Thursday, August 2, 2012

Majlis Iftar 2012

Assalamualaikum und Guten Tag

Kepada mereka yang pulang lambat atau tidak pulang beraya di kampung pada tahun ini, janganlah anda bersedih atau berduka. Marilah kita bersama-sama berkumpul meluangkan masa mengisi santapan rohani dan jasmani pada bulan Ramdhan yang mulia ini.

Satu program Iftar bakal diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 11 Ogos ini dan semua pelajar dijemput  menghadirkan diri disamping dapat berkenalan serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pelbagai aktiviti telah disediakan disamping makanan yang sedap dan lazat. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama berkampung dan mengalami sendiri suasana berbuka beramai-ramai yang mungkin tidak dapat dirasai ditempat lain.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik DI SINI

Akhirul kalam, selamat menunaikan Rukun Islam ke-3 bagi semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa berkat. It may be our last :)

p/s : sila sahkan kehadiran anda sebelum atau pada 6 Ogos 2012


-Admin-