Tuesday, January 8, 2008

Dari Meja Presiden MARA-Kumpel

Salam semua,

Setelah berbincang dengan presiden MGSS, saudara Eezam Masripan, telah dipersetujui bahawa ahli MARA Kumpel akan menjadi ahli MGSS tanpa perlu membayar yuran tahunan yang mana digantikan dengan satu acara MGSS yang kita akan kendalikan dengan dana MARA Kumpel seratus peratus. Acara tersebut ialah Futsal yang turut disertai ahli-ahli MARA Kumpel saban tahun. Walaubagaimanapun acara tersebut turut digandingkan dengan Girls-Day-Out.

Saya melihat bahawa keputusan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Antara lainnya :

a) Semua ahli MARA Kumpel dapat menyertai MGSS tanpa membayar yuran . Ini dapat mengurangkan jumlah yuran yang perlu dibayar bagi kedua-dua persatuan iaitu MARA Kumpel dan MGSS.

b) memudahkan ahli-ahli MARA Kumpel untuk menyertai acara yang dinyatakan kerana diadakan di wilayah Bayern.

c) Mengelakkan tanggapan bahawa ahli-ahli MARA Kumpel tidak mahu turut serta dalam MGSS yang mewakili pelajar Malaysia secara amnya.

d) Dapat menjaga hubungan baik MARA Kumpel dan MGSS yang sangat penting.

e) Ahli-ahli MARA Kumpel tidak perlu lagi membayar lebih setiap kali menyertai aktiviti MGSS.

f) Membantu meringankan beban MGSS dari segi kewangan dalam mengendalikan acara-acara yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia.

g) Dapat melibatkan ahli-ahli putri MARA Kumpel dalam acara MGSS.

Justeru kita akan mengadakan yuran MARA Kumpel selepas ini. Jumlah yang akan dikutip akan diberitahu kemudian tetapi jangan khuatir kerana ianya tidak akan melebihi 20€.

Sekian,

Ahmad Safwan
Presiden MARA Kumpel

12 comments:

Anonymous said...

kite anjurkan MGSS Girl Day utk tiap2 tahun......

Anonymous said...

waa..mksd nye ramai la gurls dtg ke Bayern saban taun..haha..menarik ni..bijak mr.pres kt ni..lol..

Anonymous said...

best2.. kalo bole wat kat bobingen.. mmg best aa

Anonymous said...

Bobingen...kat mana tu...ada budak2 kita eee?

Anonymous said...

yuran mara kumpel biasenya 10€ jer..... tapi sejak tahun lepas.... tak dikutip sebab dah takde nak bayar server ngan duit raya bayar on the spot.....

Anonymous said...

eine Frage...adekah futsal itu bermakna hanya satu acara futsal diadakan setiap tahun seperti d wolfsburg atau 2 acara futsal setiap tahun...

Anonymous said...

hanya ada satu futsal MGSS setiap tahun dan yg akan dtg akan dikendalikan oleh MARA Kumpel

Anonymous said...

klu gitu...mmg takleh bt dh laa futsal utk bdak2 mara nih????

Anonymous said...

eh kenapa perlu tunduk dengan MGSS...keahlian MGSS bukan wajib

kalau MARA Kumpel nak buat lebih dari satu acara bagaimana pula? yang bukan Futsal tu dapat fund tak?

pastu kalau Girl-Day-Out tu buat sekali dengan bola sepak, siapa nak menjerit "next time next time" nanti? hehheheh (sori iski :P )

Anonymous said...

futsal mara kumpel pun kita buat jugak...biasanya setiap tahun kita akan handle satu acara mgss...dan utk kali ni aku pilih futsal sbb bdak2 kita ramai main...kalau aku pilih acar lain nanti korang x main pulak...pastu camne nak handle

Anonymous said...

Das schaut ziemlich gut aus.
Das ist schon machbar.
Ich hoffe, dass diese Entscheidung 'ne gute Entscheidung, die Ihr engeblich getroffen habt :)

Anonymous said...

futsal mara kumpel nanti kite buat utk pemanas badan sebelom menghadapi mgss..... kirenya tempat memilih bakat2 yg ade dalam bayern mahupon luar bayern yg ingin mewakili team bayern....kang kalo ikut bandar lak jadi banyak team dari sini yg nak masok mgss.....tak cukup kuota nanti.....