.

ii. Jika berlaku sebarang kelewatan dinasihatkan untuk melaporkan pada pihak yang berkenaan iaitu Bahagian Kewangan MARA.

Puan Siti Aminah Bt Ismail: aminah@mara.gov.my



2) Extension of study

i. Semua permohonan perlulah mendapat sokongan dari Pegawai MARA di Jerman terlebih dahulu iaitu Puan Rohana Bt Mohd Yunus.

ii. Pelajar dinasihatkan supaya memohon selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh kontrak sedia ada tamat.

iii. Pelajar digalakkan untuk berurusan secara terus dengan Pegawai MARA di Jerman.
iv. Peratusan bayar balik bagi pinjaman untuk tempoh ‘extension’ adalah sebanyak 50%.

v. ‘Conversion’ untuk pembayaran balik bagi tempoh pinjaman pelajaran seperti di dalam kontrak tidak terjejas sama ada pelajar mengambil extension atau pun tidak.

vi. Jika pelajar tidak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh extend pelajar dibenarkan untuk memohon lagi penambahan ‘extension’.

vii. Jika permohonan untuk ‘extension’ lambat diluluskan dan pelajar telah pun menghabiskan pelajaran terlebih dahulu, pelajar boleh membatalkan permohonan.

viii. Pembatalan permohonan adalah lebih senang dilakukan berbanding mendapat kelulusan untuk mendapat ‘extension’. Oleh itu pelajar digalakkan membuat permohonan terlebih dahulu.



3) Pengajian ke peringkat Master

i. Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada Universiti/FH terlebih dahulu sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman MARA. Hanya selepas itu permohonan akan dipertimbangkan.

ii. Terdapat 2 jenis pinjaman yang boleh diluluskan :
  • Elaun bulanan dan yuran pengajian
  • Hanya yuran pengajian sahaja



4) Akaun hutang semasa

i. Pelajar boleh memeriksa baki hutang Mara di laman E-Baki MARA dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

ii. Hanya penyata hutang pada tahun tersebut akan dipaparkan di laman E- Baki yang bermula pada 1 Disember dan tamat pada 30 November tahun berikutnya. Contoh : 1 Disember 2010-30 November 2011




5) Conversion

i. Akan ditentukan oleh pihak MARA sendiri iaitu Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

ii. Mengikut kontrak asal sama ada Skim Pelajar Cemerlang(SPC) ataupon Skim Pelajar Terbilang(SPT).

iii. Conversion bagi kontrak sebelum 2011 dan selepas 2011 adalah berbeza dimana peratusan conversion sebelum 2011 adalah lebih kecil.

iv. Peratusan Conversion adalah seperti berikut:

  • Sebelum 2011: Engineering - 1st Class (0% - SPC & SPT), 2nd Class Upper (1% - SPC,   10% - SPT), 2nd Class Lower (10% - SPC, 25% - SPT)
  • Selepas 2011: 1st Class (10%), 2nd Class Upper (15%), 2nd Class Lower (20%) atau siling RM150k


6) Bayaran balik

i. Pelajar dimohon untuk mencuba menamatkan pelajaran walau apa sekalipun. Ini kerana tidak menamatkan pelajaran akan memberi impak buruk kepada pelajar itu sendiri.


ii. Pelajar yang telah menamatkan pelajaran diminta segera menghantar borang ‘conversion‘ ataupun mendaftarkan diri sebagai pembayar aktif. Ini kerana jadual pembayaran balik akan berkuatkuasa setahun selepas kontrak asal tamat.

iii. Jika pelajar yang tidak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh kontrak dan meminta ‘extension‘ maka jadual pembayaran balik akan ditangguhkan secara automatik. Akan tetapi bagi pelajar yang tidak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh kontrak dan tidak meminta ‘extension‘, pelajar perlu memberi tahu sendiri kepada bahagian Penganjuran Pelajaran. Begitu juga dengan pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Pemberitahuan perlulah disertakan dengan bukti dan surat yang berkenaan.

iv. Jika pelajar lewat mendaftarkan diri sebagai pembayar aktif maka ini akan menimbulkan masalah pada jadual pembayaran balik kerana jadual pembayaran balik akan bermula pada bulan Januari tahun selepas anda berdaftar.

v. Walaupun peratusan bayaran balik telah ditentukan oleh pihak MARA untuk SPT dan SPC, rayuan masih boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, keputusan rayuan adalah atas budi bicara pihak MARA.


vi. Pembayaran balik perlu dilakukan oleh setiap pelajar. Jika pelajar enggan membayar balik pinjaman tersebut, ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada pelajar tetapi juga kepada penjamin. Kesan ini termasuk pelajar dan penjamin terbabit akan di‘‘black-list"kan dimana pelajar dan anak pelajar begitu juga penjamin dan anak penjamin akan mendapat kesukaran untuk mendapatkan pinjaman pada masa hadapan.

vii. Pembayaran balik dilakukan seperti berikut:

 2 tahun pertama: RM 100 Setiap bulan

 Tahun ketiga,keempat,kelima: RM 150 setiap bulan

 Tahun seterusnya: RM 200 sehingga tamat pembayaran

Wednesday, November 13, 2013

Indoor Games MaraKumpel Augsburg 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Indoor Games MaraKumpel yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan kembali lagi! Kejohanan sukan ini akan diadakan di Augsburg. Acara yg dipertandingkan adalah futsal, bowling, pool dan badminton. 16 pasukan yang terawal yang mendaftar akan menyertai pertandingan futsal pada kali ini. Acara bowling pula terbuka kepada 10 pasukan.

Tentatif  IGM 2013

Sabtu, 30 November 2013

0915 - 1400  :  Futsal

1530 - 1800  :  Bowling, Pool

Ahad, 1 December 2013

0945 - 1400  :  Badminton

Penginapan dan Makanan

Kami akan menyediakan makanan tengah hari kepada semua peserta yang hadir. Tempahan boleh buat di sini Futsal, Bowling/Pool, Badminton. Tarikh tutup tempahan makanan pada jam 2359 25.11.2013. Bagi mereka yang ingin bermalam di Augsburg, sedikit bahan rujukan telah kami sediakan :-

Übernacht Hostel Augsburg


Jugendherberge Augsburg


Jakoberhof Hotel


P/S : Penginapan semasa kejohanan ini hendaklah diuruskan sendiri oleh pelajar-pelajar yang menyertai. Pihak Marakumpel tidak akan menaja ataupun menyediakan perkhidmatan penginapan.

Butiran sukan yang akan dipertandingkan

Setiap pasukan adalah wakil dari Bandar dan hendaklah di daftarkan mengikut Bandar masing-masing. 



Futsal : Terhad kepada 16 pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 7 pemain (2sub)

Host : Haziq Guzali & Akmal Faizi Rahmat
Yuran : Percuma
Tempat : RS Kickertreff, Bergiusstraße 23, 86199 Augsburg

Untuk mendaftar, sila klik di sini




Bowling : Terhad kepada 10 pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 3 pemain sahaja

Host : Sarah Amalyna & Amirah Samat
Yuran : Percuma
Tempat : City Bowling, Halderstraße 5, 86150 Augsburg

Untuk mendaftar, sila klik di sini




Pool : Terhad kepada 8 pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 2 pemain sahaja

Host : Mohd Syakiq & Irfan Rosli
Yuran : Percuma
Tempat : City Bowling, Halderstraße 5, 86150 Augsburg

Untuk mendaftar, sila klik di sini




Badminton :8-12 orang(perseorangan lelaki dan perempuan)/pasukan(beregu lelaki)

Host : Mohd Syakiq & Irfan Rosli
Yuran : Percuma
Tempat : Provino Sport, Provinostraße 59, 86153 Augsburg
Untuk mendaftar sila klik di Perseorangan lelakiBeregu Perempuan, Beregu Lelaki


Sebarang pertanyaan, persoalan, kekeliruan atau kesulitan mengenai acara yang dipertandingkan, boleh rujuk kepada host acara masing-masing.

Tarikh tutup pendafaran adalah pada jam 2359 25.11.2013

Kehadiran para pelajar ke kejohanan Indoor Games MaraKumpel kali ini adalah amat kami nantikan!
Untuk pendaftaran, sila klik pada acara sukan yang dipertandingkan! Jumpa anda semua di sana!