Tuesday, January 29, 2008

Dari Meja Presiden MARA-Kumpel

Salam,

Pada 28 Februari 2008 akan diadakan perjumpaan tahunan melibatkan Kementerian Kewangan Munich dan pihak Inwent. Pelajar-pelajar MARA Bayern yang berada dibawah kelolaan Inwent diminta untuk turut serta dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah wakil MARA Jerman, Encik Ruzlan.

Kehadiran adalah diwajibkan. Sila maklumkan kepada Ketua Bandar masing-masing jika dapat hadir sebelum 7 Februari. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir, sila jelaskan alasan anda untuk tidak hadir. Hanya alasan yang kukuh akan diterima seperti pulang ke Malaysia atau membuat praktikal.

Tambang pengangkutan ke Munich akan ditanggung oleh pihak Inwent.

Sekian.


Ahmad Safwan Mohd Ghazi
Presiden MARA Kumpel



*Kepada pelajar-pelajar yang telah membuat bayaran Studiengebühren untuk semester hadapan yakni SS2008, sila pastikan Kontoauszug anda disimpan dengan baik bagi memudahkan urusan tuntutan semula di masa hadapan.

13 comments:

Anonymous said...

mari sambut birthday aku ramai2 kat munich!! haha

Anonymous said...

yang claim WS07/08 ada apa apa progress tak?

Anonymous said...

inwent kedekut. sapot bayern tiket je.

Anonymous said...

aku claim duit tiket sampai skang..dah dekat setahun takde dgr citer ape2 pon
inwent tipu dowh

Anonymous said...

kite gulingkan inwent jom

Anonymous said...

mmg inwent kedekut pahit loni...semesternachweis pon pakai email jer, katok jugok leda hernandez ni, jom gulingkan leda, boikooit leda....

Anonymous said...

nama saya anonymous

Anonymous said...

jom ar rakan2 sume kite boikot Inwent..terutamanya makcik Leda nih..aku dah bosan ngan die.kite berarak ramai2 jom,kite mintak tukar Leda ngan org lain..kalo bole ngan pompuan lg mude dan cantik..

jom ar wei..demi maruah

Anonymous said...

ntah tiket aku last time pon tak bagi lagi pampasan. bengang siut... kalau aku tau dia tak ganti sure aku tak naik ICE first class aritu

Anonymous said...

jom²...kito berarak sambil bwk kompang...guling²kan makcik leda...

Anonymous said...

kehadiran adalah diwajibkan? ye la tu...

Anonymous said...

Saya ingin memberitahu di sini bhw pjmpaan ini dibatalkan krn sya mlas nk pergi..hahaha

Anonymous said...

ngaruk2.... fyi,en ruzlan bace ler blogspot nii....