Sunday, March 16, 2008

Dari meja Setiausaha Agung MARA Kumpel

Friedberg, Jumaat 14 hb. Mac 2007

Assalamu’alaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pada hari Sabtu 1 hb. Mac 2007, satu mesyuarat MARA Kumpel bersama-sama Ketua Pegawai MARA Eropah En. Ruzlan Abd. Malek telah diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt am Main (FfM).

MARA Kumpel telah diwakili oleh 8 orang yang terdiri daripada wakil-wakil bandar dan wilayah.

Berikut adalah ringkasan minit mesyuarat yang difikirkan wajar untuk diketahui oleh semua ahli-ahli MARA Kumpel setelah diluluskan oleh Presiden MARA Kumpel untuk diterbitkan.


Tuntutan Bayaran Yuran Pengajian Semester (Studiengebühren)

Bermula dengan tuntutan untuk Sommersemester 2008, semua pelajar dikehendaki menghantar semua maklumat dan dokumen-dokumen kepada ketua bandar masing-masing dalam tempoh 7 hari selepas arahan dikeluarkan oleh Pejabat MARA FfM (atau 10 hari – bergantung kepada arahan), dan ketua-ketua bandar akan menyusun kesemuanya sebelum dihantar ke FfM.

Dokumen-dokumen yang dimaksudkan –

  1. Studienbescheinigung semester berkenaan (1 salinan ASAL & 2 salinan FOTOKOPI)
  2. Bukti Bayaran – Kontoauszug atau resit bayaran daripada FH/HS (1 Salinan ASAL & 2 salinan FOTOKOPI)

Prosedur yang sama akan diulang untuk tuntutan semester berikutnya dan serupa untuk tuntutan insurans TK/AOK.


Undang-undang dan Budaya Masyarakat Tempatan di Jerman

En. Ruzlan telah mengeluarkan peringatan untuk disampaikan kepada semua pelajar – Pelajar-pelajar Malaysia di Jerman dikehendaki mematuhi undang-undang negara Jerman dan bersikap peka atau sensitif terhadap budaya dan pantang larang masyarakat tempatan Jerman setiap masa : terutamanya ketika menjalankan apa-apa aktiviti di FH/HS masing-masing.

Peringatan ini dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham dengan masyarakat di sini.


Bekerja di Negara Jerman

Selepas tamat pengajian daripada FH/HS, pelajar-pelajar MARA yang ingin bekerja dalam Jerman dikehendaki membuat permohonan rasmi kepada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA KL.

Tempoh pertama ialah 2 tahun dan untuk setiap tahun berikutnya permohonan rasmi untuk lanjutan juga mesti dibuat. Tempoh maksimum bekerja di Jerman ialah 4 tahun selepas pengajian.

Pelanjutan Semester atau Penukaran Kursus Pengajian
(Semesterverlängerung oder Studiengangwechsel)

Untuk tujuan di atas, setiap pemohon mestilah membuat permohonan rasmi (dengan menyatakan sebab-musabab).

Setiap permohonan hendaklah disertai dokumen-dokumen berikut:-

  1. Surat sokongan daripada Auslandsreferat FH/HS atau InWEnt atau pejabat FH/HS masing-masing
  1. Transkrip keputusan peperiksaan
  1. Pelan pengajian

Permohonan boleh dibuat secara e-mail dengan dokumen-dokumen di atas diimbas (scanned) lalu dihantar kepada kepada Penolong Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA KL – Pn. Norashikin Nanyan dan CC kepada En. Ruzlan di FfM.

Latihan Praktikal dan Tesis (Berufpraxissemester und Diplomarbeit)

Para pelajar MARA digalakkan untuk menjalani latihan praktikal dan menulis tesis masing-masing dalam negara Jerman.

Semasa ini, firma-firma Jerman – Mühlbauer, Schmidt & Clements dan Elektrisolar
sedang ingin merekrut graduan-graduan Malaysia dari Jerman.

Senarai firma-firma Jerman yang ada di Malaysia (dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia MIDA) telah diedarkan kepada ketua-ketua bandar.

Surat sokongan berkepala Konsulat Jeneral Malaysia di FfM boleh dipohon oleh setiap pelajar Malaysia daripada En. Ruzlan. Surat tersebut bertujuan membantu pelajar dalam membuat permohonan praktikal masing-masing dengan menunjukkan bahawa permohonan itu bukanlah atas tujuan individual tetapi atas permohonan negara Malaysia.


Meninggalkan Jerman untuk Percutian atau Pulang ke Malaysia

Semua pelajar MARA diwajibkan memaklumkan En. Ruzlan dengan menghantar mesej ringkas dalam bentuk e-mail kepadanya sebelum meninggalkan Jerman untuk seketika dengan tujuan tersebut di atas.

Maklumat-maklumat dalam e-mail ringkas:-

  1. Maklumat pelajar (nama & FH/HS)
  2. Tujuan
  3. Destinasi
  4. Tempoh

Sekiranya berkumpulan, adalah memadai wakil kumpulan tersebut menghantar 1 e-mail sahaja dengan menyatakan ahli-ahli dalam kumpulan.

Maklumat-maklumat Sampingan

1. Majlis-majlis yang akan diadakan di FfM (anjuran bersama Pejabat MARA FfM & Konsulat Jeneral Malaysia FfM) dalam tahun 2008 ini:-

i. Majlis Sambutan Aidilfitri

ii. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia

iii. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar


(Pelajar-pelajar MARA diharap akan membuat persembahan dalam majlis-majlis di atas. Contoh persembahan :- ‘live band’)

2. Pertukaran tugas penolong kepada Pn. Norashikin Nanyan di Kuala Lumpur.
Di KL, Pn. Arinawati telah digantikan oleh Encik Mohamad Bin Abdul Ghani dalam tugas membantu Pn. Norashikin mentadbir pelajar-pelajar MARA Jerman.

E-mail En. Mohamad boleh diminta daripada ketua-ketua bandar/wilayah masing-masing.


Selamat berjaya dalam menempuhi Sommersemester kepada semua pelajar-pelajar MARA Jerman.


Yang menjalankan tugas,

Mohamad Hafiz Jaafar,

Setiausaha Agung MARA Kumpel 2008

6 comments:

Anonymous said...

wei aku xpham la apa y dimksudkan dgn 1 salinn ASAL Studienbescheinigung.FH aku bknnya bg pn Studienbescheinigung sem ni..cmn?

Anonymous said...

salinan original. mustahil fh x bagi bescheinigung...tiap2 semester mesti dpt baru punye. ade jenis bescheinigung yang kne print sendiri tapi atas tu ade bestätigung/verification code...kne access URL link n enter code bla3...

original, yg penting original..berkaler2.

-Hafiz Jaafar-

Anonymous said...

saya mahu email en ruzlan...sampai skrang xdpt² email ke, nr phone ke...geheim sgt ke, kat ats tu srh mintak surat kepala kt en ruzlan utk en ruzlan, tp email tak bg pon...

Anonymous said...

email en ruzlan rundingcara@yahoo.com

hp no : 0176 68144761

Anonymous said...

kalo ikut kan, tak digalakkan sgt tulis2 email address open2...pasal bleh kne spam . tapi sori la pasal korang tak dpt maklumat tuh. mintak maaf skali lg.

-Hafiz Jaafar-

Anonymous said...

letakla ginih r u n d i n g c a r a [a t ] y a h o o . com