Sunday, January 17, 2010
PPIMI Pentas Mahasiswa Ireland
Assalammualaikum wbt
Sukacita dimaklumkan Lajnah Akademik dan Intelek PPIMI akan menganjurkan Piala Bahas Mahasiswa Luar Negara atau OVERSEAS STUDENTS’ DEBATERS CHAMPIONS LEAGUE (ODECHAL). Piala bahas ini merupakan sebuat 'pilot event' dan merupakan antara yang pertama seumpamanya di bumi UK dan Eropah ini.
PPIMI merasakan bahawa mahasiswa di luar negara secara amnya agak terkebelakang berbanding mahasiswa tempatan dari aspek penguasaan isu semasa dan kebolehan berhujah di khalayak ramai. Ini adalah amat mendukacitakan kerana mahasiswa sewajarnya menjuarai isu-isu semasa dan bertindak sebagai elemen sedar dalam masyarakat. Maka, PPIMI mengambil inisiatif ini untuk bersama-sama mengembalikan potensi mahasiswa luar negara selaras dengan hasrat negara untuk membangunkan modal insan demi landasan kecemerlangan generasi masa hadapan.
Pada tahun ini, ODECHAL akan bermula dengan kejohanan bahas Bahasa Malaysia dahulu. Namun, pada masa akan datang PPIMI berhasrat untuk menjadikan ODECHAL setaraf dengan piala-piala bahas yang lain, dengan menampilkan bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berikut adalah maklumat lanjut beserta lampiran fail syarat pertandingan.
Tempat: RCSI, Dublin
Tarikh: 13 - 14 Mac 2010
Bilangan Pasukan: 16
Sistem: Liga
Video Promosi: Klik
Tarikh Akhir Pendaftaran: 28 Januari 2010
Emel Pendaftaran: odechal_ppimi@ yahoo.com
Yuran Pendaftaran: 10 euro satu pasukan
Hadiah
Pasukan
Juara: 300 Euro beserta trofi dan sijil
Naib Juara: 200 Euro beserta sijil
Semua pembahas: Sijil penyertaan
Pembahas Terbaik: Hadiah Istimewa beserta trofi dan sijil.
Oleh itu, PPIMI menyeru agar pelajar-pelajar seluruh UK dan Ireland bersama-sama memeriahkan promosi piala ODECHAL dan menghantar pasukan masing-masing. Anda boleh tampil dengan pasukan persatuan, pasukan sekolah lama atau bebas.
Bersama kita kembalikan budaya perbahasan yang positif di arena pentas mahasiswa.
From Umar ibn Al-Khattab from the Prophet(saw) who said:
"If only you relied on Allah a true reliance, He wouldprovide sustenance for you just as He does the birds: They flyout in the morning empty and return in the afternoon with fullstomachs. "
Ahmad, An-Nasaa’I, IbnMajah, Al-Hakim and At-Tirmidhi who said: "Hassansahih"
__._,_.___
Attachment(s) from anies syazni
PERATURAN
[URL=http://www.zshare.net/download/713403496986f42e/]PERATURAN.doc - 0.07MB[/URL]
Thursday, January 14, 2010
Indoor Games MARAKumpel (IGM 2010)
Venue : Augsburg
Date : 13 & 14 Febuari
Futsal
Lelaki :
8 Pemain setiap pasukan.
- 5 lwn 5
- 2 liga, 2 terbaik setiap liga bertanding untuk semi & final.
- Pasukan bertanding adalah berdasarkan Bandar, ataupun gabungan bandar2. (contoh : Augsburg-Ingolstadt)
Perempuan :
2 Pasukan minimum. (Jika bilangn pasukan kurang, acara akan dibatalkan)
8 Pemain setiap pasukan.
Badminton :
Beregu Lelaki (Jika bilangn pasukan kurang, acara akan dibatalkan)
Min 2 Team, Max 8
Beregu Perempuan (Jika bilangn pasukan kurang, acara akan dibatalkan)
Min 2 Team, Max 8
Beregu Campuran (Jika bilangn pasukan kurang, acara akan dibatalkan)
Min 2 Team, Max 8
-
Pool (snooker) :
Lelaki & perempuan
20 Peserta
- Format Pool
- 2 liga , setiap liga 10 peserta
- 2 terbaik setiap liga, bersaing untk semi & final.
Bowling :
10 Pasukan
4 Pemain
- 4 kumpulan dengan point terbanyak akan bersaing utk peringkat final.
penyertaan & pertanyaan sila hantarkan kepada
Penyertaan diterima berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
Saturday, January 9, 2010
Cardiff European Games 2010 !

Kepada semua ahli yang gemarkan sukan , rebutlah peluang ini. Pertandingan sukan antara pelajar pelajar Malaysia seantero Eropah akan bermula...
Registration dah bermula.. dianjurkan oleh pelajar2 UK (rasenyela)
Venue :
1. Talybont Sports Centre, Bevan Place, Cardiff CF14 3UX, United Kingdom
2. Manor Way, Cardiff, South Glamorgan CF14, United Kingdom
Date : 20th March 2010 - 8am to 8pm (one day only)
Accomodation free for Student around Europe!!
just kna bayar Flight ticket...
Jauh? xla jauh mane kalau naik flight kejap je... lama lg pegi Wolfsburg dr Munchen(Futsal MGSS 2008 hahah)
untuk maklumat lanjur ttg ni... sukan ape yg ada... new update by organiser... sila
chekidaud website oleh penganjur!
! Cardiff European Games 2010 !
Sunday, January 3, 2010
Claim Insurans 2009 *updated*
- Penyata Tahunan Insurans ( Tahun 2009 ) ( 1 Salinan Original dan 2 Salinan Fotostat )
- Studienbescheinigung ( 3 Salinan )
- Surat Tuntutan ( 3 Salinan dan bertandatangan )
- Senarai nama dlm Excel(utk datok bandar shj)
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN MARA
TINGKAT 3, MEDAN MARA
NO.21 JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR.
U;P - PUAN NOOR AYUSLINA BINTI MAT JUNOS
(UNIT LUAR NEGARA BPP).
Consulate General Of Malaysia
Level 18, Kastor Platz der Einheit 1,
kepade semua rakan2 sila beri kerjasama kepada datok2 bandar anda..
kepade yg 1st time nk claim, bole tanye kt kekawan yg da buat cmne nk dpt bahan2 di atas.
Date line... sila cepat2.. 10 Jan ke.. tindakan seterusnye cam biasa anta terus ke MARA..
*UPDATED*
sila follow format surat seperti berikut ok. muat turun contoh surat claim disini!
*CONTOH SURAT CLAIM.doc*
http://www.mediafire.com/file/mrnd0mlkywm/Surat Claim Insurans Individu.doc