Sunday, December 19, 2010

Mari mengundi!!!! Pilihanraya Marakumpel 2011!



Kepada rakan2 semarakumpelan.. mari mengundi untuk jawatan2 tertinggi Marakumpel 2011!

Pengundian adalah hanya melalu eMail !!
email akan dispamkan ke inbox anda dalam masa terdekat oleh datok2 datin2 bandar!

Diulangi.. Bagi setiap jawatan, calon paling banyak diundi akan memegang jawatan tersebut manakala kedua tertinggi akan menjadi penolong aka vice pada jawatan tersebut.

tarikh pengundian bermula sekarang sehingga 31hb Desember 2010.

Bermula tepat 12tengah malam 1 Januari 2011.. Peti undi akan ditutup dan Ahli jawatankuasa yang baru akan mengambil alih tugas-tugas kami.. :(

Selamat mengundi!!


p/s: kepada sesiapa yang pernah mengundi di Facebook / website ini pada hari Ahad 19.12,2010.. sila mengundi semula kerana poll itu dibatalkan akibat daripada sebab2 yang tak dapek dielakkan. sekian terima kasih. (tak semua ada facebook dan tak mahu orang luar vote sama).

Friday, December 10, 2010

Calon-calon Pilihanraya MARAkumpel 2011!

*klik gambar untuk size sebenar*


Senarai calon-calon bagi merebut jawatan Marakumpel sesi 2011 adalah seperti di atas!
Tempoh penamaan calon telah berlalu. Tarikh bermulanya pengundian akan diberitahu kelak,
dan peraturan pada kali ini adalah seperti berikut:

1) Pengundian akan dilakukan menggunakan internet dalam satu tempoh masa yang akan ditetapkan.
2) Calon tertinggi bagi setiap jawatan akan menyandang jawatan itu kedua tertinggi akan menyandang jawatan penolong
e.g: President dan Vice President.
3) Semua ahli Marakumpel diminta menjalankan tugas sebagai pengundi! :)
4) Undi anda adalah rahsia! shuuuhhh!
5) Calon yang muflis atau dikenakan hukuman penjara akan dilucutkan pencalonannya. haha!

\*akan diupdate lagi!*\
6)