Monday, May 19, 2008

Balasungkawa

Al-Fatihah buat rakan A-Level kita Hafiz Khairi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19hb Mei dalam sebuah kemalangan jalan raya. Maafkanlah sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya terhadap kita sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jikalau ada hutang yang belum dilangsaikan atau barang pinjaman yang belum dipulangkan harap dihalalkan. Semoga rohnya mendapat ketenangan dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.


Sebagai muslim yang masih hidup ambillah pengajaran daripada pemergian beliau. Sesungguhnya ajal itu tidak mengenal erti tua atau pun muda. Justeru sentiasalah kita bertaubat dan membuat persediaan dari segi iman dan amal kita sebelum kita dipanggil menghadap-Nya. Jika ada amal kebaikan yang ingin dilakukan dan amal keburukan yang ingin ditinggalkan janganlah ditangguhkan. Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik di dunia dan kejayaan yang berkekalan di akhirat. Amiin.

2 comments:

Anonymous said...

alfatihah...arr...kpd kengkawan sumer,sye nk ingatkan solat tu jgn tinggal..solat tu tiang agama..kat sini xde org nak ingatkan kite cm di msia..sbb sye dgr,dh rmai tak mengambil berat pasal hal solat..ingat..ajal tak tahu bila..sediakah kita bila izrail dtg nnt?arr..jom solat...

Anonymous said...

Sepohon kayu daunnye rimbun...lebat buahnya serta bunganya....walaupon hidooopp seribu tahun...kalau tak sembhyg ape gunaya....(dalam rentak dunia baru the movie)