Friday, December 25, 2009

Merry Xmas + Happy New Year 2010


Merry Christmas kepade yang menyambutnye dan Selamat tahun baru 2010 untuk rerakan se Deutschland sekalian. :D


Wednesday, December 23, 2009

Ahli Jawatankuasa MARAKUMPEL 2009/2010

Pengumuman Ahli Jawatankuasa MARAKUMPEL yang baru sesi 2009/2010


*\ azhan said, "tidak2! xmo dgr! \*

Setelah pilihanraya dilangsungkan oleh SPR maka berikut adalah keputusannya :

Presiden:
TTTTttttaaaaahhiirrrrrrr~~~~ (Coburg)
*tahniah!*
Seketeri:
Zulhilmi (Regensburg)

Bendahari:
Farah (Rosenheim indah permai)

Info:
Balie Syafiq Amiruzan (Rosenheim indah permai)

Selamat bertugas!!!


result:

Thursday, December 17, 2009

Pencalonan AJK MARAKUMPEL 2010

Dengan ini diumumkan bahawa Calon² bagi AJK Tertinggi MARAKumpel adalah seperti berikut :





Wednesday, December 9, 2009

Pembubaran Lembaga Majlis 2009

Assalamualaikum,

berlabuhnya tirai 2009 menandakan tamatnya tempoh bertugas kepimpinan beribawa tahun ini. Dengan ini saya penyimpan mohor2 besar tuan Presiden mengumumkan bahawa Lembaga Majlis Tertinggi MARAKUMPEL bagi sessi 2009 akan secara rasminya dibubarkan pada 17.12.2009 jam 11:59 Tengah malam.

Berikut ialah senarai datuk² Bandar bagi sessi 2010 :


View MARAKumpel in a larger map




Monday, November 16, 2009

Belangsukawa Zira Abd Rahman



UPDATE 12.11.2009



Saudari NurHazirah Abd Rahman telah pulang ke Rahmatullah pada 10.12.2009 jam 6:55 Pagi.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat.



diharap rakan² dapat mengadakan majlis tahlil di tempat masing untuk mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah.

"Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH juga kita dikembalikan"



salam takziah kepada ahli keluarga Zira.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, salah seorang sahabat kita di Offenburg, Zira Abd Rahman, telah diserang penyakit yang masih belum di ketahui puncanya.

Alhamdulillah X-Ray menunjukkan paru2 Zira semakin baek, namun dia masih memerlukan alat bantuan pernafasan. InsyaAllah she'll be better soon. Keep praying guys!

Kutipan derma kilat ini diadakan dengan harapan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Zira dan keluarganya.

Bantuan boleh disalurkan ke saudari :

Janatunaliyah Jemali

Ko. Nr. : 0240192
BLZ : 69070024


Terima kasih diucapkan dan marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan Zira.

facebook group




*pesanan daripada Tuan Presiden,

" Mari kita ramai² doakan kan die n ketua2 bandar di harap dpt wat majlis solat hajat n bacaan yassin serte doa selamat supaye zira dpt pulih seperti sediekala"



maaf daripada pihak webmaster, penyakit saudari Zira bukanlah disebabkan oleh Meliodosis.

Saturday, November 14, 2009

Rumah Terbuka Raya Haji 1430


Acara: Rumah Terbuka Hari Raya Haji 1430

Tarikh: 28.11.2009 (Sabtu)
Masa: 1800-2200
Tempat: Hannover (TBA)


Tiada bayaran extra untuk open house! Korang datang makan je!


_____________________________________________________________



Penginapan dan Pengangkutan

Penginapan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur. So, bagi yang akan menyertai event2 ni, boleh la tgk link ni.



Pengangkutan untuk player2 dan penyokong dari Bayern setakat ini tidak disediakan. Semuanya bergantung kepada bilangan yang akan menyertai event ini.

SEPAK 2009


Sepak '09


Permainan: Futsal Indoor
Tarikh: 28.11.2009 (Sabtu)
Masa: 1400-1800
Tempat: Soccer Racket Park (
http://www.soccer-racket-park.de)
Alamat: Lavaterhof 1, 30519 Hannover


Fasa 1 :
1. Format liga
2. Grouping A, B, C, D
3. 5 team setiap group
4. 7 pemain setiap team
5. Juara & N.Juara grouping layak ke suku akhir

Fasa 2 :
1. Format Kalah mati
2. Hadiah untuk Johan, Naib Johan & Tempat ke-3

Yuran Penyertaan: (akan dimaklumkan kemudian utk tujuan subsidi)

*Minuman dan makan ringan akan disediakan oleh penganjur
*Harap maklum bahawa penganjur tidak akan menyediakan kemudahan penginapan.


***PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG***

Format Email Penyertaan

Sile copy butiran di bawah dan email ke service@mgss.de
dengan subject
"Sepak 09"
********************************
Nama Team:
Motto:
Ahli-ahli:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Nama:
No. Handy:
Email:

*******************************

Nantikan jawapan daripada kami untuk mengetahui status pendaftaran dan maklumat seterusnya.

Pendaftaran team boleh dilakukan sekarang. cepat2,slot adalah terhad!

Permohonan untuk penyambungan tajaan (extend)



Pengumumam kepada mereka yang ingin melanjutkan tempoh penyambungan tajaan, (pembelajaran Bachelor & Diplom) , sila sediakan butir2 & dokumen2 berikut :

  1. Borang permohonan
  2. Surat rasmi dari pelajar (nyatakan sebab mengape nak sambung kontrak)
  3. Study Plan
  4. Surat sokongan dari FH
  5. Notenblatt.. sehingga semester yg terbaru.

sila klik sini untuk memuat turun borang permohonan


Tempat & Tarikh interview akan diberitahu kelak.


Sekian Terima Kasih.

Thursday, November 12, 2009

Temuduga Universiti Malaysia Pahang





Sukacita ingin dimaklumkan dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Pahang akan mengadakan temuduga Skim Fellowship pada 16 hingga 19 Nov 2009 di Jerman. Berikut adalah butir-butir temuduga tersebut :



16 November 2009 (Isnin) (2.00 – 4.00 petang): temuduga di Frankfurt

17 November 2009 (Selasa) (2.00 – 6.00 petang ) : Temuduga di Aachen

19 November 2009 (Khamis) (8.00 – 1.00 tengahari) : Temuduga di Tagung Telekom Hotel, Stuttgard
(1.00 – 2.00 tengahari) : Makan Tengahari dan Sesi Taklimat UMP bersama/kepada Duta Besar Malaysia / Wakil dari Pejabat Kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia / Non Malaysian di sekitar Stuttgart, Karlsruhe dan Sekitarnya.



Oleh itu diharap semua pelajar-pelajar terutama pelajar ditahun akhir pengajian yang berminat untuk menghadiri temuduga tersebut dapat memaklumkan kehadiran mereka kepada


En Abdullah Omar di email:
edu2@malcg.de
tel: 069 870037215


atau boleh terus email kepada

Puan Haryani (pegawai UMP Pahang) di email:
haryani@ump.edu.my


untuk memaklumkan kehadiran masing-masing. Nama hotel/ tempat sebenar untuk sesi temuduga ini akan di beritahu kemudian.



Sekian, terima kasih.

Saturday, October 24, 2009

VISA REQUIREMENT *PENTING*



Saudara / Saudari Pelajar Tajaan MARA ,



PERINGATAN KEPADA PEMEGANG VISA PELAJAR DI REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN


Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian saudara/saudari kepada perkara di atas.


2. Secara umumnya, pihak berkuasa pengajian tinggi di Republik Persekutuan Jerman berpuashati dengan disiplin dan urusan pengajian pelajar Malaysia di sini. Walaupun begitu, terdapat pihak yang merasa bimbang dengan tindakan pelajar yang melanggar peraturan bukan sahaja di peringkat universiti dan negeri, bahkan undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan visa pelajar.


3. Diantara kesalahan yang sering dilakukan adalah seperti tinggal melebihi tempoh visa serta melaksanakan pertukaran universiti tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Akibat daripada tindakan ini, beberapa orang pelajar Malaysia telah dihantar pulang dan berkemungkinan telah dimasukkan sebagai senarai hitam serta tidak layak lagi untuk menyambung pengajian di universiti di seluruh Kesatuan Eropah.


4. Disamping itu, pelajar-pelajar yang telah tamat tempoh pengajian atau telah ditamatkan pengajian dan tidak pulang ke Malaysia dengan segera adalah bertaraf penduduk haram di negara ini. Perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pelajar, bahkan turut mencemarkan nama baik Malaysia di Republik Persekutuan Jerman. Kerajaan Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di negara ini.


5. Sehubungan itu, semua pelajar Malaysia dan pelajar-pelajar tajaan MARA khususnya hendaklah sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang sepanjang berada di negara ini sama ada di peringkat universiti, kerajaan tempatan, negeri dan Persekutuan. Sebarang ketidakpastian berkenaan sesuatu perkara atau peraturan hendaklah sentiasa dirujuk kepada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.

Sekian, terima kasih.




"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"




Saya yang menurut perintah,

(RUZLAN BIN ABD MALEK)

Konsul (Pelajaran) MARA

b/p Konsul Jeneral

Konsulat Jeneral Malaysia

Frankfurt, Jerman.

Friday, October 23, 2009

Zwischenmiete

Bilik untuk disewa di Nürnberg :



November sehingga April
155€ (sewa) + 60€ (letrik) = 215€ (warm)
Volligmobilliert
Katil double puas tido, tilam ziana zain
Bilik besar




kepada yang berminat sila hubungi Yusri Hidir ( 017664007121) , atau sila tinggalkan komen anda di sini.

Thursday, October 15, 2009

Lagi-Lagi Raya~!

Dengan ini anda semua dijemput untuk bersama-sama meraikan
Majlis Hari Raya MARAKumpel 2009 pada :



Tarikh : 17.10.2009 (Sabtu)
Tempat : Raum 109-110, FH-Regensburg
Masa : 1200 Tgh Hari - 1730 Petang



1. Pengangkutan ke lokasi : Bas

  • Dari HBF,(A)
  • Keluar ke Albertstrasse berdepan dgn HBV
  • belok ke kanan
  • berjalan ke sebuah Haltestelle yg agak tersorok (B)



View Larger Map

  • naik Bas no.11
  • Richtung Burgweinting .
  • Berhenti di Haltestelle : Fachhochschule


2. Aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan

  • Jamuan makan -Menu² menyelerakan seperti Nasi Beryiani, Sate, Nasi Impit dsb.
  • Beramah-mesra - Bertanya kabar & bermaaf-maafan sesama sahabat handai.
  • Pertandingan Berbalas Pantun
Setiap daerah wajib menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan Berbalas Pantun, yang dianggotai seramai 2 atau 3 Orang peserta.
  • Pertandingan Pencuci Mulut
Setiap daerah wajib membawa 1 pencuci mulut. Pertandingan akan diadili oleh Kak Ain (Isteri kepada Abang Tajudin). Pemenang akan menerima hadiah yang istimewa dari pihak penganjur.
Oleh itu jangan lepaskan peluang anda!

3. Kod pakaian : Pakaian Glamour. (Baju Melayu, Baju Kurung, dsb)

4. Tempat tinggal untuk mereka yang ingin bermalam. Terhad kepada gadis² sunti lelaki sahaja.

5. Sebarang pertanyaan & juga kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan, sila berhubung pada saudara Saufi Regensburg (ym id: saufi_hssn)

Ayuh! Kita jumpa disana! ;)


Monday, October 12, 2009

Raya datang lagi !



Dimaklumkan bahawa Majlis tamat bulan Syawal & Majlis pra-Raya Haji 2009 akan diadakan pada :

Tarikh : 17.10.2009 (Sabtu)
Tempat : Regensburg
(Lokasi tepat akan diberitahu kemudian)
Masa : 12 Tgh Hari


2. Setiap bandar diwajibkan untuk menyediakan satu resepi pencuci mulut. Resepi yang paling menarik & enak akan memenangi hadiah misteri dari pihak tuan rumah. Pertandingan pencuci mulut ini akan diadili oleh Kak Ain dari Regensburg.

3. Datuk Bandar sila maklumkan bilangan pelajar yang akan hadir dari daerah masing2 kepada saudara Saufi Regensburg (ym id: saufi_hssn) agar pihak penganjur dapat menganggarkan jumlah makanan yg harus disediakn.

4. Pakai pakaian yang paling glamour & semarakkan kemeriahan & keriangan Hari Raya di perantauan.



Ayuh! Kita jumpa disana! ;)

Lanjutan Tajaan Pembelajaran




Maklumat berikut ditujukan kepada para pelajar tahun terakhir batch ke-4 (wintersemeseter 06/07 & summersemester 07) yang ingin melanjutkan tajaan pembelajaran (sambungan semester 8,9,10....)

1. Temuduga akan dijalankan oleh Encik Ruzlan di Augsburg untuk pelajar2 di kawasan Bayern, & di Frankfurt untuk pelajar2 di kawasan NRW, Hessen & Baden.

2. Tarikh temuduga adalah seperti berikut :

Bayern : hujung bulan 10
NRW, Hessen & Baden. : awal bulan 11

(Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian)

3. Kepada mereka yang berhasrat untuk melanjutkan tempoh tajaan, sila sediakan dokumen2 berikut :

  • Surat Sokongan dari FH
  • Study Plan
  • Notenblatt (ECTS)
  • Borang permohonan (akan diberi pada hari temuduga)
4. Pakaian kasual & sopan. (kasut kulit & memakai perfume)

*stay tuned pada blog marakumpel untuk maklumat lanjut*

Yuran Semester Tahunan




Yuran Semester MARAKumpel 2009 adalah sebanyak

20€ seorang.


*untuk 2 Semeseter*

Sila jelaskan pembayaran anda pada ketua bandar selewat2nya pada hujung minggu ini.




Tuntutan Yuran Semester Musim Sejuk 2009/2010





Assalamualaikum,


1. Di sini diumumkan bahawa dokumen2 untuk tuntutan yuran pengajian semester musim sejuk 2009/2010 sudah boleh mula dikemaskinikan. Dan hantarkan data2 tersebut kepada datuk bandar selewat-lewatnya 18.10.2009.



2.ACHTUNG!!!! YURAN PENGAJIAN yg boleh dituntut tidak termasuk
SEMESTER TIKET dan juga STUDIENBEITRAG yg tidak melebihi 500€.


3. Pastikan setiap dokumen disemak dengan teliti agar tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.

4. Dokumen2 yg dimaksudkan adalah :

  • Studienbescheinigung
  • Kontoauzug sebagai bukti pembayaran
  • Cover letter beserta maklumat peribadi dan maklumat bank
  • Senarai maklumat2 dalam List Excel (Khas untuk Ketua Bandar)

*

1 fotokopi untuk simpanan Ketua Bandar,

1 fotokopi diserahkan kepada En. Ruzlan,

1 Salinan ORIGINAL kepada En. Azrul di Pejabat MARA Malaysia.

*


Untuk maklumat lanjut sila Klik Sini!




tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, August 30, 2009

Kenyataan Khas Perdana Menteri sempena Kemerdekaan ke-52 Malaysia



Statement on the 52nd Anniversary
of Malaysian Independence

On this day, Malaysians everywhere celebrate Hari Merdeka to commemorate the birth of the Federation of Malaysia fifty-two years ago. The principles that established our national identity in those early days continue to guide us now, as we enter a new period of greater responsibility and cooperation with the broader world.

Hari Merdeka should serve as a day for Malaysians to reflect upon how far we have come as a nation. We also want to renew our collective sense of purpose required to meet the challenges that lie ahead.

Our drive for independence and self-determination began humbly in the shop houses, the rubber plantations and the fishing villages throughout the country. Chinese, Malay, Indian – we came together in 1957 to defend our dream of self-governance and to forge a country out of our shared values.

These values reflect our dedication to community involvement, to working together and to creating a better future for generations of Malaysians to come. These founding principles will hold us steady even as we face a more challenging economic climate and other obstacles that we may not yet foresee.

In the decades that have passed since we first celebrated Merdeka, our values have been tested. We have had to make sacrifices to preserve the national unity that we as Malaysians hold sacred. We recognize that our sovereign rights and freedoms must be earned with each new generation. They cannot be taken for granted. Together, we must renew our commitment to work together to find common solutions to the challenges we face.

This commitment lies at the heart of our principle of 1Malaysia. It means that all Malaysians have a voice; that we strive for inclusiveness and respect. Our country is strong because of the plurality of our citizens and the steps we are taking to ensure all voices are heard.

Essential to the 1Malaysia concept is recognition that accountability and transparency are important ingredients for good government. The increased emphasis on performance and delivery to the people will support further liberalization of our economy and economic opportunity for all.

As Malaysians embrace change within our own country, we also are eager to explore opportunities to become a more active global citizen. The values that were born from our independence now compel us to play a more engaged role in brokering peace and fostering understanding within the Middle East, providing humanitarian assistance in Afghanistan, and helping to lead the way to economic resurgence in the ASEAN region, and in shaping a response to the current global economic crisis.

Around the world, Malaysians come together on Hari Merdeka to remember what makes us unique. Despite our differences and diverse backgrounds, no matter how far away from home we may find ourselves, the pride and unity that come with being Malaysian on this day overpowers all that may divide us.

Our hope, our goal as a nation and as a people, must be to maintain this collective harmony on all days of the year. By doing this we may act as a model of how a diverse people can prosper together as one sovereign and independent state.




YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA

Tuesday, June 9, 2009

Unterstützung bei Praktikumsplatzsuche (BMTC)


Still finding placement for your praxis semester? Tired by all of the rejections from the companies? This might be the answer.





Liebe Studierende!

Ich möchte Ihnen einen neuen Service für alle malaysische Studierende in Bayern vorstellen:

(das Angebot nur gultig für Studenten in Bayern)

Am 6. April 2009 haben die Universiti Kuala Lumpur und fünf bayerische Hochschulen die Gründung des Bayerisch Malaysischen Technologie Centers (BMTC) beschlossen. Das BMTC steht mit vielen Firmen in Kontakt, die sowohl in Deutschland als auch in Malaysia tätig sind.
Wir können Ihnen damit die Möglichkeit bieten, mit diesen Firmen in Kontakt zu kommen!



Das bedeutet, wir unterstützen Sie ganz konkret bei der Suche und Auswahl der Plätze für:

- Industrie- (Praxis-) Semester
- Bachelor Thesis oder Diplomarbeit
- Masterthesis


Auch können wir Ihnen so helfen, Ihren zukünftigen Arbeitgeber zu finden
(siehe Joint_Graduation_Program.pdf).



Das ist ein Service Ihrer Hochschule und damit absolut kostenfrei für Sie!


Bitte füllen Sie gleich den Fragebogen aus (Formular-Malaysische-Studierende.pdf)
und schicken diesen an Herr Said (Buchuk) zurück, dann können wir umgehend für Sie tätig werden.





oder per post schicken,

Muhammad Firdaus bin Said
Gögginger Strasse 38 1/2
86159 Augsburg





Ich freue mich auf Ihre Rückmeldungen!




Herzliche Grüße

Gabriele Schwarz

Bavarian-Malaysian-Technology-Centre BMTC

Geschäftstellenleitung
Hochschulnetzwerk "Greater Munich Area" (GMA)



Garis Panduan Surat Tuntutan Semula


1. Langakah2 & prosedur2 tuntutan yuran.



i. Sediakan dokumen2 berikut
  • Studienbescheinigung (berwarna ataupun yg disahkan oleh pihak FH)
  • Kontoauzug yang diwarnakan (highlight) transaksi pembayaran yuran
  • Coverletter (sila minta pada ketua bandar)
  • Senarai list excel (Khas untuk ketua bandar)
ii. Semak dokumen2 yang disediakan dengan teliti. pastikan tiada berlaku sebarang kesilapan maklumat atau perkataan.

iii.
Sila sediakan *1 SALINAN ORIGINAL & 2 SALINAN FOTOKOPI* untuk setiap dokumen.

iv. Kepilkan dokumen2 tersebut menjadi 3 SET. 1 Set ORIGINAL, 2 SET FOTOKOPI.

v. Ulang langkah ii sehingga anda berpuas hati.

vi. Serahkan pada ketua bandar.


*
1 SALINAN ORIGINAL akan diserahkan pada En Azrul
1 SALINAN FOTOKOPI akan diserahkan pada En Ruzlan
1 SALINAN FOTOKOPI akan disimpan oleh ketua bandar
*






2. Pesanan Oleh Encik Azrul , Pegawai MARA


Salam kepada para pelajar sekalian.




disini sy ingin menyatakan beberapa masalah yang membuatkan sebarang tuntutan para pelajar tidak dapat dibayar, dan menyebabkan kelewatan sehingga para pelajar tertunggu-tunggu.

terdahulu sy ada menyatakan mengenai apa yang diperlukan(dibuat) untuk melicinkan dan seterusnya meluluskan tuntutun para pelajar sekalian. ingin saya tekankan sekali lagi:





1. setiap permohonan mestilah berserta surat rasmi mengenai tuntutan tersebut.

1.1 surat rasmi mesti mengandungi maklumat-maklumat berikut:

1.1.1 tajuk surat rasmi (cth-TUNTUTAN INSURAN 2008)
1.1.2 no.MARA pelajar
1.1.3 no.kad pengenalan pelajar
1.1.4 institusi pelajar
1.1.5 semester pelajar(sertakan sekali bulan pengajian, cth-03/2008 - 082008)
1.1.6 cara pembayaran perlu dibuat
1.1.7 jumlah tuntutan(dlm EURO)
1.1.8 no.akaun bank di Jerman
1.1.9 NAMA BANK di Jerman


1.2 tandatangan pelajar di akhir surat rasmi.




2. setiap tuntutan mestilah disertakan bersama-sama bukti yang ORIGINAL SAHAJA. bukti fotokopi atau "print out" tidak akan diambil kira dan akan ditolak.


3. lampiran yang diperlukan seperti biasa(cth lampiran-mengandungi nama, no.k/p, no.MARA, no. akaun bank, nama bank, dsb)


disini juga saya sertakan dua(2) file excell, satu, "SENARAI PELAJAR MASALAH CLAIMS JUNE 09" mengandungi senarai 35 pelajar yang bermasalah dalam tuntutan dan masalahnya berserta dengan satu lagi file excell bertajuk "LAMPIRAN JERMAN".



*download*





diharap dengan email saya ini akan menjelaskan lagi kepada para pelajar yang masih lagi tidak menerima wang tuntutan mereka, disamping itu, menjadi panduan untuk para pelajar menghantar permohonan dimasa hadapan, supaya permohonan itu tidak mempunyai masalah dan proses pembayaran tuntutan pelajar akan menjadi lebih licin dan cepat.

perhatian kepada para pelajar yang tersenarai dlm senarai pelajar bermasalah:

-jika nama para pelajar terdapat dalam senarai tersebut, sila lihat jenis masalah untuk menyelesaikan masalah para pelajar. kepada para pelajar yang saya nyatakan masaalahnya "TIDAK NYATAKAN NAMA BANK DI JERMAN", sila tulis satu surat rasmi baru berpandukan format yang saya berikan diatas dan surat itu boleh discan dan diemail terus kepada saya untuk mempercepatkan urusan. ini adalah untuk pelajar yang masaalahnya "TIDAK NYATAKAN NAMA BANK DI JERMAN" sahaja. pastikan surat itu ditandatangani sebelum discan.




PERHATIAN KEPADA KETUA-KETUA BANDAR:

- ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KEPADA KETUA BANDAR UNTUK MEMBUAT PENYEBARAN MAKLUMAT INI KERANA KAMU ADALAH KETUA BANDAR YANG DILANTIK UNTUK MEWAKILI PARA PELAJAR DI BANDAR MASING-MASING. SILA SEBARKAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN KETUA-KETUA BANDAR LAIN JIKA MEREKA TIDAK MENERIMA EMAIL SAYA INI.

- LAMPIRAN JERMAN mestilah diisi oleh para pelajar yang ingin membuat tuntutan dalam bilangan 10 pelajar satu muka surat(ikut format yang diberikan). jika hanya ada 1 sahaja dalam lampiran tersebut tidak menjadi masalah, asalkan bilangan pelajar dalam satu muka surat tidak melebihi 10 nama.



sekian, terima kasih.




pesanan ini dibawakan kepada anda oleh,

MUHAMMAD AZRUL BIN MOHAMED AKER
Assistant Director
MARA Education Sponsorship Division



Wednesday, May 27, 2009

Tawaran Murah Balik Kampung!

Tawaran hebat Bibitours kepada mereka yg berminat utk pulang ke tanah air pada cuti semester ini!





Airfare Euro 525 nach Kuala Lumpur

Preis inclusive Flughafengebühr: Euro 525
Rail and Fly is Free of Charge
Umbuchung vor Ort: 100 EUR
Ticketing : 96 STD nach Reservierung
Baggage Allowance 30 kg
Ticket Validity: 2 MonthsTicket
Travelling Period: 09.08.09 – 30.09.09
Selling period: 18.05.09 – 30.06.09
Airline: Emirates Airlines

kepada yg berminat sila berhubungan dgn syarikat Bibitours,

Inh. : Klaus Schnubel
StNr. : 010/190/03783
USt-IdNr. :DE199415835
Am Böhler Pfad 13
67126 Hochdorf-Assenheim

Tel: 06231-915659
Fax: 06231-915683
email:info@bibitours.com

http://www.bibitours.com
http://www.visit-malaysia.de






RENTAP 2009 *update v3.0*

Untuk Maklumat terkini mengenai RENTAP 2
sila layari :
forum@mgss





Pengangkutan Rentap 2009


Oleh kerana kos tambang keretapi yang agak berpatutan, dan juga kesukaran untuk mendapat persetujuan tarikh pulang ke Bayern dari Heilbronn, tiada perkhidmatan bas pergi dan balik akan disediakan.




Penginapan Hotel Di Heilbronn

Check-in untuk penginapan akan bermula dr jam 2ptg jumaat. Pembayaran penginapan akan dijalankan di counter check-in hotel.

Untuk pembahagian bilik, korang akan berbincang dengan pihak hotel. Name list penginapan telah diserahkan kepada pihak hotel.

Anda dinasihatkan supaya dapat tiba di hotel dan register dalam kumpulan bilik, ade yg 3 org sebilik, ade yg 4 org sebilik. First come first serve basis.

check out time adalah sebelum pukul 11 pagi.




Bagi mereka yang drive, korang type je alamat kat bwh ni dlm navi korang.

Kastellstraße 64
74080 Heilbronn

Bagi mereka yg naik train / public transport,

Start : heilbronn bahnhofvorplatz (kat luar hbf)
Linie : 10 richtung Frankenbach / Schanz Süd
Haltestelle : Hans-Sachs-Strasse



Dari haltestelle ni korang akan nmpk hotel. Nama hotel: Best Western Hotel


Danke.

*Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh Saudara Bejak.

Thursday, May 21, 2009

RENTAP 2009 *update v2.5*




Perhatian kepada semua peserta yg mengambil bahagian dlm acara RENTAP,
sila lakukan pembayaran yuran dengan segera untuk memudahkan urusan² kerja pihak penganjur.

acara² yg dipertandingkan boleh disemak di halaman mgss.de



Nama :Siti Hajar binti Ibrahim
Konto Nr : 0240291
BLZ : 69070024
Zweck : (Name sport/game)



Pembayaran untuk penginapan dibuat tatkala check-in di Hotel nanti.

*Tiada perkhidmatan bas dari Nürnberg ke Heilbronn disediakan pada 29hb disebabkan oleh kos pengangkutan yg tinggi berbanding dgn tambang train.



Harap Maklum.

Selamat Bercuti & Schönes Wochende.




Saturday, May 16, 2009

Temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

.

Peluang baik untuk pelajar-pelajar yg akan tamat pengajian pada 2009/2010,


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan sessi temuduga pengambilan palajaran tahun akhir tajaan MARA & JPA . Jawatan2 tertentu yg diperuntukkan boleh dirujuk di laman web SPA.
http://www.spa.gov.my



Maklumat2 temuduga tersebut adalah seperti berikut :

Tempat : Hotel Intercontinental Frankfurt
Tarikh : 11.6.2009 (Khamis).
Pakaian : Formal
Dokumen yg perlu dibawa :

  • Resume ringkas bergambar,
  • transkrip akademik terkini (salinan dan asal)
  • serta lain-lain salinan dokumen pengenalan diri sekiranya ada


Calon yang berminat bolehlah menghubungi Saudari SUHANA AZLIN BINTI SAAID untuk mendafatar ke temu duga terbuka tersebut melalui emel suhanaazlin@spa.gov.my.


.



*Maklumat tambahan, pembayaran semula TK 2008 dijangka akan selesai dalam masa 2 minggu. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah2 yg tidak dpt dielakkan, terdapat 14 org pelajar akan menerimanya lebih lewat. Selewat mane? ha yg ini yg kita tak tahu tu yer.*


.

Sunday, May 3, 2009

RENTAP 2009 *update v2.0*

sumber diambil dari
mgss.de

*04.04.09* untuk update terkini, sila ke link berikut.
forum@mgss


Dengan ini saya mengumumkan bahawa Rentap 2 akan diadakan di Heilbronn pada tahun ni...
Rentap 2's Detail :

Venue : Heilbronn
Date : 30 Mai bis 1 Jun 2009


Berbeza ngan tahun2 sebelumnye, Rentap tahun ni akan dihiasi ngan pelbagai acara2 menarik yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat. Ein Überblick at what we have planned so far :


30th may :
football (0900 bis1700)
Volleyball (1800 bis 2200)



31st may :
explore race (0900 bis 1300)
bowling (1400 bis 1700)
rentap abend (ab 1800)



1st June :
Badminton (0900 bis 1700)
Chess(parallel with badminton)



Atas kerumitan mendapatkan padang and court, coz Rentap brlangsung pada Pfingsten yg merupakan Public Holiday, pihak pengurusan dengan dukacitanye ingin mengumumkan bahawa permainan Rugbi and Basketball terpaksa dibatalkan. Kekecewaan ini diharap dapat diubati dengan penyertaan game baru : Volleyball ;)


Registration utk sume game akan dibuka pada hari ini hingga 17 Mei 2009... so cepat, jgn lambat!!!

Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran :



Football
Bilangan team : unlimited
Bil Pemain : 16 (11 in-field and 5 subs)
kategori : lelaki sahaja
Yuran Penyertaan : 48euro (per team)
Format : group and knock out (cam besa)



Volleyball
Bilangan team : 6 (1st come 1st serve)
Bilangan pemain : 9 (6 in-field and 3 subs)
kategori : mix (boleh campur laki and wanita)
Yuran Penyertaan : 18 euro (per team)
Format : League



Xplorace
Bilangan team : unlimited
Billangan pemain : 2
kategori : mix
yuran penyertaan : 5 euro (per team)
format : dirahsiakan (to keep its excitement)
syarat2 tambahan : students heilbronn diharamkan join... :D



bowling
Bilangan team : 10 (if ade team lebih, bley dipertimbangkan coz still ade lane kosong, but advantage to those yg register 1st)
Bilangan pemain : 5
kategori : mix
yuran penyertaan : 5€ per person for 3 games (Leihschuhe, Ein Pizza and Ein Getränke is included)
format : cam besa, jumlah jatuhan pin based on 3 games (bagi yg nak warm up 1st, the price of one game is 18 euros per team)



badminton
Bilangan pemain : unlimited
kategori : doubles lelaki
doubles wanita
mix doubles
yuran penyertaan : 5,50 per person for the whole day... egal samade nak main satu atau dua kategori :D
format : system 21 points



chess
Bilangan pemain : max 32
kategori : singles
yuran penyertaan : 2 euro
format : still dalam perbincangan


Mereka yang ingin mendaftar sile lapor name/team kepada Datuk Bandar masing-masing...
and please do the Überweisung to the following konto :


Nama :Siti Hajar binti Ibrahim
Konto Nr : 0240291
BLZ : 69070024

Zweck : (Name sport/game)



for those yang main dalam group, better überweisen utk group rather than individual...
and for those yang still belum ade tempat penginapan, plz anmelden kpd Datuk Bandar secepat mungkin utk memudahkan kerja penyemakan...

Datuk Bandar kemudiannya menyerahkan nama2 kepada saudara Izzat Shahiman (BEJAK ym id : bejakster)

tarikh tutup confirmation bilangan yang nak stay kat hotel best western adalah 5 May 2009...


Thursday, April 30, 2009

Achtung! Selsema Babi menyerang!

-





Wabak penyakit selsema babi (swine flu) kini telah merebak ke Regensburg, Bavaria. (sehingga pagi tadi)

Pelajar-pelajar di nasihatkan mengambil langkah segera mendapatkan rawatan doktor jika ada tanda-tanda awal penyakit tersebut seperti.

  • demam panas
  • selsema
  • sakit tekak
  • batuk

Diharap ketua-ketua bandar dpt melaporkan kepada tuan presiden dari masa kesemasa jika terdapat pelajar-pelajar yang disyaki dijangkiti penyakit tersebut.



Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh ;
En Ruzlan Bin Abdul Malek



* maklumat lanjut mengenai Swine Flu.




Monday, April 27, 2009

RENTAP 2009 *update*


Assalamualaikum,

Berikut adalah serba-sedikit overview mengenai aktiviti² yg bakal dijalankan. Namun, maklumat² dibawah ini berkemungkinan akan berubah, disebabkan oleh masalah padang, peserta terlalu ramai atau sedikit, ataupun prosedur event terlalu rumit.



1) Bowling
- Satu team mempunyai 4 org pemain.



2) Basketball
- 3 on 3 ( satu team mempunyai 3 org pemain.)
- kini event basketball sedang menghadapi masalah court. Sebarang info terkini akan diberitahu kelak.



3) Badminton
- Acara Perseorangan tidak akan dipertandingkan.
- Acara yg dipertandingkan : Beregu Lelaki, Beregu Wanita, Beregu Campuran
- Sila bawa raket-raket dan alatan tambahan sendiri.



4) Explorace
- 3 orang peserta/kumpulan
- ala2 treasure hunt
- konsep masih belum muktamad



5) Catur
- Sekiranya terlalu ramai peserta, pertandingan dijalankan 2 on 2 (satu team mempunyai 2org )
- konsep dan format masih belum muktamad



6) Rentap Abend
- Aktiviti santai bagi membolehkan para pelajar lebih mengenali sesama sendiri.
- Bayaran hanya akan dikenakan untuk makanan.
- Harga dan menu masih belum ditentukan.
- Events : grillen, makan, menonton performance.
- Dresscode : santai yg bersesuaian



7) Bola Sepak
- Satu team mempunyai 16 orang pemain. ( 11 utama, 5 gantian. )
- Jumlah permain yg dibenarkan dalam 1 pasukan adalah seramai 16-18 org
- Namun begitu hanya 16 pingat disediakan.
- Kini menghadapi masalah padang, berkemungkinan akan diadakan pada 30hb atau 31hb Mei.





Pendaftaran untuk semua acara masih belum dibuka.


* Sebarang maklumat berkaitan format, tempoh dan tarikh acara akan diberitahu dari semasa ke semasa.


Ketua Bandar diminta mengumpul nama² anak buah yg ingin menempah penginapan hotel dahulu.


Pendaftaran untuk penginapan dilanjutkan sehingga 5hb Mei, 2009.


sebarang pertanyaan sila berhubungan dengan ,


saudara BEJAK
YMid : bejakster

ataupun layari http://www.mgss.de.


sekian, harap maklum.







Tuesday, April 21, 2009

RENTAP 2009


Kejohanan Rentap 2


Venue : Heilbronn, Baden
Date : 30th May till 1st Jun,2009



Kejohanan Rentap 2 kembali dan kini dengan pelbagai aktiviti² yang menarik untuk disertai oleh semua lapisan masyarakat.

30th may (sabtu) :

bowling
(1300 - 1600)
basketball (1730 - 2100)
________________________________________________

31st may (ahad) :

badminton
(0900 - 1600)
explore race (0900 - 1300)
chess (0900 - 1400)
rentap abend (1800 - 2300)
________________________________________________

1st June (isnin) :

Bola Padang (0900 - 1700)
________________________________________________

*Maklumat2 lain akan diberitahu kelak.*



Penginapan Sepanjang Kejohanan Rentap 2

Best Western Hotel am Kastell, Heilbronn (berhampiran dgn Stadt, Bahnhof)

http://www.kastell.bestwestern.de/


Bilik untuk 3 orang berharga 60€ semalam
Bilik untuk 4 orang berharga 80€ semalam


Kepada mereka yang berminat untuk mengambil bahagian & juga yang tiada penginapan di Heilbronn, sila inform Ketua Bandar masing² ataupun berhubungan terus dengan saudara,


Izzat Shahiman (Bejak)
ym id : bejakster


sebelum 27th of April, 2009. Tempahan hotel harus dilakukan segera atas sebab bilangan bilik yang semakin terhad.


Marilah kita bersama-sama hadir & memeriahkan kejohanan gilang-gemilang ini.



sekian harap maklum.





Friday, March 6, 2009

Tuntutan TK & Yuran Semester Musim Panas 2009

Assalamualaikum,


1. Di sini diumumkan bahawa tarikh terakhir penghantaran dokumen2 tuntutan TK adalah pada, 08.03.2009.


2. Dokumen2 untuk tuntutan yuran pengajian semester musim panas 2009 sudah boleh mula dikemaskinikan. Dan hantarkan data2 tersebut kepada datuk bandar selewat-lewatnya 22.03.2009.



ACHTUNG!!!! YURAN PENGAJIAN yg boleh dituntut tidak termasuk
SEMESTER TIKET dan juga STUDIENBEITRAG yg tidak melebihi 500€.





Para ketua bandar harus menyerahkan dokumen2 yg telah dikumpul kepada en Ruzlan pada 23.03.2009.

Pastikan setiap dokumen disemak agar tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.



tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pertanyaan.



Friday, February 6, 2009

Tuntutan Wang Insuran TK/AOK 2008

Perhatian kepada seluruh warga MARA Kumpel. Dokumen2 untuk Tuntutan Wang Insuran TK/AOK 2008 (Januari - Disember 2008) adalah seperti berikut:



1. Surat Tuntutan yg ditandatangani oleh Penuntut.
(Contoh surat tuntutan boleh diminta dari Ketua bandar masing-masing)


2. Maklumat diri
Taipkan data2 berikut ke dlm Fail Excel yg telah diberikan melalui email oleh ketua2 bandar mahupun encik Presiden (buchuk).

1) Nama

2) No. K/P Malaysia

3) No. Bilangan Mara

4) Nama Syarikat Insurans

5) Bulan-bulan yang dituntut

6) Jumlah yang dituntut

7) Nama Bank

8) No. Akaun

9) Kod Bank (BLZ)

10) IBAN

11) Swift (BIC)




3. Rechnung ataupun Bescheinigung oleh TK/AOK
(Sila mohon maklumat2 tersebut dgn menhantarkan email ke campus@tk-online.de / die.gesundheitskasse@wl.aok.de )


Sila sediakan 3 Salinan untuk setiap dokumen2 tersebut dan kepilkan.

Segala maklumat haruslah sampai ke tangan Ketua Bandar selewat-lewatnya ,


15hb Febuari 2009.



Arahan selanjutnya akan diberitahu kelak.


*Bagi pelajar-pelajar baru, tuntutan boleh dibuat daripada bulan pertama anda membayar insurans sehingga Disember 2008.

Thursday, January 15, 2009

Derma Palestin


Assalamualaikum..

Pengumumam kepada seluruh warga Mara Kumpel , barangsiapa yg ingin menyumbangkan derma untuk mangsa2 peperangan di Palestin, anda bolehlah melakukan demikian melalui saluran berikut :

KontoInhaber : Islamic Relief Deutschland
Konto : 12202099
BLZ : 37050198
Bank : Sparkasse Köln
Zweck : Aufruf für Gaza-Streifen

Ayuhlah kita sama2 membantu meringankan beban saudara sesama islam.


Hadis Sahih Muslim ,
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: "Wahai, Allah! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan yang satu lagi berkata: "Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!"

Futsal MARA Kumpel


Pada 31 Disember 2008 telah berlangsungnya kejohanan Futsal Mara Kumpel di Moegeldorf 2000 Verein, Nürnberg. Kejohanan ini merupakan aktiviti penutup Mara Kumpel pada tahun 2008. & juga sejurus selepas pertandingan, acara sambutan tahun baru 2009 turut di raikan pada mlm tersebut.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:



Johan :
Pasukan Nürnberg



Naib Johan :
Regens A




Tempat Ketiga :
Team Pustet



Aksi-aksi para peserta
(all credits to Safwan & tuan punya kamera)


Terima kasih diucapkan kepada para peserta yg telah mengambil bahagian & juga kepada penganjur yg telah bekerja keras untuk memastikan kejohanan kali ini berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan pada para pemenang. Yg tertewas, cuba & cuba lagi pada masa hadapan.
Semoga berjumpa lagi pada kejohanan yg seterusnya.

Majulah Sukan untuk Mara Kumpel.