Tuesday, April 19, 2011

Panduan Terkini Tuntutan Yuran Semester


  • Post ini berkenaan Tuntutan Yuran Semester Pengajian
  • Mulai tahun 2013, semua tuntutan yuran semester akan dihantar/dipos terus kepada Pn. Rohana di Pejabat Konsulat Malaysia di Frankfurt.
  • Tuntutan tidak perlu lagi di hantar ke MARA HQ di Kuala Lumpur.
  • Alamat Pn. Rohana boleh didapati di bahagian kanan website ini.
  • Claim ini adalah dalam bentuk hard copy .
PELAJAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN TERSEBUT :
  1. Checklist Senarai Nama Pelajar - Untuk Datuk Bandar Sahaja (Sila Download).
  2. Satu sahaja Surat Rasmi Tuntutan Yuran Semester - (Sila Download)
  3. Satu sahaja Salinan Original atau Berwarna (kasi nampak real) Immatrikulationsbescheinigung bagi semester terlatest.
  4. Satu sahaja Penyata Bank Original (Kontoauszug) - (Sila Highlight Bayaran Anda).
  5. *Sila baca elok²* - Satu salinan keputusan peperiksaan anda dari Semester 1 hinggalah Semester yang latest. Sesetengah Hochschule ada memberi keputusan secara menyeluruh dari awal pengajian yang dipanggil 'Notenblatt' ataupun 'Notenspiegel' ataupun 'Bescheinigung bestandener Leistungen'. Bagi Hochschule yang hanya menyediakan keputusan setiap semester sahaja, sila lampirkan satu persatu keputusan peperiksaan anda bermula dari semester 1.
PERHATIAN! INI SERIUS!
  1. Sila simpan satu salinan fotokopi Kontoauszug untuk diri anda. Anything can happen.
  2. Kegagalan anda menyertakan keputusan semua peperiksaan anda boleh menyebabkan anda tidak mendapat tuntutan yuran semester.
  3. Berhati-hati kepada pelajar yang meng'copy' dan 'paste' surat tuntutan dari kawan. Jangan sampai anda tersalah memberi nombor² akaun dan sebagainya.
'Selamat Menghantar Claim' daripada Marakumpel.

1 comment:

abdurrahman said...

saya ada satu pertanyaan..utk student MARA yg baru dtg ke Deutschland march yg lepas,yg akan mendaftar kemasukan FH pada Wintersemester ni,perlu ke disertakan keputusan TestDaF??sebab kami belum start lagi pembelajaran..so,maknanye keptusan peperiksaan kami adalah keputusan TestDaF lah kan??

-muhamad syahir bin zainurey
FH Aschaffenburg
1/9/2012