Wednesday, March 19, 2008

Jom kita ke Ulm!

Merujuk kepada post ' Kejohanan Badminton MGSS 2008', Presiden Mara-Kumpel mengajak semua pelajar Malaysia di Jerman, beramai-ramai menghadiri kejohanan tersebut sebagai tanda sokongan kita kepada rakan-rakan yang mewakili bandar masing-masing. Di samping itu juga, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain, tidak kira yang tua ataupun muda. Malahan yang sudah berkahwin pun boleh turut serta untuk menyaksikan kejohanan ini.

Tarikh: 29 Mac 2008

Lokasi : Sport-Sohn GmbH & Co. KG Tennis Anl. und Freizeitcenter , Neu Ulm

Masa: 9 pagi

Menuju ke lokasi:

Saudara-dan saudari perlu turun di Neu-Ulm Bahnhof. Kemudian berjalan ke Neu Ulm ZUP Bstg. 7. Saudara dan saudari boleh menaiki Stadtbus SWU Linie 5 (Richtung Ludwigsfeld Hasenweg), Bus Linie 76 ( Richtung Weißenhorn Birkenweg) atau Bus Linie 73 (Richtung Wullenstetten Hirschweihe), dan turun di hentian Neu-Ulm Edisoncenter. Dari sini, anda perlulah berjalan kaki ke Sport-Sohn GmbH & Co. KG Tennis Anl. und Freizeitcenter, Memminger Str 71.

Maklumat lanjut, sila rujuk post ' Kejohanan Badminton MGSS 2008'. Sekian terima kasih.

Majulah sukan untuk negara


Sunday, March 16, 2008

Dari meja Setiausaha Agung MARA Kumpel

Friedberg, Jumaat 14 hb. Mac 2007

Assalamu’alaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pada hari Sabtu 1 hb. Mac 2007, satu mesyuarat MARA Kumpel bersama-sama Ketua Pegawai MARA Eropah En. Ruzlan Abd. Malek telah diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt am Main (FfM).

MARA Kumpel telah diwakili oleh 8 orang yang terdiri daripada wakil-wakil bandar dan wilayah.

Berikut adalah ringkasan minit mesyuarat yang difikirkan wajar untuk diketahui oleh semua ahli-ahli MARA Kumpel setelah diluluskan oleh Presiden MARA Kumpel untuk diterbitkan.


Tuntutan Bayaran Yuran Pengajian Semester (Studiengebühren)

Bermula dengan tuntutan untuk Sommersemester 2008, semua pelajar dikehendaki menghantar semua maklumat dan dokumen-dokumen kepada ketua bandar masing-masing dalam tempoh 7 hari selepas arahan dikeluarkan oleh Pejabat MARA FfM (atau 10 hari – bergantung kepada arahan), dan ketua-ketua bandar akan menyusun kesemuanya sebelum dihantar ke FfM.

Dokumen-dokumen yang dimaksudkan –

  1. Studienbescheinigung semester berkenaan (1 salinan ASAL & 2 salinan FOTOKOPI)
  2. Bukti Bayaran – Kontoauszug atau resit bayaran daripada FH/HS (1 Salinan ASAL & 2 salinan FOTOKOPI)

Prosedur yang sama akan diulang untuk tuntutan semester berikutnya dan serupa untuk tuntutan insurans TK/AOK.


Undang-undang dan Budaya Masyarakat Tempatan di Jerman

En. Ruzlan telah mengeluarkan peringatan untuk disampaikan kepada semua pelajar – Pelajar-pelajar Malaysia di Jerman dikehendaki mematuhi undang-undang negara Jerman dan bersikap peka atau sensitif terhadap budaya dan pantang larang masyarakat tempatan Jerman setiap masa : terutamanya ketika menjalankan apa-apa aktiviti di FH/HS masing-masing.

Peringatan ini dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham dengan masyarakat di sini.


Bekerja di Negara Jerman

Selepas tamat pengajian daripada FH/HS, pelajar-pelajar MARA yang ingin bekerja dalam Jerman dikehendaki membuat permohonan rasmi kepada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA KL.

Tempoh pertama ialah 2 tahun dan untuk setiap tahun berikutnya permohonan rasmi untuk lanjutan juga mesti dibuat. Tempoh maksimum bekerja di Jerman ialah 4 tahun selepas pengajian.

Pelanjutan Semester atau Penukaran Kursus Pengajian
(Semesterverlängerung oder Studiengangwechsel)

Untuk tujuan di atas, setiap pemohon mestilah membuat permohonan rasmi (dengan menyatakan sebab-musabab).

Setiap permohonan hendaklah disertai dokumen-dokumen berikut:-

  1. Surat sokongan daripada Auslandsreferat FH/HS atau InWEnt atau pejabat FH/HS masing-masing
  1. Transkrip keputusan peperiksaan
  1. Pelan pengajian

Permohonan boleh dibuat secara e-mail dengan dokumen-dokumen di atas diimbas (scanned) lalu dihantar kepada kepada Penolong Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA KL – Pn. Norashikin Nanyan dan CC kepada En. Ruzlan di FfM.

Latihan Praktikal dan Tesis (Berufpraxissemester und Diplomarbeit)

Para pelajar MARA digalakkan untuk menjalani latihan praktikal dan menulis tesis masing-masing dalam negara Jerman.

Semasa ini, firma-firma Jerman – Mühlbauer, Schmidt & Clements dan Elektrisolar
sedang ingin merekrut graduan-graduan Malaysia dari Jerman.

Senarai firma-firma Jerman yang ada di Malaysia (dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia MIDA) telah diedarkan kepada ketua-ketua bandar.

Surat sokongan berkepala Konsulat Jeneral Malaysia di FfM boleh dipohon oleh setiap pelajar Malaysia daripada En. Ruzlan. Surat tersebut bertujuan membantu pelajar dalam membuat permohonan praktikal masing-masing dengan menunjukkan bahawa permohonan itu bukanlah atas tujuan individual tetapi atas permohonan negara Malaysia.


Meninggalkan Jerman untuk Percutian atau Pulang ke Malaysia

Semua pelajar MARA diwajibkan memaklumkan En. Ruzlan dengan menghantar mesej ringkas dalam bentuk e-mail kepadanya sebelum meninggalkan Jerman untuk seketika dengan tujuan tersebut di atas.

Maklumat-maklumat dalam e-mail ringkas:-

  1. Maklumat pelajar (nama & FH/HS)
  2. Tujuan
  3. Destinasi
  4. Tempoh

Sekiranya berkumpulan, adalah memadai wakil kumpulan tersebut menghantar 1 e-mail sahaja dengan menyatakan ahli-ahli dalam kumpulan.

Maklumat-maklumat Sampingan

1. Majlis-majlis yang akan diadakan di FfM (anjuran bersama Pejabat MARA FfM & Konsulat Jeneral Malaysia FfM) dalam tahun 2008 ini:-

i. Majlis Sambutan Aidilfitri

ii. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia

iii. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar


(Pelajar-pelajar MARA diharap akan membuat persembahan dalam majlis-majlis di atas. Contoh persembahan :- ‘live band’)

2. Pertukaran tugas penolong kepada Pn. Norashikin Nanyan di Kuala Lumpur.
Di KL, Pn. Arinawati telah digantikan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Ghani dalam tugas membantu Pn. Norashikin mentadbir pelajar-pelajar MARA Jerman.

E-mail En. Mohamad boleh diminta daripada ketua-ketua bandar/wilayah masing-masing.


Selamat berjaya dalam menempuhi Sommersemester kepada semua pelajar-pelajar MARA Jerman.


Yang menjalankan tugas,

Mohamad Hafiz Jaafar,

Setiausaha Agung MARA Kumpel 2008

Sunday, March 9, 2008

Kejohanan Badminton MGSS 2008

Assalamualaikum,

Dengan ini dimaklumkan bahawa MGSS akan mengadakan Kejohanan Badminton 2008, selaku aktiviti pembukaan tahun 2008. Berikut adalah butir-butir Kejohanan tersebut,

Lokasi : Sport-Sohn GmbH & Co. KG Tennis Anl. und Freizeitcenter , Neu Ulm
Tarikh : 29 Mac 2008
Masa : 0900 - 1800
Format :Perseorangan dan Beregu bagi kategori lelaki dan wanita.
Yuran Penyertaan : 6€ seorang bagi kategori perseorangan(ahli MGSS)
12€ setiap Regu bagi kategori beregu (ahli MGSS)
: 12€ seorang bagi kategori perseorangan(bukan ahli)
24€ setiap Regu bagi kategori beregu (bukan ahli)


Setiap pemain dibenarkan untuk menyertai kedua-dua acara perseorangan dan beregu bagi setiap kategori lelaki dan wanita. Yuran penyertaan dikenakan mengikut bilangan acara yang disertai oleh setiap peserta. Memandangkan sukan Badminton merupakan satu sukan yang memerlukan kos yang tinggi dari segi peralatan seperti bulu tangkis serta dewan permainan,maka pihak penganjur terpaksa mengenakan yuran penyertaan yang agak tinggi bagi kejohanan ini memandangkan MGSS hanya dapat memperuntukkan separuh sahaja daripada bajet asal yang dikira.

Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada saudara Mohamad Syafiq Mansor di alamat syafiqmansor@hotmail.de sebelum 15 Mac 2008.

Sebarang pembayaran bagi yuran penyertaan boleh dibuat menerusi transaksi bank secara online kepada saudara Syafiq Mansor. Demikian adalah butir-butir Bank bagi tujuan transaksi tersebut.

Penerima: Mohamad Syafiq Mansor
Kontonr.: 0309369
BLZ: 69070024 (Deutschebank Konstanz)
V.zweck: yuran penyertaan badminton -(nama penuh)-(kategori)-(ahli atau bukan ahli)

Kepada saudara dan saudari yang gemar bermain Badminton, inilah masanya untuk menunjukkan bakat terpendam anda. Dan kepada yang lain, anda turut dijemput bagi menyaksikan dan memeriahkan lagi Kejohanan Badminton tahun ini! Kerjasama anda amatlah dihargai.

Sekian.

sumber dari www.mgss.de

Yuran Sommersemester 08

Assalamualaikum,

Rakan-rakan bolehlah mula menghantar Kontoauszug berserta Studentenbescheinigung kepada Ketue Bandar atau wakil bandar masing-masing. Anda juga di minta untuk membuat 2 salinan asal Kontoauszug dan Studentenbescheinigung. Ini bermakna anda perlulah menghantar 3 set* (Kontoauszug dan Studentenbescheinigung) kepada wakil anda.

Sekian terima kasih.

*1 set asal, 2 set salinan