Saturday, January 12, 2008

Tuntutan Wang Insurans TK

Assalamualaikum,
Berkenaan dengan tuntutan insurans, sila minta daripada TK bil dari bulan Januari sehingga Disember 2007. Tuntutan untuk bulan-bulan seterusnya akan dibuat kemudian. Ini untuk keseragaman. Bil tersebut boleh diperoleh dengan menghantar email kepada TK melalui:

campus@tk-online.de

Bil yang diperoleh perlu diserahkan kepada ketua-ketua bandar berserta maklumat-maklumat berikut:

1) Nama

2) No. K/P Malaysia

3) No. Bilangan Mara

4) Nama Syarikat Insurans

5) Bulan-bulan yang dituntut

6) Jumlah yang dituntut

7) Nama Bank

8) No. Akaun

9) Kod Bank (BLZ)

10) IBAN

11) Swift (BIC)

Sila tulis atau taip atas sekeping kertas.

Ketua bandar sila kemaskini dalam bentuk fail excel (hanya perlu ubahsuai sekiranya data-data tersebut sudah diperoleh daripada ketua bandar terdahulu semasa tuntutan Studiengebühren).

Setelah semua bil diperoleh daripada ahli bandar berserta maklumat-maklumat di atas, ketua bandar akan menghantar secara pos, bil berserta data tersebut kepada En. Ruzlan di alamat berikut:

Consulate General of Malaysia
7th Floor, Trianon Tower
Mainzer, Landstrasse 16
D-60325 Frankfurt

Cuba serahkan kepada ketua bandar sebelum 1 Februari 2008. Kecepatan mendapatkan tuntutan ini bergantung kepada kecepatan anda menyerahkan bil tersebut kepada ketua Bandar anda.

Kepada bandar-bandar kecil yang tidak memilki ketua bandar, sila salah seorang daripada anda mengumpulkan data-data tersebut dan hantar kepada En. Ruzlan sepertimana yang dibuat oleh ketua bandar.

Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada Presiden MARA Kumpel melalui yahoo messenger : asamog_125

„ Selepas anda membaca pos ini, sila email TK melalui link yang diberi. Jangan bertangguh”

*Bagi pelajar-pelajar baru, tuntutan boleh dibuat daripada bulan pertama anda membayar insurans sehingga Disember 2007.

*En. Ruzlan ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di Jerman yang mengambil peperiksaan sem ini

4 comments:

Anonymous said...

pre-2007 dapat tak? ke mintak je dulu?

Anonymous said...

das klingt verdammt gut :]

Anonymous said...

kite leh claim dari jan 2007 samapi dec 2007 dulu skang nih... aku dah cube anta email tuh secare group.. satu email ade 2 name.. tapi tak taula bole ke tak... kalo tak bole kee wat sorag2 la.. paper pun aku kan btau pasal mende nih secepat mungkin...

Anonymous said...

kat baden, nak anto kat sape? sape ade volunteer>