Monday, October 22, 2012

YURAN DAN FORMAT PERLAWANAN IGM 2012


Debaran IGM 2012 semakin terasa. Kami daripada pihak MaraKumpel ingin mengemaskini maklumat berkenaan IGM yang bakal berlangsung nanti.
Jadual perlawanan akan dipaparkan pada waktu pertandingan. Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum bermulanya game.
Sebarang format dan peraturan adalah tertakluk kepada pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan pada ruangan “comment” post ini.

Futsal
Tempat : Kickfabrik City Soccer Nürnberg
               Ferdinandstr. 21-23
   90429 Nürnberg
  Untuk maklumat lanjut : http://www.kickfabrik.com
Masa    : 27 Oktober 2012
   11.00 - 18.00
Yuran  : 64 Euro / Pasukan
Format pertandingan :
-          Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan perlawanan berjalan secara liga, bermakna terdapat “Home & Away Game”
-          Juara dan Naib Juara dari setiap kumpulan layak ke pusingan separuh akhir.
-          Mana-mana pasukan yang terikat jumlah mata akan ditentukan oleh pihak penganjur nanti.
-          Perlawanan berlangsung selama 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit berehat di antara kedua-dua separuh masa.
-          Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang referee bagi membantu pihak urusetia mengendalikan kejohanan ini.
-          Selain tempat 1,2 dan 3, terdapat juga anugerah Golden Boot, Golden Glove, dan Golden Player untuk direbut.
Bowling
Tempat : Brunswick Bowling Nürnberg
               Bayreuther Str. 20
               90489 Nürnberg
               Untuk maklumat lanjut : http://www.us-play.com/nuernberg
Masa    : 27 Oktober 2012
   19.30 - 22.00
Yuran   : 10 Euro / Individu
Format pertandingan :
            - Setiap pasukan akan memulakan game serentak.
            - 3 game bagi setiap pemain dalam setiap pasukan.
            - Jumlah markah akan dikira berdasarkan 3 pusingan game bagi setiap pasukan.
- Bagi meraikan peserta wanita yang hadir pada kejohanan ini, setiap peserta wanita akan menerima 30 mata bonus setiap seorang. Mata bonus ini akan ditambah pada jumlah mata setelah tamat game.
 - Pasukan yang mendapat jatuhan pin terbanyak setelah tamat pertandingan akan dikira      sebagai pemenang. 
- Terdapat juga anugerah pemain individu terbaik bagi kategori lelaki dan wanita untuk direbut.

Badminton
Tempat : Regnitzhalle Nürnberg
Frankenstrasse 51a
91088 Bubenreuth
Untuk maklumat lanjut : http://www.regnitzhalle.com
Masa    : 28 Oktober 2012
   10.00 - 16.00
Yuran   : 5 Euro ( Perseorangan )
               8 Euro ( Beregu )
Format pertandingan :
  • Perseorangan Lelaki; Beregu Lelaki
             - Peserta akan dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
             - Juara dan Naib Juara bagi setiap Kumpulan akan meneruskan permainan ke pusingan
                separuh akhir.
             - Pemenang dalam peringkat separuh akhir akan melayakkan diri ke pusingan akhir bagi
               menentukan Johan dan Naib Johan.

  • Perseorangan Wanita
           - Permainan akan dijalankan mengikut format liga. 
           - Peserta yang mendapat kemenangan terbanyak akan di kira sebagai pemenang.

Anda sudah bersedia?? AYUH!!!

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..
format mata bgi badminton 21 ke macm mana?
tq

haziqizzat said...

wsalam..

format 21 macam biasa straight-set atau 3-set.

jika terdapat masalah kesempitan masa, pihak pengajur akan umumkan sebarang perubahan pada hari perlawanan.