Showing posts with label TK. Show all posts
Showing posts with label TK. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

Garis Panduan Surat Tuntutan Semula


1. Langakah2 & prosedur2 tuntutan yuran.



i. Sediakan dokumen2 berikut
  • Studienbescheinigung (berwarna ataupun yg disahkan oleh pihak FH)
  • Kontoauzug yang diwarnakan (highlight) transaksi pembayaran yuran
  • Coverletter (sila minta pada ketua bandar)
  • Senarai list excel (Khas untuk ketua bandar)
ii. Semak dokumen2 yang disediakan dengan teliti. pastikan tiada berlaku sebarang kesilapan maklumat atau perkataan.

iii.
Sila sediakan *1 SALINAN ORIGINAL & 2 SALINAN FOTOKOPI* untuk setiap dokumen.

iv. Kepilkan dokumen2 tersebut menjadi 3 SET. 1 Set ORIGINAL, 2 SET FOTOKOPI.

v. Ulang langkah ii sehingga anda berpuas hati.

vi. Serahkan pada ketua bandar.


*
1 SALINAN ORIGINAL akan diserahkan pada En Azrul
1 SALINAN FOTOKOPI akan diserahkan pada En Ruzlan
1 SALINAN FOTOKOPI akan disimpan oleh ketua bandar
*






2. Pesanan Oleh Encik Azrul , Pegawai MARA


Salam kepada para pelajar sekalian.




disini sy ingin menyatakan beberapa masalah yang membuatkan sebarang tuntutan para pelajar tidak dapat dibayar, dan menyebabkan kelewatan sehingga para pelajar tertunggu-tunggu.

terdahulu sy ada menyatakan mengenai apa yang diperlukan(dibuat) untuk melicinkan dan seterusnya meluluskan tuntutun para pelajar sekalian. ingin saya tekankan sekali lagi:





1. setiap permohonan mestilah berserta surat rasmi mengenai tuntutan tersebut.

1.1 surat rasmi mesti mengandungi maklumat-maklumat berikut:

1.1.1 tajuk surat rasmi (cth-TUNTUTAN INSURAN 2008)
1.1.2 no.MARA pelajar
1.1.3 no.kad pengenalan pelajar
1.1.4 institusi pelajar
1.1.5 semester pelajar(sertakan sekali bulan pengajian, cth-03/2008 - 082008)
1.1.6 cara pembayaran perlu dibuat
1.1.7 jumlah tuntutan(dlm EURO)
1.1.8 no.akaun bank di Jerman
1.1.9 NAMA BANK di Jerman


1.2 tandatangan pelajar di akhir surat rasmi.




2. setiap tuntutan mestilah disertakan bersama-sama bukti yang ORIGINAL SAHAJA. bukti fotokopi atau "print out" tidak akan diambil kira dan akan ditolak.


3. lampiran yang diperlukan seperti biasa(cth lampiran-mengandungi nama, no.k/p, no.MARA, no. akaun bank, nama bank, dsb)


disini juga saya sertakan dua(2) file excell, satu, "SENARAI PELAJAR MASALAH CLAIMS JUNE 09" mengandungi senarai 35 pelajar yang bermasalah dalam tuntutan dan masalahnya berserta dengan satu lagi file excell bertajuk "LAMPIRAN JERMAN".



*download*





diharap dengan email saya ini akan menjelaskan lagi kepada para pelajar yang masih lagi tidak menerima wang tuntutan mereka, disamping itu, menjadi panduan untuk para pelajar menghantar permohonan dimasa hadapan, supaya permohonan itu tidak mempunyai masalah dan proses pembayaran tuntutan pelajar akan menjadi lebih licin dan cepat.

perhatian kepada para pelajar yang tersenarai dlm senarai pelajar bermasalah:

-jika nama para pelajar terdapat dalam senarai tersebut, sila lihat jenis masalah untuk menyelesaikan masalah para pelajar. kepada para pelajar yang saya nyatakan masaalahnya "TIDAK NYATAKAN NAMA BANK DI JERMAN", sila tulis satu surat rasmi baru berpandukan format yang saya berikan diatas dan surat itu boleh discan dan diemail terus kepada saya untuk mempercepatkan urusan. ini adalah untuk pelajar yang masaalahnya "TIDAK NYATAKAN NAMA BANK DI JERMAN" sahaja. pastikan surat itu ditandatangani sebelum discan.




PERHATIAN KEPADA KETUA-KETUA BANDAR:

- ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KEPADA KETUA BANDAR UNTUK MEMBUAT PENYEBARAN MAKLUMAT INI KERANA KAMU ADALAH KETUA BANDAR YANG DILANTIK UNTUK MEWAKILI PARA PELAJAR DI BANDAR MASING-MASING. SILA SEBARKAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN KETUA-KETUA BANDAR LAIN JIKA MEREKA TIDAK MENERIMA EMAIL SAYA INI.

- LAMPIRAN JERMAN mestilah diisi oleh para pelajar yang ingin membuat tuntutan dalam bilangan 10 pelajar satu muka surat(ikut format yang diberikan). jika hanya ada 1 sahaja dalam lampiran tersebut tidak menjadi masalah, asalkan bilangan pelajar dalam satu muka surat tidak melebihi 10 nama.



sekian, terima kasih.




pesanan ini dibawakan kepada anda oleh,

MUHAMMAD AZRUL BIN MOHAMED AKER
Assistant Director
MARA Education Sponsorship Division



Saturday, May 16, 2009

Temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

.

Peluang baik untuk pelajar-pelajar yg akan tamat pengajian pada 2009/2010,


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan sessi temuduga pengambilan palajaran tahun akhir tajaan MARA & JPA . Jawatan2 tertentu yg diperuntukkan boleh dirujuk di laman web SPA.
http://www.spa.gov.my



Maklumat2 temuduga tersebut adalah seperti berikut :

Tempat : Hotel Intercontinental Frankfurt
Tarikh : 11.6.2009 (Khamis).
Pakaian : Formal
Dokumen yg perlu dibawa :

  • Resume ringkas bergambar,
  • transkrip akademik terkini (salinan dan asal)
  • serta lain-lain salinan dokumen pengenalan diri sekiranya ada


Calon yang berminat bolehlah menghubungi Saudari SUHANA AZLIN BINTI SAAID untuk mendafatar ke temu duga terbuka tersebut melalui emel suhanaazlin@spa.gov.my.


.



*Maklumat tambahan, pembayaran semula TK 2008 dijangka akan selesai dalam masa 2 minggu. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah2 yg tidak dpt dielakkan, terdapat 14 org pelajar akan menerimanya lebih lewat. Selewat mane? ha yg ini yg kita tak tahu tu yer.*


.

Friday, March 6, 2009

Tuntutan TK & Yuran Semester Musim Panas 2009

Assalamualaikum,


1. Di sini diumumkan bahawa tarikh terakhir penghantaran dokumen2 tuntutan TK adalah pada, 08.03.2009.


2. Dokumen2 untuk tuntutan yuran pengajian semester musim panas 2009 sudah boleh mula dikemaskinikan. Dan hantarkan data2 tersebut kepada datuk bandar selewat-lewatnya 22.03.2009.



ACHTUNG!!!! YURAN PENGAJIAN yg boleh dituntut tidak termasuk
SEMESTER TIKET dan juga STUDIENBEITRAG yg tidak melebihi 500€.





Para ketua bandar harus menyerahkan dokumen2 yg telah dikumpul kepada en Ruzlan pada 23.03.2009.

Pastikan setiap dokumen disemak agar tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.



tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pertanyaan.



Friday, February 6, 2009

Tuntutan Wang Insuran TK/AOK 2008

Perhatian kepada seluruh warga MARA Kumpel. Dokumen2 untuk Tuntutan Wang Insuran TK/AOK 2008 (Januari - Disember 2008) adalah seperti berikut:



1. Surat Tuntutan yg ditandatangani oleh Penuntut.
(Contoh surat tuntutan boleh diminta dari Ketua bandar masing-masing)


2. Maklumat diri
Taipkan data2 berikut ke dlm Fail Excel yg telah diberikan melalui email oleh ketua2 bandar mahupun encik Presiden (buchuk).

1) Nama

2) No. K/P Malaysia

3) No. Bilangan Mara

4) Nama Syarikat Insurans

5) Bulan-bulan yang dituntut

6) Jumlah yang dituntut

7) Nama Bank

8) No. Akaun

9) Kod Bank (BLZ)

10) IBAN

11) Swift (BIC)




3. Rechnung ataupun Bescheinigung oleh TK/AOK
(Sila mohon maklumat2 tersebut dgn menhantarkan email ke campus@tk-online.de / die.gesundheitskasse@wl.aok.de )


Sila sediakan 3 Salinan untuk setiap dokumen2 tersebut dan kepilkan.

Segala maklumat haruslah sampai ke tangan Ketua Bandar selewat-lewatnya ,


15hb Febuari 2009.



Arahan selanjutnya akan diberitahu kelak.


*Bagi pelajar-pelajar baru, tuntutan boleh dibuat daripada bulan pertama anda membayar insurans sehingga Disember 2008.