Wednesday, March 30, 2011

Panduan Terkini Tuntutan Yuran Insurans Kesihatan


  • Post ini berkenaan Tuntutan Yuran Insurans Kesihatan.
  • Mulai tahun 2011, semua tuntutan Insurans Kesihatan akan dihantar/dipos terus kepada Pn. Rohana di Pejabat Konsulat Malaysia di Frankfurt.
  • Tuntutan tidak perlu lagi di hantar ke MARA HQ di Kuala Lumpur.
  • Alamat Pn. Rohana boleh didapati di bahagian kanan website ini.
  • Claim ini adalah dalam bentuk hard copy .
PELAJAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN TERSEBUT:
  1. Checklist Senarai Nama Pelajar - Untuk Datuk Bandar Sahaja.
  2. Satu sahaja Surat Rasmi Tuntutan Insurans Kesihatan .
  3. Satu sahaja Salinan Original atau Berwarna (kasi nampak real) Immatrikulationsbescheinigung bagi semester terlatest.
  4. Satu sahaja Penyata Kira-Kira Original (Kontoauszug) dari syarikat insurans anda yang menyatakan jumlah bayaran bagi sepanjang tahun- (Sila Highlight Jumlah Bayaran).
  5. Segala dokumen bolehlah di download di sini : Dokumen Claim Insurans
PERHATIAN! INI SERIUS!
  1. Sila simpan satu salinan fotokopi Kontoauszug dari syarikat insurans itu untuk diri anda. Anything can happen.
  2. Berhati-hati kepada pelajar yang meng'copy' dan 'paste' surat tuntutan dari kawan. Jangan sampai anda tersalah memberi nombor² akaun dan sebagainya.
'Selamat Menghantar Claim' daripada Marakumpel.

Tuesday, March 29, 2011

Roadshow Palestine München


Roadshow Palestine : Searching for Solahudin (SOS2011) anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah dan Aman Palestin dengan sokongan MARAKumpel dan Kelab UMNO Bayern menampilkan tema unik untuk program Jelajah Palestin sessi ini. Solahuddin al-Ayyubi yang sinonim dengan pembebasan al-Aqsa merupakan antara tokoh yang wajar dijadikan idol oleh para remaja siswa dan siswi hari ini.

SOS2011 tidak hanya menyasarkan peningkatan kesedaran tentang isu semasa di Palestin bahkan membawa audien untuk menghayati formula asasi dalam pembangunan ummah. Turut diselitkan di beberapa lokaliti singgahan ialah sessi perkongsian bagaimana mengimbangi kehidupan pelajar dan khidmat masyarakat dan fiqh perubatan oleh Prof. Madya Dr Zainurrashid Zainuddin. Beliau yang turut aktif mengetuai Persatuan Pelajar Islam ketika zaman universiti di Royal College Surgeon Ireland kini semakin giat bersama aktiviti kemasyarakatan dan kemanusian dalam dan luar negara.

Berikut adalah butiran tentang program ini:

* Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
* Masa: 8:30 - 17:00
* Tempat: Islamisches Zentrum München, Wallnerstr. 1-5, 80939 München
(http://www.islamisches-zentrum-muenchen.de/)
* Pendaftaran / Makanan : 2 Euro

Sila lawati http://sos2011.ismaeropah.com/ untuk maklumat lanjut tentang SOS2011. Jangan lupa RSVP di Facebook.

Seiringan dengan SOS2011 ini, Kempen 5 untuk Palestin juga telah dilancarkan.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran umum tentang isu Palestin.

Saksikan video promosi Roadshow Palestine


Please save the date and join us!

Brochure

Futsal Kembali Lagi! Achtung! Achtung!


Anda pernah berangan-angan untuk mengitai defender seperti Ronaldinho?
Atau membuka peha anda sebelum free kick seperti Ronaldo?
Mungkin juga teringin menguruskan pasukan seperti Mourinho?

Serlahkan bakat bermain bola anda! Jangan biarkan ianya hanya terpendam di PES @ FIFA 2011 sahaja! Sertailah pertandingan futsal wilayah BAYERN anjuran MARAKumpel-MGSS Bayern pada 16.April 2011 ini bertempat di Nürnberg,Bayern.

Detail-detail pertandingan adalah seperti berikut:
  • Perlawanan adalah 5 sebelah. Satu pasukan terdiri daripada 8 pemain.
  • Pasukan hanya boleh dibentuk mengikut bandar dan gabungan bandar seperti berikut:
  1. Landshut-Kempten
  2. Regensburg
  3. Rosenheim
  4. Deggendorf
  5. Ingolstadt
  6. Schweinfurt-Aschaffenburg
  7. Nürnberg
  8. Coburg
  9. Augsburg
  10. (Untuk pelajar jr. yang baru tiba,hantar mengikut bandar anda)
  • Pendaftaran hanya terhad kepada 12 pasukan sahaja. Siapa cepat dia yang dapat
  • Sila daftarkan nama pasukan anda, kapten dan seorang pengadil kepada: muhammad.bin-mohtar@stud.fh-deggendorf.de (Akramin Deggen)
  • Yuran pendaftaran akan dimaklumkan sebaik sahaja pendaftaran dibuat.
  • Pihak 'Peanut Deggen Catering' akan mengadakan jualan makanan dan minuman di sana.
  • Peraturan pertandingan akan disertakan bersama-sama pendaftaran.

Tunggu apa lagi? Hantarkan penyertaan anda sekarang atau menyesal tidak berpendapatan. Buktikan kepada kekasih anda tentang kemahiran anda bermain bola. Jangan lepaskan peluang ini. Banyak lagi acara menarik menanti anda. Antaranya sesi beramah mesra dengan Presiden MARAKumpel dan bermacam lagi.

JUMPA DI SANA!!!!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.mgss.de

Monday, March 28, 2011

DUIT ELAUN

Salam drp MARAKUMPEL

Kepada pelajar MARA GAPP'10 diharapkan bersabar menunggu elaun. Proses aduan kepada pihak MARA sedang diuruskan.

Terima Kasih

Friday, March 25, 2011

Absolventenfeier München

Sebagai peringatan, Absolventenfeier di München akan diadakan pada hari Rabu ini, 30.03.2011. Majlis akan bermula pada jam 1500. Berharap kepada sesiapa yang berkesempatan dapat datang ke majlis tersebut. Bayernticket boleh diklaim daripada Frau Leda.


Alamat
Bayerische Staatsministerium für Wissenschaft, Forschung und Kunst
Sitzungsaal 2031
Salvator Str. 2
*U-Bahnhaltestelle Odeonsplatz (von München Hbf mit U4/U5)

Sila hubungi Frau Leda kalau anda dapat hadir
leda.hernandez@giz.de

Thursday, March 24, 2011

Gambo2 AGM 2011 Di Mannheim


Credits to Mastura for the gambo2...

Dan untuk hiburan bersama, "Go! Johnny Go!"

Wednesday, March 23, 2011

Info Terkini Hal Perihal Claim


marakumpel@gmail.com

  • "Eh macam mana ni, claim yuran semester aku sem lepas belum dapat la"
  • "Ismail Harun, claim insurans tahun lepas kau dah dapat? Aku tak dapat lagi la. Macam mana ek?"
  • "Sulaiman Isa, claim-claim untuk tahun 2011 ni nak hantar kepada siapa ya?"

Acapkali kita mendengar kata-kata di atas ini. Benda ini perkara biasa. Tiap-tiap semester pasti akan berlaku. Yang pasti anda semua jangan panik. Mari kita baca apa yang berlaku dan apa kata pegawai-pegawai MARA kita.

En. Ahmad Yeob
  • "Bagi tahun 2011, saya tidak lagi menguruskan tuntutan-tuntutan claim pelajar di Jerman. Sebarang urusan claim sila rujuk terus kepada bahagian penganjuran pelajaran".
Pn. Ayuslina
  • "Salam, untuk makluman saya dah berpindah (keluar) dari bahagian penganjuran. Rasanya awak boleh hantar surat menyurat kepada Cik Nazatul Shila".
Cik Nazatul Shila

  • "..............................." (Beliau belum reply email lagi. Harap bersabar)
En. Mohd Salleh (Konsulat di Frankfurt)

  • "Bagi claim yang belum dapat, saya akan susul dengan HQ. Soft copy diperlukan untuk mudahkan saya attachkan semasa membuat susulan. *Contoh soft copy anda itu okay."
  • "Bagi claim baru untuk tahun ini, saya minta anda semua hold dahulu. Beri masa sikit untuk saya lihat *Prosedurnya kerana jika saya diarahkan bayar dari sini, maka HQ akan hantar budget kepada saya dalam bulan April ini. Saya akan maklumkan sebaik sahaja mendapat arahan HQ".
  • *Prosedur = En. Salleh dalam proses membuka akaun MARA di Jerman. Jika berjaya mendapatkan budget, sebarang urusan bayaran claim akan dibayar direct dari Frankfurt.
  • *Contoh soft copy : 1. Reclaim Yuran Semester , 2. Reclaim Insurans Kesihatan.
Dari Marakumpel
  • Kesimpulannya, untuk claim-claim latest dan akan datang bagi tahun ini, sila hold dahulu.
  • Kesimpulannya, sesiapa yang belum dapat claim-claim yang lepas sila lihat contoh soft copy di atas dan buat satu soft copy untuk di hantar kepada marakumpel@gmail.com. Nanti kami forward sekali gus kepada En. Salleh.
  • Link soft copy di atas hanya contoh untuk diview.
  • "Acai, aku takde scanner ni. Camne ek?" - It's okay. Buat yang termampu yang terbaik.
  • "Aduii Stopa, penyata akaun aku yang lama dah takde. Tak boleh buat apa dah." - It's okay. Buka page Banking-Online dan 'Print Screen' akaun anda. Edit, Cut, Paste dan sertakan dalam soft copy. Macam saudara kita buat ini :
  • "Irma Haslimi, mana sempat nak mintak penyata Insurans ikut pos. Isnin depan dah kene submit" - It's okay. Scan sahaja helaian pertama yang mengandungi TOTAL BAYARAN SETAHUN.
  • "Eh Zuklilafeli, macam mana nak convert Word ke Pdf?".- It's okay. Download Sini
  • Deadline Isnin 28.03.2011 jam 10 pagi waktu Jerman.
  • Kalau ada kekeliruan bolehlah ajukan pertanyaan. Kami sedia membantu.
Terima Kasih

Thursday, March 17, 2011

Jom ke AGM 2011!


Event AGM 2011 akan diadakan pada Sabtu ini. Warga MARAKUMPEL berharap anda dapat datang bersama.

Alamat
Restaurant Lindbergh,
Am City Airport Mannheim,
Seckenheimer Landstraße 170,
68163 Mannheim.

Pada
19 Mac 2011, Bermula 1630 Uhr

Sesiapa yang berminat sila hubungi
Kamal: freeman_kts@yahoo.com
atau
Ruth : riyau_jrtn@hotmail.com

Cara Pengangkutan dan Perjalanan : Sila Klik Sini

Original post dari MGSS.de

Acara terakhir MGSS untuk sesi 2010-2011 akan tiba tidak lama lagi! Setelah puas berhempas pulas dan bertikam lidah, pihak MT MGSS tidak berjaya mendapatkan tempat untuk Annual Grand Meeting (AGM) 2011 kita di Frankfurt. Oleh kerana itu, kami akan meneruskan tradisi MGSS selama 3 tahun berturut-turut, iaitu mengadakan AGM di Restaurant Lindenbergh, Mannheim. Seperti biasa, pada malam AGM tersebut akan terdapat jamuan buffet, persembahan oleh band-band buatan tempatan, ucapan-ucapan pegawai konsulat, pengumuman Pilihanraya MGSS yang baru, dan yang paling penting adalah -- masa berkualiti bersama rakan-rakan lama dan berkenalan dengan yang baru! Selain itu, pertandingan Open Mic juga akan diadakan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam (ah, cliche) dan menentukan siapa yang paling hebat antara mereka semua. Datanglah beramai-ramai!