Wednesday, March 23, 2011

Info Terkini Hal Perihal Claim


marakumpel@gmail.com

  • "Eh macam mana ni, claim yuran semester aku sem lepas belum dapat la"
  • "Ismail Harun, claim insurans tahun lepas kau dah dapat? Aku tak dapat lagi la. Macam mana ek?"
  • "Sulaiman Isa, claim-claim untuk tahun 2011 ni nak hantar kepada siapa ya?"

Acapkali kita mendengar kata-kata di atas ini. Benda ini perkara biasa. Tiap-tiap semester pasti akan berlaku. Yang pasti anda semua jangan panik. Mari kita baca apa yang berlaku dan apa kata pegawai-pegawai MARA kita.

En. Ahmad Yeob
  • "Bagi tahun 2011, saya tidak lagi menguruskan tuntutan-tuntutan claim pelajar di Jerman. Sebarang urusan claim sila rujuk terus kepada bahagian penganjuran pelajaran".
Pn. Ayuslina
  • "Salam, untuk makluman saya dah berpindah (keluar) dari bahagian penganjuran. Rasanya awak boleh hantar surat menyurat kepada Cik Nazatul Shila".
Cik Nazatul Shila

  • "..............................." (Beliau belum reply email lagi. Harap bersabar)
En. Mohd Salleh (Konsulat di Frankfurt)

  • "Bagi claim yang belum dapat, saya akan susul dengan HQ. Soft copy diperlukan untuk mudahkan saya attachkan semasa membuat susulan. *Contoh soft copy anda itu okay."
  • "Bagi claim baru untuk tahun ini, saya minta anda semua hold dahulu. Beri masa sikit untuk saya lihat *Prosedurnya kerana jika saya diarahkan bayar dari sini, maka HQ akan hantar budget kepada saya dalam bulan April ini. Saya akan maklumkan sebaik sahaja mendapat arahan HQ".
  • *Prosedur = En. Salleh dalam proses membuka akaun MARA di Jerman. Jika berjaya mendapatkan budget, sebarang urusan bayaran claim akan dibayar direct dari Frankfurt.
  • *Contoh soft copy : 1. Reclaim Yuran Semester , 2. Reclaim Insurans Kesihatan.
Dari Marakumpel
  • Kesimpulannya, untuk claim-claim latest dan akan datang bagi tahun ini, sila hold dahulu.
  • Kesimpulannya, sesiapa yang belum dapat claim-claim yang lepas sila lihat contoh soft copy di atas dan buat satu soft copy untuk di hantar kepada marakumpel@gmail.com. Nanti kami forward sekali gus kepada En. Salleh.
  • Link soft copy di atas hanya contoh untuk diview.
  • "Acai, aku takde scanner ni. Camne ek?" - It's okay. Buat yang termampu yang terbaik.
  • "Aduii Stopa, penyata akaun aku yang lama dah takde. Tak boleh buat apa dah." - It's okay. Buka page Banking-Online dan 'Print Screen' akaun anda. Edit, Cut, Paste dan sertakan dalam soft copy. Macam saudara kita buat ini :
  • "Irma Haslimi, mana sempat nak mintak penyata Insurans ikut pos. Isnin depan dah kene submit" - It's okay. Scan sahaja helaian pertama yang mengandungi TOTAL BAYARAN SETAHUN.
  • "Eh Zuklilafeli, macam mana nak convert Word ke Pdf?".- It's okay. Download Sini
  • Deadline Isnin 28.03.2011 jam 10 pagi waktu Jerman.
  • Kalau ada kekeliruan bolehlah ajukan pertanyaan. Kami sedia membantu.
Terima Kasih

1 comment:

projek kmp said...

assalam.bole kami tahu update terbaru claim yuran sommer semester 2011?