Sunday, April 20, 2008
Info Rentap
kepada sesiapa yang ingin pergi ke Rentap '08 di Hannover menaiki bas, sila maklumkan kepada ketua bandar masing-masing pada kadar yang segera.
Maklumat mengenai bas:
- 35 Euro pergi dan balik.
- Tarikh pergi: 11.5.08 pagi
- Tarikh balik: 12.5.08 malam
- Tempat bertolak: Nürnberg
Sekian terima kasih.
p/s: Presiden mencadangkan kepada yang tidak terlibat dlm aktiviti bola sepak menyertai pertandingan boling di Hannover nnt.
Saturday, April 19, 2008
Dari Meja Presiden MARA-Kumpel
Berkenaan kutipan duit Mara Kumpel, masih ramai yang belum bayar. Dari bandar-bandar yang besar seperti Nürnberg, Augsburg dan Rosenheim tak sampai separuh pun yang bayar.
*Ada
*Tujuannya untuk tampung kos aktiviti yang akan kita jalankan seperti BBQ dan Hari Raya. Persoalannya kenapa masih ada yang tak nak bayar. Adakah sebab anda tak mahu terlibat dalam aktiviti tersebut? Ataupun anda sememangnya tak mahu jadi ahli Mara Kumpel? Kalau anda tak bersetuju dengan kutipan tersebut boleh nyatakan.
Selama ni kami AJK² banyak menghadapi masalah dalam menguruskan anda semua. Kalau minta Kontoauszug untuk tuntutan Studiengebühren pun lambat nak beri. Kami ini bukan dibayar gaji untuk uruskan hal² anda. Tapi satu yang kami minta, tolonglah beri kerjasama apabila sebarang keputusan dibuat. Kalau diminta maklum balas tolong beri. Kalau rasa tak nak bagi kerjasama tak payah jadi ahli Mara Kumpel atau bubarkan sahaja Mara Kumpel. Dulu waktu MGSS cadang nak gabung ramai yang minta dikekalkan tapi kerjasama tak mahu beri. Apa kejadahnya semua ni.
Selain itu saya nak ingatkan, kita telah bersepakat dengan MGSS yang mana ahli Mara Kumpel secara automatik menjadi ahli MGSS tanpa bayar duit MGSS dengan syarat kita mengendalikan satu acara MGSS menggunakan dana kita. Keputusan ini dibuat memandangkan kita juga ambil bahagian dalam aktiviti² MGSS. Kalau ada yang tak setuju sila beritahu. Kita nak tengok berapa ramai yang tak setuju.
Diingatkan semula, siapa yang nak jadi ahli Mara Kumpel sila bayar duit kutipan dan beritahu kepada ketua bandar sama ada anda nak turut serta dalam grill atau tidak. Kalau tak nak turut serta beri alasan supaya kita boleh kaji balik berkenaan tarikh dan tempat. Bukan buat bodoh saja.
Kalau bahasa yang digunakan menyinggung perasaan, saya minta maaf tapi fikirkanlah juga perasaan kami yang disusahkan oleh sikap anda yang acuh tak acuh.
Ahmad Safwan Bin Mohd Ghazi
Presiden Mara Kumpel
Wednesday, April 16, 2008
Dari meja Setiausaha Agung MARA Kumpel
Friedberg, Rabu 16 April 2008
Tuntutan Insurans 2007
- Regensburg
- Friedberg
- Nürnberg
- Kempten
- Schweinfurt
- Frankfurt
- Saarbrücken
- Bremen
- Augsburg
Diminta kepada ketua-ketua bandar yang lain supaya menghantar tuntutan bandar masing-masing secepat mungkin.
Tuntutan Yuran SS 2008
- Nürnberg (semua)
- Schweinfurt (semua)
- Mannheim (semua)
- Offenburg (semua)
- Krefeld (semua)
- Gelsenkirchen (kecuali 1)
Peringatan kepada para pelajar supaya menghantar dokumen-dokumen yang mengikut standard seperti tertulis dalam pengumuman sebelum ini daripada Setiausaha Agung.
Sekian untuk setakat ini. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Setiausaha Agung MARA Kumpel 2008.
Thursday, April 10, 2008
Info Terkini
-Saudara dan saudari di minta membayar 10 Euro setiap sem. kepada ketua bandar masing-masing.
-Untuk sem. ini, saudara dan saudari perlulah membayar yuran tersebut selewat-lewatnya ahad ini kepada ketua bandar masing-masing dan ketua-ketua bandar perlulah menyalurkan wang tersebut kepada saudari Intan Adilah selewat-lewatnya hari Isnin (14 April 2008) ini.
Bankverbindung Intan:
- Intan Adilah binti Abdul Hakim
- Kontonr. : 5157342
- Blz : 76070024
-Kepada saudara dan saudari yang telah membayar yuran tersebut kepada wakil MGSS yang lain, maka saudara dan saudari tidak perlu lagi membayar yuran tersebut.
2. Rentap '08
-Rentap '08 akan di langsungkan dari 10-12 Mei tahun ini, bertempat di Nidersachsen.
-Saudara dan saudari di galakkan untuk menyertai pertandingan ini. Anda semua bebas untuk menentukan pasukan masing-masing, samaada sesama bandar ataupun batch. Presiden Mara-Kumpel memberikan cadangan agar anda dapat membentuk pasukan yang terdiri daripada gabungan batch.
-Maklumat lanjut sila layari www.mgss.de di bawah topik Rentap '08.
3. Grill '08
-Pada tahun ini, aktiviti Grill akan di langsungkan pada 3 Mei 2008 bertempat di Frankfurt.
-Pada tahun ini juga, aktivti Grill akan di gabungkan dengan aktiviti sukaneka. Marilah sama-sama meriahkan aktiviti ini.
-Ketua-ketua bandar di minta memberikan bilangan ahli yang akan hadir untuk grill ini selewat-lewatnya 20.4.2008 kepada saudara Toher.
-Maklumat berkenaan aktiviti ini akan di update. Achten bitte!