Sunday, May 29, 2011

Memanjangkan Tempoh Pengajian

Pada hari Jumaat lepas, 27.05.2011 En Mohd Salleh Abdullah telah datang ke Fachhochschule Deggendorf dan berjumpa dengan pelajar-pelajar tajaan Mara. Perkara tentang pemanjangan tempoh pengajian telah dinaikkan dalam perjumpaan ini.

Kepada pelajar-pelajar yang ingin memanjangkan tempoh pengajian lebih daripada tempoh kontrak tajaan Mara, Mara boleh mepertimbangkan permohonan untuk elaun tambahan. Surat permohonan mesti dihantar kepada pihak Mara awal sebelum tamatnya tempoh kontrak. Di dalam surat permohonan mesti diletakkan sebab-sebab yang kukuh. Pelajar-pelajar disarankan untuk membuat simpanan bagi mengelakkan masalah kewangan jika permohonan tidak diterima.
Sebarang persoalan tentang perkara diatas boleh dihantar kepada En Salleh (mdsallehabdullah@yahoo.com).
________________________________________________________________

Seperti sedia maklum, dari 1 April 2011 Bavarian-Malaysian Coordination Center (BMCC) telah mengganti Inwent dalam mengkoordinasi pelajar-pelajar tajaan Mara. Pejabat baru sekarang bertempat di Fachhochschule Deggendorf. Sebarang persoalan yang berkaitan bolehlah dihantar kepada Frau Tanja Rinkl (tanja.rinkl@fh-deggendorf.de) atau Frau Lisa Hitreiter (lisa.hirtreiter@fh-deggendorf.de).

No comments: