Saturday, November 17, 2012

Kejohanan Sukan Musim Sejuk MGSS 2012



Assalamualaikum,

Kejohanan sukan musim sejuk 2012 anjuran MGSS kali ini akan berlangsung di Augsburg pada 1 Dez. 2012. Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah futsal(terhad 16 kumpulan), badminton dan bowling.
Untuk maklumat terperinci anda boleh lawati di laman web MGSS di sini.
Jom ramai-ramai meriahkan kejohanan MGSS ini!

Monday, October 22, 2012

YURAN DAN FORMAT PERLAWANAN IGM 2012


Debaran IGM 2012 semakin terasa. Kami daripada pihak MaraKumpel ingin mengemaskini maklumat berkenaan IGM yang bakal berlangsung nanti.
Jadual perlawanan akan dipaparkan pada waktu pertandingan. Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum bermulanya game.
Sebarang format dan peraturan adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan pada ruangan “comment” post ini.

Futsal
Tempat : Kickfabrik City Soccer Nürnberg
               Ferdinandstr. 21-23
   90429 Nürnberg
  Untuk maklumat lanjut : http://www.kickfabrik.com
Masa    : 27 Oktober 2012
   11.00 - 18.00
Yuran  : 64 Euro / Pasukan
Format pertandingan :
-          Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan perlawanan berjalan secara liga, bermakna terdapat “Home & Away Game”
-          Juara dan Naib Juara dari setiap kumpulan layak ke pusingan separuh akhir.
-          Mana-mana pasukan yang terikat jumlah mata akan ditentukan oleh pihak penganjur nanti.
-          Perlawanan berlangsung selama 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit berehat di antara kedua-dua separuh masa.
-          Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang referee bagi membantu pihak urusetia mengendalikan kejohanan ini.
-          Selain tempat 1,2 dan 3, terdapat juga anugerah Golden Boot, Golden Glove, dan Golden Player untuk direbut.
Bowling
Tempat : Brunswick Bowling Nürnberg
               Bayreuther Str. 20
               90489 Nürnberg
               Untuk maklumat lanjut : http://www.us-play.com/nuernberg
Masa    : 27 Oktober 2012
   19.30 - 22.00
Yuran   : 10 Euro / Individu
Format pertandingan :
            - Setiap pasukan akan memulakan game serentak.
            - 3 game bagi setiap pemain dalam setiap pasukan.
            - Jumlah markah akan dikira berdasarkan 3 pusingan game bagi setiap pasukan.
- Bagi meraikan peserta wanita yang hadir pada kejohanan ini, setiap peserta wanita akan menerima 30 mata bonus setiap seorang. Mata bonus ini akan ditambah pada jumlah mata setelah tamat game.
 - Pasukan yang mendapat jatuhan pin terbanyak setelah tamat pertandingan akan dikira      sebagai pemenang. 
- Terdapat juga anugerah pemain individu terbaik bagi kategori lelaki dan wanita untuk direbut.

Badminton
Tempat : Regnitzhalle Nürnberg
Frankenstrasse 51a
91088 Bubenreuth
Untuk maklumat lanjut : http://www.regnitzhalle.com
Masa    : 28 Oktober 2012
   10.00 - 16.00
Yuran   : 5 Euro ( Perseorangan )
               8 Euro ( Beregu )
Format pertandingan :
  • Perseorangan Lelaki; Beregu Lelaki
             - Peserta akan dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
             - Juara dan Naib Juara bagi setiap Kumpulan akan meneruskan permainan ke pusingan
                separuh akhir.
             - Pemenang dalam peringkat separuh akhir akan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi
               menentukan Johan dan Naib Johan.

  • Perseorangan Wanita
           - Permainan akan dijalankan mengikut format liga. 
           - Peserta yang mendapat kemenangan terbanyak akan di kira sebagai pemenang.

Anda sudah bersedia?? AYUH!!!

Merasai masakan Melayu TERBAIK! di Nürnberg



Kepada para peserta dan penyokong IGM 2012 , anda berpeluang untuk merasai sendiri masakan Melayu TERBAIK! di bandar Nürnberg selain berhempas-pulas untuk merangkul kejuaraan. 

Menu A : Nasi Ayam  (4,50€)
Menu B : Nasi Lemak Ayam (4,50€)

Servis ini disediakan ketika berlangsungnya pertandingan futsal dan badminton.  Tempahan yang dibuat akan dihantar terus ke venue pertandingan.

Bayaran boleh dilakukan secara online ke akaun tertera.
                        Kontoinhaber: Ahmad Ghazali Bin Salleh
                        Kontonr. : 3443710
                        BLZ : 75070024
                        Zweck : Menu & Bilangan & Pertandingan 

Tempahan boleh dilakukan pada ruangan „comment“ post ini. 

MaraKumpel hanya menyediakan yang TERBAIK! Untuk anda!!!

Tuesday, October 9, 2012

Indoor Games MaraKumpel 2012



Anda bosan? Gementar dengan kedatangan semester baru? Mahu berkumpul dan beriadah bersama-sama? Inilah masa dan saat yang anda nanti-nantikan !!

Satu kejohanan sukan Musim Sejuk 2012 anjuran MaraKumpel bakal diadakan pada 27 & 28 Oktober ini bertempat di Nürnberg.

Pendaftaran kini dibuka kepada semua pelajar Malaysia di Deutschland.  Berikut adalah acara–acara yang akan dipertandingkan :
  • ·         Futsal
  • ·         Bowling
  • ·         Badminton

Pendaftaran kini boleh dilakukan di ruangan komen fanpage MaraKumpel di facebook dan di laman web MaraKumpel. Yuran penyertaan akan dikenakan bagi setiap acara yang dipertandingkan. Sebarang pertanyaan juga boleh dilakukan dengan cara yang sama. Tempat perlawanan dan yuran penyertaan akan dimuatnaik tidak lama lagi.

Futsal

Tarikh : 27 Oktober 2012
Masa : 11.00 – 18.00
Format : 5 sebelah + 3 pemain gantian

Penyertaan dibuka untuk setiap bandar menghantar pasukan masing-masing. Kepada pasukan yang tidak mempunyai ahli mencukupi dibenarkan untuk bergabung dengan bandar lain. 
Contoh : Coburg-Hof. 
Jadual perlawanan dan format kejohanan akan diberitahu selepas tarikh tutup pendaftaran.

Bowling

Tarikh : 27 Oktober 2012
Masa : 19.00 – 22.00
Format : 3 pemain sepasukan

Pasukan dengan jatuhan pin tertinggi akan menjadi juara termasuk anugerah pemain terbaik kejohanan lelaki dan perempuan.  

Badminton

Tarikh : 28 Oktober 2012
Masa : 10.00 – 13.00
Format : Single & Double (Lelaki & Perempuan)

Jadual perlawanan dan format kejohanan bagi setiap acara akan diberitahu selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 15 Oktober 2012 ( Isnin )

Mungkin andalah juara yang kami cari !!

Tunggu apa lagi? Marilah sama-sama kita membuang lemak sambil memeriahkannya!!!!


Friday, October 5, 2012

Derma kilat Kebakaran di Rosenheim


Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan pada 2 September telah berlaku kebakaran di bangunan tempat tinggal pelajar-pelajar Mara dan JPA di Rosenheim. Butiran lebih lanjut tentang kebakaran oleh diakses melalui link ini.

Berikutan dengan itu saudara/saudari bolehlah menghulurkan sumbangan saudara/saudari melalui:

Nama: Nur Farahin Binti Ismail
Kontonr.: 8192130
BLZ: 70070024
Verwendungszweck: derma kilat mangsa kebakaran di Rosenheim

Kami wakil Marakumpel mengucapkan takziah kepada mangsa dan mengambil inisiatif menyebarkan berita sedih ini.

Thursday, August 2, 2012

Majlis Iftar 2012

Assalamualaikum und Guten Tag

Kepada mereka yang pulang lambat atau tidak pulang beraya di kampung pada tahun ini, janganlah anda bersedih atau berduka. Marilah kita bersama-sama berkumpul meluangkan masa mengisi santapan rohani dan jasmani pada bulan Ramdhan yang mulia ini.

Satu program Iftar bakal diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt pada 11 Ogos ini dan semua pelajar dijemput  menghadirkan diri disamping dapat berkenalan serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pelbagai aktiviti telah disediakan disamping makanan yang sedap dan lazat. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama berkampung dan mengalami sendiri suasana berbuka beramai-ramai yang mungkin tidak dapat dirasai ditempat lain.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik DI SINI

Akhirul kalam, selamat menunaikan Rukun Islam ke-3 bagi semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa berkat. It may be our last :)

p/s : sila sahkan kehadiran anda sebelum atau pada 6 Ogos 2012


-Admin-

Saturday, June 9, 2012

TalentCorp


Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua...seperti yang kita semua maklum, satu delegasi daripada TalentCorp ingin mengadakan perjumpaan bersama para pelajar di Germany. Berikut merupakan butiran perjumpaan tersebut:

TARIKH: 18.06.2012
TEMPAT: FH Deggendorf
MASA:      4:30pm - 6:00pm


Delegasi ini akan menerangkan tentang Government Transformation Programme(GTP), Economic Transformation Programme(ETP) dan akan menerangkan lebih lanjut lagi tentang prorgram-program TalentCorp. Sesi soal jawab juga akan diadakan.

Maklumat lanjut tentang TalentCorp di link:

http://www.talentcorp.com.my/

Pelajar wajib memberi maklum balas berhubung kehadiran selewat lewatnya 11.06.2012 bagi memudahkan pengaturcaraan majlis.

Makan malam akan disediakan. Pelajar juga boleh 'claim' tiket tren sehingga 30 € (seperti dinyatakan dalam E-Mail )

Semoga bermanfaat insyaAllah



-Admin-

Friday, May 18, 2012

Praxissemester


Guten Tag zusammen!

Kepada para pelajar yang bakal menjalani Praxissemester , diharap dapat memohon Stelle anda secepat mungkin. Mengikut panduan daripada Pn. Rohana , para pelajar tajaan MARA dikehendaki membuat Internship a.k.a Praxissemester mereka di Deutschland, dan atas sebab-sebab tertentu (z.B. offer dari FH) melaksanakan Praxissemester anda di negara Eropah. Para pelajar boleh memohon tuntutan elaun latihan amali ( 11,76€ Sehari ; max. 90hari) kepada Pn. Rohana di Frankfurt. Format tuntutan adalah sama seperti biasa. 

1.    Surat tuntutan rasmi dialamatkan kepada Pn. Rohana.
2.    Surat / Kontrak yang ditandatangani bersama Firma terpilih.

Berikut adalah senarai Firmen yang pernah dihadiri oleh senior anda.
  1.     www.zf.com
  2.    www.kroschu.com
  3.  www.knorr-bremse.com
  4.   www.infineon.com
  5.   www.careers-continental.com
  6.   www.bmwgroup.jobs
  7.   www.daimler.com
  8.     www.osram.com

dan banyak lagi...tumpukan pada section career dalam laman web yang disenaraikan di atas. Jangan mudah putus asa dan teruskan berusaha sehingga ketemui hasilnya!! Pasti berbaloi!
Selamat memohon dan semoga berjaya!! 



Tuesday, May 15, 2012

Rentap V Duisburg-Essen

Rentap V 2012 akan berlangsung pada 26-28 Mei 2012 di Duisburg-Essen.


Antara acara- acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:



Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh lawati laman web MGSS di:

blog MGSS

Wednesday, March 28, 2012

Literaturliste


Di sini disediakan ruang untuk rekommen Literaturen bagi kebanyakan subjek, jika ada subjek yang ingin ditambah sila gunakan ruang komen dibawah. Sesiapa pun boleh edit list2 ini, jadi jika ada Literatur yang nak rekommen, buka link subjek Literatur, letakkan info di dalam ruang yang diberi, tinggalkan info lain dalam ruang Notizen (cth. senang ke nak follow buku ni, sesuai untuk student Fach apa dll), dan click save. Literatur tidak semestinya di dalam bahasa German, bahasa Inggeris dan Melayu juga boleh.

Jika ada link untuk eBook letakkan link di dalam ruang eBook di dalam list. Bagi memudahkan akses, upload eBook ke Marakumpel Fileserver di dalam folder subjek yang disediakan (jika tiada subjek yang bersuaian, gunakan folder baru) dan gunakan link download dari fileserver.

Mudah saja nak buat ni dan tidak mengambil masa, jadi jika ada Literatur-Literatur bagus yang terlintas di fikiran, diharapkan dapat diletakkan di dalam list-list dibawah. Sebarang persoalan ataupun feedback sila gunakan ruang komen dibawah.

Technischen Fächern
  1. Automatisierungstechnik
  2. CAD
  3. Chemie
  4. Datenbanksysteme
  5. Digitale Bildverarbeitung
  6. Digitale Kommunikationstechnik
  7. Digitale Signalverarbeitung
  8. Digitaltechnik
  9. Elektrische Maschinen und Antriebe
  10. Elektrische Messtechnik
  11. Elektrodynamik
  12. Elektromagnetische Verträglichkeit
  13. Elektronik
  14. Elektronische Bauelemente
  15. Energietechnische Anlagen
  16. Fahrzeugelektronik
  17. Fertigungstechnik
  18. Funksysteme
  19. Grundlagen der Elektrotechnik
  20. Grundlagen der Kommunikationstechnik
  21. Grundlagen der Maschinenbau
  22. Grundlagen der Medientechnologie
  23. Grundlagen der Pneumatik und Hydraulik
  24. Grundlagen des Leichtbaus
  25. Grundlagen geregelter Antriebe
  26. Hochfrequenztechnik
  27. Informatik
  28. Kommunikationsnetze
  29. Konstruktion
  30. Lasertechnik
  31. Leistungselektronik
  32. Managementkompetenz
  33. Maschinenelemente
  34. Materialwissenschaften und Angewandte Festkörperphysik
  35. Mathematik
  36. Mikrocomputertechnik
  37. Nachrichtenübertragungstechnik
  38. Physik
  39. Projektmanagement
  40. Regelungs- und Steuerungstechnik
  41. Robotik
  42. Schaltungstechnik
  43. Sensorik
  44. Signale und Systeme
  45. Software Engineering
  46. Strömungsmechanik
  47. Systeme und Simulationen
  48. Technische Mechanik
  49. Technische Optik
  50. Technische Thermodynamik
  51. Werkstoffe
Wirtschaftswissenschaften
  1. Betriebswirtschaftslehre
  2. Statistik