Thursday, March 17, 2011

Jom ke AGM 2011!


Event AGM 2011 akan diadakan pada Sabtu ini. Warga MARAKUMPEL berharap anda dapat datang bersama.

Alamat
Restaurant Lindbergh,
Am City Airport Mannheim,
Seckenheimer Landstraße 170,
68163 Mannheim.

Pada
19 Mac 2011, Bermula 1630 Uhr

Sesiapa yang berminat sila hubungi
Kamal: freeman_kts@yahoo.com
atau
Ruth : riyau_jrtn@hotmail.com

Cara Pengangkutan dan Perjalanan : Sila Klik Sini

Original post dari MGSS.de

Acara terakhir MGSS untuk sesi 2010-2011 akan tiba tidak lama lagi! Setelah puas berhempas pulas dan bertikam lidah, pihak MT MGSS tidak berjaya mendapatkan tempat untuk Annual Grand Meeting (AGM) 2011 kita di Frankfurt. Oleh kerana itu, kami akan meneruskan tradisi MGSS selama 3 tahun berturut-turut, iaitu mengadakan AGM di Restaurant Lindenbergh, Mannheim. Seperti biasa, pada malam AGM tersebut akan terdapat jamuan buffet, persembahan oleh band-band buatan tempatan, ucapan-ucapan pegawai konsulat, pengumuman Pilihanraya MGSS yang baru, dan yang paling penting adalah -- masa berkualiti bersama rakan-rakan lama dan berkenalan dengan yang baru! Selain itu, pertandingan Open Mic juga akan diadakan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam (ah, cliche) dan menentukan siapa yang paling hebat antara mereka semua. Datanglah beramai-ramai!

No comments: