Friday, April 1, 2011

Update Futsal MGSS 16.04.2011


Update Pendaftaran Futsal MGSS

Laporan terkini. Sebanyak 10 pasukan telah mendaftar pasukan mereka. Pasukan-pasukan yang telah mendaftar adalah:
  1. Deggendorf FC
  2. Ingolstadt FC
  3. Augsburg FC
  4. Landshut 1 FC
  5. Landshut 2 FC
  6. Regensburg 1 FC
  7. Regensburg 2 FC
  8. Rosenheim FC
  9. Aschaffenburg FC
  10. Coburg FC

Maka hanya tinggal 2 pasukan lagi yg boleh mendaftar pasukan mereka. Kepada bandar-bandar yang belum mendaftar pasukan mereka, anda diminta menghantarkannya secepat mungkin agar saudara Syafiq (owtee) dapat menyusun jadual perlawanan. Berkenaan dengan yuran, pihak kami akan tentukan selepas selesai pendaftaran.

Kami juga mengalu-alukan penyertaan dari pasukan wanita. Sekurang-kurangnya 2 pasukan wanita(tidak diwajibkan menghantar mengikut bandar). Ia bertujuan untuk memeriahkan lagi aktiviti MGSS di Bayern pada tahun ini. Diharapkan agar pelajar-pelajar di seluruh Bayern dapat berkumpul sekali untuk memeriahkan lagi majlis dan menyokong pasukan masing-masing. :)

Berkesempatan dengan ini juga hendak kami maklumkan, bahawa chef Pinat (pelajar Deggendorf) telah memberi cadangan tentang menu makanan tengah hari:

1)
nasi minyak
ayam masak merah
sayur kobis goreng

2)
nasi putih
ayam paprik
telur dadar

Diharapkan agar setiap ketua bandar dapat mengumpul senarai nama yang berminat untuk menempah makanan dan hantarkan kepada muhammad.bin-mohtar@stud.fh-deggendorf.de (Akramin).Harga setiap set makanan adalah 5 EUR.Sila hantar sebelum 9 April 2011.

Sebarang masalah dan pertanyaan , anda boleh menghantar email kepada saudara naqeeb(seperti yg tertera di post-post sebelumnya). Sekian terima kasih

No comments: